Thursday, March 26, 2015

Kain Kafanku Sedang Di Tenun: Qiamullail Mac Dan Bengkel Pengurusan Jenazah

    Bismillah. Buat adik-adik warga Tuaran dan terhampir. Qiamullail edisi Mac 2015 Kini kembali .Jom bersama-sama kami. Yuran Hanya RM 2. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk poster atau hubungi nombor tertera di dalam Poster.

Thursday, February 19, 2015

Aku Dibius Cinta : Qiamullail Feb & AGM PSS & KRU Tuaran

 
 
Bismillah. Buat adik-adik warga Tuaran dan terhampir. Qiamullail edisi Februari 2015 Kini kembali .Jom bersama-sama kami. Yuran Hanya RM 2. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk poster atau hubungi nombor tertera di dalam Poster.
 
'' Remaja Hari Ini pemimpin Masa Hadapan "
 


Sunday, February 8, 2015

Qiamullail Januari & Program Menyeru Muslimin

24-25hb Januari 2015

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi atas pinjaman masa dan kudrat dalam menempuhi sesi 2014 dengan cemerlang. Menyusul Qiamullail dan program Menyeru Muslimin PSS dan KRU Tuaran adalah program pembukaan tirai bagi tahun 2015. Alhamdulillah. Masjid Ubudiyyah, Tamparuli, adalah pilihan utama bagi program Menyeru Muslimin.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta seawal jam 5.00 petang. Qiamullail pertama pada tahun ini menampilkan Taiko-Taiko yang baru dan hebat sebagai moderator Qiamullail kali ini. Hati berbunga-bunga kegembiraan di atas kehadiran mereka yang sudi membantu dalam melaksanakan program ini. Terharu.

Program Qiamullail dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Razlie, dari SRI Al-Hafidz, Tuaran, dan solat Isyak berjemaah. Selesai solat, para peserta diarahkan untuk turun ke tingkat bawah masjid untuk makan malam. Usai makan malam, para peserta dijamukan lagi dengan santapan rohani dalam slot ceramah bertajuk “Muslim 24 hours” yang disampaikan oleh ustaz Zaid dari SMK Taman Ria, Tuaran.

Agenda mesyuarat AJK Qiamullail yang dibincangkan seusai bacaan surah Al-Mulk ialah perjalanan program Menyeru Muslimin untuk keesokannya dan sesi taaruf bersama taiko-taiko muslimin yang bakal bergerak bersama PSS Tuaran.

Sekitar jam 4.00 pagi Ahad, Qiamullail dimulakan dan diteruskan dengan solat Subuh berjemaah. Seusai bacaan Al-Ma’thurat, Abang Norfarizan, Pengerusi KRUT sesi 2014/2015 mengetuai acara Menyeru Muslimin pagi ini. Peserta muslimat pula beriadah dengan diketuai Kak Sofia. Sekitar jam 8.00 pagi, sarapan dan gotong-royang dijalankan. Seterusnya mesyuarat bagi menentukan tarikh dan tempat program Qiamullail akan datang.

Program Qiamullail untuk bulan yang seterusnya bakal diadakan pada tanggal 21-22 Februari 2015, bertempat di Masjid An-Nur, Tuaran. Walau bagaimana pun, tempat Qiamullail Akan datang masih dalam perbincangan. Maklumat tepat berkenaan tempat akan dimaklumkan kemudian.

Mari sama-sama saksikan sedutan Qiamullail Januari dan Program Menyeru Muslimin.

Mc kuliah Maghrib: Abang Noorfarizan

Kuliah Maghrib: Ust. Razlie "Apa Ertinya Saya Menganut Islam Dari Sudut Akidah"

Mesyuarat postmertem dan agenda keesokkannya

Sedikit Taujihad disampaikan oleh Ust. Azizi

Program Menyeru Muslimin yang diketuai Abang Noorfarizan

menjejaki Bukit Perahu

Pakai kain pelikat pun boleh sampai ke puncak bukit...:-)

Riadah bersama Kak Sofia



Mesyuarat Qiam akan datang dan majlis penutupan

Ucapan Pengarah Program Qiamullail kali ini

Doa wehdah



Siapakah ‘mereka’ yang dimaksudkan? Kalau nak tahu, kenalah hadir ke program PSST dan KRUTJ Tinggi harapan kami terhadap ‘mereka’ agar thabat dan istiqamah bersama kami dalam menggerakkan kerja dakwah ini supaya dapat melahirkan lagi pelapis-pelapis yang hebat seperti ‘mereka’ dalam kalangan adik-adik KRU muslimin, khususnya.


Wednesday, November 12, 2014

November : Dia datang lagi!!

Assalamualaikum WBT
Program bulanan datang lagi.
Qiamullail November & Jelajah Dakwah 2014.
Jom, manfaatkan hujung minggu anda dgn aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
...
Insya-Allah jumpa anda di sana ^_^




Monday, November 3, 2014

Qiamullail Oktober & Sambutan Aidil Adha 2014

Hari kian berlalu. Membelek calendar 2014, rupa-rupanya sudah berada di bulan November. Wah, lagi 2 bulan tahun 2014 akan melabuhkan tirainya. Dan yang pastinya ahli-ahli PSS & KRU tengah  menghadapi peperiksaan SPM & STPM 2014 disaat ini.

