Tuesday, May 25, 2010

QIAM MEI KRU TUARAN : Hidup Matiku Kerana Allah



Alhamdulillah, Qiamullail bulan Mei KRU Tuaran telah pun berlangsung pada 22-23 Mei 2010 di Masjid An-Nur, Tuaran. Sahabat-sahabat KRU yang sentiasa mendambakan kasih Ilahi tidak melepaskan peluang untuk menghadirkan diri walau diwarnai dengan pelbagai 'kesibukan'. Semua berusaha untuk istiqamah. Abang-abang dan kakak-kakak PSS tidak ketinggalan turut menghadiri program ini untuk memantau dan membimbing kami.

Kuliah maghrib kali ini dikendalikan sendiri oleh Pengerusi PSS Tuaran sebelum pergi 'melancong' selama sebulan bermula penghujung Mei ini ke Negeri Kedah Darul Aman.

Sementara slot ceramah bertajuk 'Hidup Matiku kerana Allah' dikupas mulus oleh Ustaz Rusdi. Antaranya, mengutarakan kelebihan golongan yang sedikit. Ustaz juga memuatkan kisah kehebatan Saiyidina Umar yang apabila melalui sesuatu kawasan syaitan-syaitan akan melarikan diri. Suatu ketika Saiyidina Umar melintasi sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain, tiba-tiba semua lari bersembunyi kecuali seorang. Kanak-kanak tersebut menegaskan dia tidak lari kerana sedang memikirkan sesuatu perkara. Sahabat-sahabat yang tidak dapat datang qiam mahu tahu apakah perkara yang sedang difikirkan oleh kanak-kanak tersebut? Rupakannya sebelum pergi ke tempat permainan kanak-kanak tersebut telah memerhatikan emaknya yang sedang memasak menggunakan kayu api. Sewaktu hendak menghidupkan api emaknya menggunakan kayu-kayu kecil dahulu sebelum kayu besar. Pemerhatian tersebut mendatangkan ketakutan dan kegerunan terhadap kanak-kanak tersebut andainya nyalaan api neraka dimulakan dengan kanak-kanak yang kecil sepertinya. Alangkah jauhnya pandangan kanak-kanak tersebut. Ayuh sahabat-sahabat KRU semua, kita contohi kanak-kanak tersebut.

Manakala sesi usrah gabungan diselitkan modul 'baling batu'. Riadah kali ni juga sangat menarik dan penuh dengan unsur pengajaran.

Nantikan Qiam Jun KRU Tuaran!!!! 26-27 Jun 2010.

Dengar khabar sahabat-sahabat KRU KM pun buat Qiam juga pada tarikh yang samakan?????

Halaqah Al-Mulk

Ahli cilik KRU Tuaran

Tuesday, May 4, 2010

Kami Sayang Ummi dan Abi




Buktikan sayang adik-adik......

Rajin solat,

Rajin mengaji al-Quran,

Doakan ummi dan abi adik-adik,


Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Rajin belajar,

Jadi anak yang soleh.

Thursday, April 29, 2010

KRIS TUARAN 2010 : Manisnya Ukhuwah

23-25 April 2010

Secara tradisinya KRIS dilaksanakan di sekolah tertentu sebagai tuan rumah. Namun, PSS & KRU Tuaran telah membuat kelainan kali ini dengan menjadikan Masjid An-Nur, Tuaran sebagai medan menghimpun adik-adik yang sanggup menerima tarbiyyah. 120 orang pelajar telah menyertai KRIS Tuaran ini yang datang dari sekolah-sekolah sekitar Tuaran (SMKT, SMKTE, SMKSN, SMKSD, SMKB, & SMSJ). Tahniah diucapkan kepada adik-adik peserta. Medan ini terlalu singkat adik-adik. Harapan abang-abang dan kakak-kakak medan yang singkat ini berjaya menjadi pencetus anjakan paradigma adik-adik untuk menghadirkan rasa bertuhan di mana jua berada, diterjemahkan melalui amal ibadah seharian kerana Allah dan seterusnya membuahkan hasil akhlak terpuji.

Syukran jazilan buat semua AJK pelaksana (PSS, Kent, KRU) yang telah bertungkus-lumus memastikan progam ini berjalan lancar dan mencapai matlamat seperti yang dihasratkan. Tidak lupa juga fasilitator yang didatangkan khas dari UMS, Poli, MatrikL, Kent & KRUKK, syukran atas kesungguhan dan kesudian meluangkan masa bersama adik-adik tersayang. Begitu juga dengan penceramah-penceramah KD, ustaz Sattar, ustaz Akmal dan Ustaz Hafiz, syukran segala ilmu yang dicurahkan kepada adik-adik yang sentiasa dahagakan ilmu buat penyuluh kehidupan. Krew malam penghayatan, Abang Al-Amin dan Kak Syuhada', sentuhanmu amat berharga. Kak Syuhada' balik kampung molek-molek ya... Jangan lupa datang Sabah lagi. Dedikasi alunan irama blog ni buat Kak Syuhada'. Akhir sekali syukran kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk menjayakan KRIS Tuaran tahun ini. Pasti semuanya kerana Allah, sebaik-baik pemberi balasan.


Terima Kasih bang....

Abang-abang AJK & Fasi yang prihatin


Buta mata ndak nampak jalan di dunia, buta hati???

Kakak-kakak AJK & Fasi yang baik hati