Wednesday, April 13, 2011

KEM REMAJA ISLAM 2011 (KRIS '11) TUARAN : WARNA-WARNI HARI PERTAMA

8 April 2011

  
Taklimat AJK@Fasilitator
Post mortem pertama

Sukarnya melakar sebuah pertemuan. Hari berganti hari, berganti minggu, malah berganti bulan pertemuan masih tergantung. Masing-masing punya kekangan, silih berganti. Tidak boleh dibiarkan erterusan begini. Kena atur strategi bagi mengelakkan kerja last minute. Balik dari Kem Motivasi Pelajar Islam SMK Tenghilan, kami ahli KRU Tuaran menyinggah seketika di satu rumah yang sudah tidak asing lagi bagi kami. Maka berlangsunglah mesyuarat KRIS Tuaran pertama walau tanpa pengarah. Agenda utama lantikan dan pembahagian tugas-tugas penting (AJK Pengisian dan Penerbitan, AJK Persiapan Tempat, AJK Sumbangan & Tajaan dan AJK Penyertaan).

Masa terus berlalu, namun usaha mengatur pertemuan masih tipis. Mujur, malam qiam Mac KRU Tuaran pengarah dan AJK Pengisian dari pihak sana dapat meluangkan sedikit masa mendengar perkembangan gerak kerja KRIS setakat itu. Inilah mesyarat KRIS Tuaran Kedua.

Terus menunggu. Akhirnya, hari sabtu seminggu sebelum tarikh KRIS Tuaran barulah mesyuarat gabungan semua AJK dapat dilaksanakan, mesyuarat ketiga. Melihat bilangan sumber tenaga yang ramai memberi kekuatan gerak kerja AJK-AJK lain akan mudah dilaksanakan berbekalkan usaha,doa dan tawakal.

Tanggal 8 April 2011 bermulalah detik itu, KRIS ’11 Tuaran.

Tuesday, April 5, 2011

Iklan KRIS Tuaran


Assalamualaikum WBT.
  Mata-mata rantai sekalian,InsyaAllah Kem Remaja Islam (KRIS) Cawangan Tuaran
akan membuka tirai KRIS 2011 pada tahun ini seperti yang dinyatakan di bawah :


Tarikh                                   : 8-10 April 2011 (Jumaat-Ahad)
Tempat                                 : Masjid An-Nur,Tuaran
Anggaran peserta                : 150 orang
Yuran                                    : RM5/orang
Tema                                    : "Discover the Beauty of Islam"
Keterangan lanjut,hubungi : Saudara Kholish~0145618286

Semoga segalanya berjalan lancar. Mohon doa sahabat-sahabat sekalian. Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami dalam melakukan ketaatan kepadaMu dan dalam agamaMu.Ya Allah,permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat!

Sunday, April 3, 2011

Qiamullail Mac KRU Tuaran: TUNJUK AJARKU SIFU!!!!!!


26-27 Mac 2011

Setelah selesainya lakonan setiap kumpulan.

“OK Nor, silakan bagi komen keseluruhan lakonan setiap kumpulan tadi.” Pinta Afiqah.

“Ndak pa lah, kamulah yang bagi. Saya sibuk ni!” Jawab Nor sambil tekun menaip sesuatu.

“Bagi lah Nor, mau jugak dorang dengar apa komen daripada kakak yang lebih arif dalam bidang ni. Cepatlah, adik-adik tunggu sudah tu!!” Pinta Afiqah sekali lagi.

“Ndak mau lah, kamu ja yang bagi komen.” Nor masih menolak permintaan Afiqah.

“Bagi la bah, walaupun sikit…” Kata Afiqah.

“Ini lah yang saya malas ni. Kan ini slot kamu, jadi kamu lah yang handle!” jawab Nor dengan nada  yang tinggi sambil mencampakkan kertas di tangannya lalu beredar dari tempat duduknya .

Semua yang berada di dewan masjid An-Nur terdiam. Bergetar jiwa adik-adik melihat reaksi Nor yang tidak disangka-sangka itu..

“Kenapa   tiba-tiba dorang macam mau bergaduh  jak ni, takut saya oo. Baliklah kita ni kalau begini.” Terdengar perbualan sedikit berbisik beberapa orang adik peserta.

Tidak sampai 11 langkah beredar, Nor kaku sesaat lalu menoleh ke arah peserta sambil jari telunjuk diangkat, “PENGHAYATAN!!! Itulah antara aspek yang sangat penting dalam setiap persembahan lakonan”.

Belum sempat Nor memberi penerangan selanjutnya, kedengaran sedikit riuh akan suara adik-adik peserta “Ooooooohh, ingatkan betul-betul.” Sambil menghembus nafas lega.

Kelihatan Afiqah dan sahabat AJK lain hanya tersenyum melihat telatah adik-adik peserta qiam kali ini.

--------------------------------- 

“Alhamdulillah syukur  yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinnya akhirnya Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Tuaran akhirnya dapat melaksanakan program Qiamullail Mac dengan jayanya.

Program ini bukanlah semata-mata untuk memenuhkan aktiviti dalam takwim tahunan kelab, tapi program ini adalah suatu usaha yang berterusan untuk mendidik jiwa adik-adik ke arah pengamalan hidup Islam secara syumul. Dengan modul Cabaran, Public Speaking, Lakonan setiap kumpulan, sesi muhasabah, hafalan doa & menguji minda. Kami dapat mengenalpasti kebolehan dan kecenderungan adik-adik. Perspektif baru yang telah menyedarkan kami bahawa hidup ini memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk menggapai syurga Allah yang kekal abadi. Mendidik orang lain bukanlah perkara semudah kacang, tapi ia memerlukan keikhlasan.

Terima kasih diucapkan kepada abang-abang dan kakak-kakak PSS yang sudi membekalkan ilmu yang amat berguna kepada kami dan ilmu tersebut dapat kami amalkan dan sampaikannya kepada yang memerlukan.Terima kasih juga kepada AJK-AJK yang sudi membantu dalam menjayakan Qiam kali ini. Ucapan ‘Terima kasih’ bukanlah hadiah yang seberapa tetapi ganjaran syurga Allah pasti menanti anda di kelak. InsyaAllah!

Terima kasih juga kepada adik-adik SAR Serusup yang sudi hadir ke Qiam Mac KRU Tuaran. Jumpa lagi pada Qiam akan datang......16-17 April 2011. InsyaAllah.

 Kuliah Maghrib oleh Ust. Rusydi

 

P/s: Amacam ada gaya sifu kami, Abang Amin & Abang Arif???