Namun itu tidak menjadi penghalang untuk hadir ke Qiamullail Oktober pada 11-12hb yang lalu. Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran, sangat mengalu-alukan kedatangan kami untuk berqiamullail di sana. Mereka kata "Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Terima kasih warga SRI. Diharapkan agar kerjasama ini akan berkekalan selamanya hanya kerana Allah (^__^).


Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Munsif 

 Peranan Generasi-Y masa kini..

Kita makan dulu... 

 Majlis Sambutan Aidil Adha 2014..

 Adik Syahmi (pelajar SRI) membimbing bacaan Doa Makan ^_^

 Tayangan video-

 Mesyuarat Post-moterm

 Tahniah dan terima kasih semua. Jumpa lagi pada Qiamullail akan datang & Jelajah Dakwah  
pada 15-16 November bertempat di Kg Melalin, Tuaran. Insya-Allah...




Tuesday, October 28, 2014

Qiamullail Julai @ SMK Badin

Berkesempatan sekali lagi untuk mengadakan program Qiamullail di SMK Badin. Memilih tarikh 19-20 Julai 2014 untuk berkampung di situ merupakan satu keputusan yang disepakati antara kami dan pihak sekolah. Alhamdulillah, kunjungan kali ini mendapat sambutan yang baik dari sebelumnya.

Berlainan dengan Qiamullail pada bulan sebelum ini dan juga pada bulan yang akan datang. Hal ini kerana, Qiamullail pada kali ini dilaksanakan pada bulan Ramadan. Menariknya, peserta dapat berbuka puasa, solat sunat tarawih, dan sahur secara berjamaah.


Jom ikuti cerita sepanjang program berlangsung...^_^


Daftar dulu..

Solat maghrib, Isyak & Tarawih berjamaah..
 
Seusai solat isyak, Abg Syazwan memberikan pengisian yang
bertajuk "Ramadan, Pemergianmu Ditangisi"..
Fokus mendengar kuliah Abg Syazwan.
Bersalaman dengan Abg Syazwan seusai kuliah..
Moreh yuk ^_^
 
.......
Pengarah program yang berdedikasi...Abg Faiz Farizan
Dibantu oleh Abg Iman yang senyum sentiasa ^_^
dan Abg Arif yang cool gitu ^_^
Abg Faiz sedang menyantuni anak-anak buahnya..
Men'cakna' isu semasa. Peserta dihidangkan dengan tayangan
 video pergolakan di bumi Palestin.
Perasaan bercampur-baur...sedih, geram, kagum melihat
perjuangan mereka.
Abg Farizan (Pengerusi KRUT) memberi ulasan dan muhasabah
selepas tayangan video berakhir.
Menekuni surah Al-Mulk sebelum semuanya melelapkan mata.
Brainstorming
Kucing pun ikut sekali..^_^
Riadah bersama Kak Sofia
Moral of the Riadah : Jadilah seperti selipar. Kenapa? Fikir-fikirkan...
 
 
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, AJK, dan Fasilitator yang terlibat menjayakan Qiamullail pada kali ini. Juga penghargaan kepada pihak sekolah terutamanya Panitia Bahasa Arab kerana banyak memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan program ini. Jazakallu khairan jaza. Moga bertemu lagi pada Qiamullail yang akan datang. In Sya Allah...^____^


Monday, October 6, 2014

Program Bulanan datang lagi! Jom p Qiamullail & Sambutan Aidil Adha 2014.

 
Indah langit kerana Awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafaan,
Indah AIDIL ADHA kerana PENGORBANAN.
 
Jom hayati erti pengorbanan pada Qiamullail hujung minggu nie.
Jom p ramai-ramai. In Shaa Allah, jumpa di sana ^_^
 
“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 


Sunday, September 28, 2014

Kem Remaja Cemerlang & Solat Hajat Perdana 2014

Alhamdlillah setinggi-tinggi kesyukuran bagi Allah kerana dalam kesibukan pertukaran semester baru ini, Allah masih pinjamkan kami kudrat mental dan fizikal untuk melaksanakan Kem Remaja Cemerlang (KRC) dan Solat Hajat Perdana pada 6 hingga 7 September 2014 lalu.

Istimewanya KRC kali ini ialah PSS Tuaran menggabungkan KRC dengan Solat Hajat Perdana khas buat adik-adik KRU yang bakal menduduki UPSR, PT3, SPM, dan STPM. Masjid Ubudiyyah, Tamparuli menjadi pilihan utama tempat KRC dilaksanakan. Program dua hari satu malam ini memuatkan modul dan pengisian yang padat tapi santai.

Dengan penyertaan seramai 75 orang peserta daripada SJK (c) Chung Hwa, SK Pekan Tamparuli, SMK Tamparuli, SMK Badin, SMK Sri Nangka, SMK Sungai Damit, dan SMK Taman Ria. Terima kasih atas kesungguhan adik-adik yang sudi mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga demi meluangkan masa bersama-sama dengan abang-abang dan kakak-kakak PSS dalam program dua hari satu malam ini.

