Thursday, April 11, 2013
Selamat Datang....
Detiknya akan bermula beberapa jam lagi, Insya-Allah.
Selamat datang adik-adik peserta KRIS Tuaran 2013.
Melangkahlah dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah.
عَنْ أَمِيرِ المُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ ابْنِ الخَطَّابِ رضى الله عنه قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّات وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله. ومن كانت هجرته لدنيا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Dari Amirul Mukminin Umar Ibn Al-Khattab R.A.berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya amalan-amalan bergantung dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang bergantung kepada apa yang diniatkan; maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ingin ia berhijrah kerananya.
Sunday, April 7, 2013
Tuesday, April 2, 2013
Cuti Mac 2013 PSS & KRUT
Hari Jumaat, 22 Mac kami berpakat bertolak ke tapak program jam 4 petang. Ada yang sudah berangkat lebih awal sekitar jam 1.30 petang khususnya AJK program. Ada juga yang akan bertolak lewat sedikit selepas tamat waktu bekerja.
Tunggu punya tunggu bas hanya sampai pada jam 5 petang. Masa kemuncak, jalan mula sibuk dan akhirnya akan sesak. Mahu masuk kawasan KK ni. Pakcik pemandu bas sangat memahami keadaan ini. Lalu dibawalah kami merentas jalan yang jarang-jarang kami lalui. Tiada kesesakan. Ada pun hanya seketika cuma. Bas meluncur laju. Hinggalah akhirnya kami sampai ke jalan yang berbukit. Sebelum bas menaiki bukit kami saling berpandangan. Hati tiba-tiba berdebar. Sampai di pertengahan bukit, bas terhenti. Jalan sebelah yang bertentangan dengan kami memang nampak sesak.
"Apa yang berlaku pakcik?"
"'Gear' terlepas."
Serentak dengan itu, seorang rakan kami mengadu hp dia terlepas dari tangan dan terjatuh keluar dari lubang di celah bawah pintu bas. Ngeri setiap kali nampak kereta yang berjaya melepasi bas kami lalu berdekatan hp yang tersadai di atas jalan raya.
"Jadi kami perlu turunkah pakcik?"
"Nanti, setelah bas sampai ke bawah."
Bas berundur perlahan-lahan.
Bas berjaya dibaiki dan hp pun selamat. Alhamdulillah.
Kami sampai ke tapak program semasa azan Maghrib berkumandang. Program berlangsung sehingga 24 Mac.
Terima kasih kepada semua AJK program yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak dilupakan AJK makanan 'terjun' sekembalinya mereka dari PLKN, sentiasa ceria.
Program yang sangat bermakna.
Santai seketika :)
Bertemu dan berkongsi pengalaman dengan Kak Shaidah.
Hari ni menu apa?
Ceria ja pun semua :)
Permudahkan Ya Allah
Sebelum kembali ke tanah air. Kembali ceria.
Ada kek lah....
25 Mac misi diteruskan ke kampung angkat. Ada yang dah kerinduan. Berdasarkan menu dan lokasi berikut cuba teka kampung angkat yang mana satu?
Menu utama
Tengok apa tu?
Masa cuti selebihnya diperuntukkan bersama keluarga masing-masing, mengulangkaji pelajaran dan membuat persiapan KRIS pada 12-14 April 2013 di SMK Sri Nangka, Tuaran.
"Sesungguhnya, Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan baik, sempurna dan teliti." (Riwayat al-Baihaqi)
Subscribe to:
Posts (Atom)

