Sunday, June 19, 2011

KEMERIAHAN CUTI MEI/JUN 2011 2

Sambung semula cerita. 3 Jun hari terakhir Kem Ana Anak Soleh (KAAS), 3 Jun hari pertama KRIS KK. Mana post laporan KRIS KK? Mahu juga kami ahli KRUT baca dan tengok. Almaklumlah kami tidak dapat datang menjengok, apa lagi membantu. Sepuluh jari kami susun memohon kemaafan. Ahli yang sepatutnya ditugaskan bergerak ke KK, menyerah diri membantu KAAS.

Jumpa video ni.....MANTAP!!!!!

5 jun KRIS KK tamat, 5-6 Jun pula Qiamullail Bulan Jun KRUT. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan, Qiamullail dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan berhiaskan tema Israk Mikraj, Qiam kali ini turut diserikan dengan majlis jamuan dan anugerah sempena meraihkan adik-adik KRU yang berjaya menduduki peperiksaan PMR, SPM, dan STPM 2010.

Terima kasih kepada Ustaz Fairuz diatas ceramah yang disampaikan. Semoga apa yang disampaikan ada manfaatnya kepada kita semua.

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari 
masjidil haram (Mekah) ke masjidil aqsa (Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk 
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kebesaran & kekuasaan) Kami. 
Sesungguhnya Allah maha Mengdengar lagi maha Mengetahui."
 (Q.S. Al-Israa': 1)

Tahniah buat adik-adik / sahabat-sahabat KRU yang menerima anugerah cemerlang. Teruskan langkah menggapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. CEMERLANG DI DUNIA, CEMERLANG DI AKHIRAT.

Semoga segala usaha PSS ini dapat menjadikan pemangkin kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, mahupun STPM pada tahun ini untuk lebih berusaha ke arah kecemerlangan dan memajukan diri dalam kehidupan demi agama Islam yang tercinta.

Sebelum cuti sekolah bermula pimpinan KRU diminta untuk mengosongkan  tarikh 9-10 Jun ada program khas bakal menanti. 'Program Membina Peribadi Pimpinan KRU' terlaksana jua walaupun tarikh dianjak sedikit pada 10-11 Jun. Sekali lagi berkunjung ke Kota Belud. Terima kasih seharum kasturi buat  pihak penganjur. Sejuta kemaafan dipinta buat para sahabat yang tidak dibawa berangkat bersama, kuota penyertaan terhad.

(P/S: Gambar Qiam Jun terbawa balik ke SK Lingkabau, Beluran)
 
 

Wednesday, June 15, 2011

KEMERIAHAN CUTI MEI/JUN 2011

Cuti berakhirlah sudah. Kini hadir semula ke sekolah dengan semangat LUAR BIASA. Program sepanjang cuti dua minggu terlaksana dengan jayanya, ALHAMDULILLAH. Program 'TEST POWER'. TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada semua sahabat dan sahabiah yang telah turun padang. Tanpa kerjasama semua pasti setiap program tiada 'POWER'. Imbas kembali ketika melihat senarai panjang program yang berurutan dan bertindan seperti tidak ada masa bersama keluarga cuti kali ini. Mujur semuanya disusun rapi melalui pembahagian sumber manusia yang ada. 

Permulaan cuti 27-29 Mei 2011 KRUT telah menghantar wakil untuk membantu sambil menambah pengalaman serta menjengok sahabat seperjuangan sempena KRIS KB di Darul Bakti KB. Walaupun program KRIS telah menjadi rutin tahunan sejak tahun 2007, namun proses inovasi perlu berterusan. Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang.

Pada tempoh yang sama 28-29 Mei 2011 berlangsung Kursus Pembinaan Pendakwah bertempat di Pusat Latihan Islam Kundasang.  KRUT tidak melepaskan peluang ini dengan peserta untuk menadah ilmu menyingkap rahsia Perang Badar. Sesekali air yang jernih itu tumpah jua bila membandingkan diri dengan mereka. Ketulusan hati antara yang memimpin dan yang dipimpin.