Debaran kian terasa buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini apabila semester kedua alam persekolahan bermula. Kehadiran yang memberangsangkan ini menampakkan kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu. Moga segala ilmu yang adik-adik peserta peroleh dari program ini menjadi batu loncatan buat adik-adik terus berusaha bersungguh-sungguh sehingga mmencapai kejayaan.

Tahniah juga kepada AJK-AJK program dan fasilitator jemputan daripada IPG Kent, Tuaran, Politeknik KK, UMS KK yang menjadi tulang belakang program ini. Jangan dipandang remeh akan usaha yang kalian curahkan demi menjayakan program ini, InshaAllah ganjaran syurga itu menanti kalian. Allahumma Aamiin. 

Jom ikuti sedutan KRC


Sesi pendaftaran peserta

Sesi Taaruf dalam Bulatan Gembira sementara menunggu peserta dari sekolah lain sampai


Bulatan Gembira versi rapat-rapat: Makan tengahari


Selesai makan tengahari, majlis dimulakan dengan kuliah dasar pertama
"Exam Hall, Mu Tunggu Aku Datang" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nur Syazwan



Khusuknya adik-adik mendengar kuliah


Briefing kepada fasilitator


Praktis nyanyi lagu tema KRC: 'Menuju Wawasan'


'Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam....'
antara lirik dalam lagu tema

LDK 1: Membina semangat & keyakinan peserta

Usai Solat Asar, aktiviti diteruskan dengan riadah di perkarangan Masjid Ubudiyyah

Belon siapa yang paling awal sampai ke garisan penamat?

kakak -kakak fasi menjadi pemerhati




Cooling down sebelum hemat diri

 Selesai sahaja solat Maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azim
"Rahsia Kejayaan daripada Al-Quran"




Selesainya kuliah Maghrib, solat fardhu Isyak disusuli Solat Hajat Perdana yang juga diimamkan oleh Ustaz Azim, Biro Dakwah dan Pendidikan Masjid Ubudiyyah, Tamparuli.


sebelum memulakan Kuliah Dasar ke-2


"Ustaz tidak mau tengok ada yang tidur masa kuliah..." Ustaz Razlie

Slot Muhasabah yang dihandle oleh Abang Ainullutfi dari UMS KK


Surat kepada ibu dan ayah..

Air mata yang tidak tertahan... 

agenda terakhir pada malam pertama KRC, postmortem antara AJK.

Keesokan harinya, Qiamullail, solat Subuh dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Kak Azidah yang bertajuk "Ikon Muda: Ahmad Ammar". Menjadikan Ahmad Ammar sebagai contoh anak muda yang cemerlang dalam setiap aspek kehidupan.

Riadah pagi menyusul selepas kuliah Subuh.
 
Ustaz Razlie turut membantu

Unik betul modul riadah pagi ni. 'Baldi dan kain'



Selepas sarapan pagi, LDK 2 iaitu membina azam baru dan slot heart to heart bersama fasilitator masing-masing. Seterusnya, slot Pengenalan PSS & KRU yang disampaikan oleh Nur Malia binti Amirullah, Timb. Pengerusi KRUT sebelum Majlis penutupan KRC bermula.

Ucapan wakil Pengarah program KRC


Ucapan perasmian penutupan KRC 2014 oleh Akhi Mohd Fairuz bin Bend, Pengerusi PSST

 Tahniah kepada semua peserta, AJK dan fasilitator. Semoga berjumpa lagi pada program PSS & KRU Tuaran yang akan datang.

Program akan datang:
Qiamullail dan Sambutan Aidiladha
Tarikh: 11-12 Oktober 2014
Tempat: Sekolah rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran.

Jom datang beramai-ramai...


Pada 15 September 2014, Saudara Mohd Shahrizal bin Ruby, mantan pengerusi KRU Tuaran sesi 2013/2014 a.k.a Orang kuat kami, telah berlepas ke negara Yaman menyambung pelajaran beliau. Titipan doa dari kami warga PSS dan KRU semoga Allah memudahkan urusan beliau di sana.

Bersama ayahnya


Pada 16 September 2014 bersamaan hari Malaysia, sehari selepas saudara Shahrizal berangkat ke Yaman, Alhamdulillah kami diberi kesempatan mengadakan Liqo Mahabba' khusus buat pimpinan PSS dan KRU Tuaran bertempat di Masjid An-Nur, Tuaran.

Mendengar pengisian motivasi daripada Akhi Fairuz, Pengerusi PSS Tuaran, sesi Taaruf khususi, sesi curhat, dan sesi brainstorm untuk penambahbaikan program-program PSS & KRU pada hari itu sangat bermakna. Mengukuhkan ukhuwwah antara ahli terutamanya bagi mereka yang bekerja dan belajar di luar daerah, disamping menghidupkan kembali jiwa-jiwa yang terkadang tidur.