Kursus ini turut mempertemukan kami dengan sahabat-sahabiah KRU Pitas. Pertemuan yang sangat bermakna. Senggang masa rehat dimanfaatkan sepenuhnya untuk perkongsian dan melaksanakan agenda bersama.

  Aksi-aksi ahli muslimin KRU Pitas


 Berkunjung lagi selepas dua bulan jika mahu menuai hasil tanaman (^-^)

Bagi gula-gula ja????? Rosak gigi anak orang. Hehe.

Kembali dari Kundasang, misi diteruskan dengan membantu pelaksanaan Kem Smart Tahfiz pada 30 Mei - 02 Jun 2011 di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra. Menyantuni adik-adik peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah sekitar Pantai Barat. Beberapa orang ahli KRU Cilik Tuaran turut mengambil bahagian. Ya, adik-adik peserta inilah bakal pewaris GENERASI AL-QURAN YANG UNIK yang begitu cemerlang suatu ketika dahulu.

Syukur ya Allah!  ungkapan ini yang meniti dibibir sebaik Kem Ana Anak Soleh berakhir petang itu,  03 Jun  2011 yang bermula sejak 01 Jun 2011. Meskipun agak keletihan, namun hati rasa cukup puas dapat berprogram bersama adik-adik peserta selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah. Berbekalkan mood cuti sekolah, program cuba dilaksanakan dengan sebaiknya meskipun ketiadaan Sang Murabbi ketika itu. Program yang diadakan di SK Pekan Tamparuli ini menerima peserta seramai 104 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga 6. Antara sekolah  yang terlibat termasuklah SK Pekan Tamparuli, SK Pekan Tuaran dan St John.

Selari dengan objektif melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, ibadah SOLAT menjadi modul utama dalam program ini. Setiap sudut berkaitan solat cuba dirungkai dan dikupas dengan sebaiknya dari para Fasilitator. Bermula dari yang teori kepada praktikal. Wajib, Harus, Sunat, Makruh dan Haram semuanya diterangkan satu-persatu. Cuba menepati pakej.

Seperti program-program yang lain, pengisian seperti Qiamullail, Latihan Dalam Kumpulan, Riadah, Solat berjamaah, dan Slot Muhasabah juga disajikan kepada para peserta. Mungkin ada ibubapa yang kurang bersetuju dengan pengisian seperti ini, tetapi demi memastikan objektif program dapat dicapai, para AJK, Fasilitator dan pihak sekolah sedaya upaya melaksanakannya. Mengetahui tahap keinginan kanak-kanak lebih kepada yang santai dan menyeronokkan, pihak sekolah juga merangka aktiviti Kuiz dan Persembahan daripada setiap kumpulan. Aktiviti Kuiz dikira banyak memberi input kepada peserta. Pelbagai ragam, karenah dan aksi yang ditunjukkan dalam persembahan malam hari ke-2 program. Antaranya lakonan, nasyid dan pantun dari 17 kumpulan yang dilatih oleh Fasi masing-masing. Ternyata para Fasilitator juga berbakat. (^_^)

Sangat strategik. Hari terakhir program, peserta cuba disedarkan dengan tujuan asal mereka menghadiri program tersebut dan apa yang akan mereka bawa pulang selepas mengikuti program. Tidak lain, slot Muhasabah. Ternyata tidak sukar menyentuh hati adik-adik peserta ini. Mengetahui itulah masa yang sesuai menerapkan sebanyak mungkin pesanan, kami sedaya upaya menyusun bait-bait mutiara buat pesanan  kepada adik-adik peserta. Usaha sudah dilakukan, tinggal lagi hasil yang akan dilihat. Semoga usaha dan hasilnya nanti seiring.

 Sediaaaaaaaaaaa!!!

 Apasal tengok juru kemera pulak ni?

 Gabungan fasilitator yang mantap & ceria.

 Apa yang terjadi dengan Ustaz Misran?

Kreatif

Kreatifkan???

Lepas ni apa lagi Kak Noor?

Rintihan : Ana Cinta Ibu, Ana Cinta Ayah, Ana Cinta Allah, Ana Anak Soleh!!!

Air mata keinsafan

Orang kuat

* Bersambung......insya-Allah.