Saturday, December 25, 2010

Ziarah Kampung Sambah

23-24 Disember 2010

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpahan rahmatNya disaat sahabat-sahabt lain menadah ilmu lewat Seminar Pemantapan Dakwah di Tabung Haji, KRU Tuaran pula telah turun ke lapangan dakwah menerusi Program Ziarah Kampung Angkat PSS Tuaran iaitu, Kampung Sambah, Tenghilan. Seramai 11 orang ahli KRU yang sudah mempunyai keluarga angkat masing-masing termasuk 3 orang abang dan kakak PSS yang belum berdaftar sebagai anak angkat menyertai program ini. Kumpulan muslimin sampai awal di kampung Sambah, sebelum Asar. Manakala kumpulan muslimat sampai ke destinasi selepas Asar memandangkan dua orang peserta program mengambil result PMR mereka.


Hari penting bukan penghalang untuk turun 'gelanggang'. Kredit buat ayah bonda kandung kedua-dua ahli KRU Tuaran ini.

Setelah semua kumpulan muslimat sampai ke Pengkalan Benonon, kami pun memulakan perjalanan ke Kampung Sambah dengan menaiki bot yang dipandu oleh bapa angkat Sofia. Kami menyelusuri sungai sambil bertanya tentang result PMR adik-adik yang terlibat. Mendengar keputusan mereka yang agak cemerlang menyejukkan hati kami.


Benarlah firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman. Jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Alhamdulillah, Allah membuka jalan kepada adik-adik ini untuk berjaya. Walaupun aktif dalam program-program KRU, namun itu bukanlah menjadi batu penghalang untuk mereka berjaya dalam bidang akademik. Ternyata hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi yang mengaku beriman ini perlu seimbang. Tidak semestinya pelajar tugasnya belajar sahaja, tapi juga tugasnya sebagai hamba Allah, dan tugasnya sebagai seorang anak juga jangan dilupakan. Teringat pula salah satu tajuk ceramah yang pernah dihadiri 'Akademik no.1, dakwah bukan no.2'.

Antara ahli KRU Tuaran yang aktif (yang mengambil PMR tahun ini):-

  1. Siti Sofia binti Mohamad – SMK Tamparuli
  2. Siti Nurmina binti Wahab – SMK Tamparuli
  3. Siti Nuraina binti Zukri – SMK Tamparuli
  4. Nor Anita binti Mohd Salem – SMK Tamparuli
  5. Noor Amarina binti Suid – SMK Tamparuli
  6. Noorhasnezan binti Roslee – SMK Badin
  7. Noramanaisa - SMK Badin
  8. Rasidah binti Matdin - SMK Badin
  9. Nashrul bin Ibrahim – SMK Badin
  10. Dzulfadlie Wasili - SMK Badin
  11. Abi Zarin Habibullah - SMK Badin
  12. Ilman bin Siyakop - SMK Tenghilan

Bagi keputusan PMR ahli KRU yang cemerlang pula:
  • Abi Zarin Habibullah = 5A 3B 1C
  • Dzulfadlie Wasili = 7A 1B 1C
  • Nashrul bin Ibrahim = 6A 3B
  • Siti Sofia Mohamad = 5A 4B
  • Noor Amarina Suid = 2A 6B
  • Adibah = 9A
Setibanya kami di jeti Kampung Sambah, kami disambut seorang makcik. Tanpa membuang masa, kak Farah pun didaftarkan sebagai anak angkat kepada ibu angkat Ain. Setelah itu, semua beredar ke rumah angkat masing-masing. Program PSS kali ini bertujuan berkongsi sedikit pengisian rohani dan muhasabah diri dengan penduduk Kampung Sambah.

Tiba waktu Maghrib, semua penduduk dijemput ke surau untuk solat berjemaah.


Selepas selesai solat, tazkirah disampaikan oleh Abang Salman yang bertajuk Hijrah. Antara point penting dalam tazkirah Abang Salman:
  • Manusia perlu berubah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini. Perumpamaan jika air yang bertakung terlalu lama maka akan banyak kotoran yang akan mencemarinya lalu air tersebut menjadi bau dan tidak lagi berguna kepada sesiapa.
  • Mulakan perubahan dengan solat 5 waktu sehari semalam kerana solat menjadi asas kepada pembentukan aqidah & akhlak yang baik.
Selesai solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah dasar dan sesi muhasabah diri yang disampaikan oleh Abang Fairuz. Antara isi ceramah yang disampaikan ialah berkaitan dengan 5 ancaman yang dihadapi oleh masyarakat di sekitar Sabah yang masih cetek tentang ilmu agama.


Setelah selesai pengisian dari Abang Fairuz, kami dihidangkan dengan minum malam (terima kasih kepada keluarga angkat yang sudi menyediakan juadah minum malam). Seterusnya masing-masing beredar ke rumah keluarga angkat, himpun daya. Pukul 4.00 pagi, program diteruskan dengan qiamullail, solat Subuh berjemaah, dan agenda terakhir Kuliah Subuh yang disampaikan oleh saudara Misran. Pukul 7.00 pagi, peserta muslimin dan muslimat meneruskan agendanya masing-masing. Muslimin menyambung pertandingan badminton yang belum tamat petang kelmarin sambil meninjau-ninjau kawasan kampung.


Sementara muslimat pula mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan tiga orang ahli baru KRU muslimat di kampung tersebut. Setiap yang hadir hanya perlu menjawab
dua soalan mudah. Pertama, bagaimana boleh terlibat dengan KRU? Kedua, apa perasaan atau apa yang diperoleh sepanjang menyertai KRU? Bermula dengan ahli-ahli junior sehingga kepada yang lebih senior, seorang demi seorang meluah rasa. Kini tiba giliran ahli yang ketujuh. "Saya mula mengikuti KRU ni kerana diajak oleh seorang kakak di sekolah saya. Saya bersedia meyertai KRU kerana tertambat dengan keperibadian baik dan penampilan menarik kakak tersebut sama ada dari segi kepimpinan mahu pun akademik. Terlalu banyak yang saya dapat dengan menyertai KRU ini." Tiba-tiba dia senyap, sebak menyelubungi suasana. Air matanya mula menitis. Walaupun dia cuba gagahi untuk bersuara, namun suaranya semakin tersekat. Lantas semua yang hadir turut mengalirkan air mata syahdu kecuali tiga orang ahli baru. Kerana apa? Berbaur rasa kerana ukhuwah, kerana tafahum, kerana syukur terpilih berada dijalan ini. Biarlah emak angkat kehairanan melihat dari arah dapur, biarlah adik-adik bertiga ini memerhati penuh persoalan. Biarkan, biarkan, biarkan.... Suatu hari nanti adik-adik akan faham juga. Air mata kerinduan. Doa rabitah sentiasa bermain dibibir, beralun di hati. Perkenankan doa kami ya Allah.

Rindu tak terkata

Akhirnya, pukul 9.30 pagi kami bertolak pulang.


Kak Farah bersama ibu angkatnnya

Abang Nik & Abang Salman rasmi sebagai anak angkat kepada keluarga Oden


Nasaruddin sah didaftarkan sebagai anak angkat kepada keluarga angkat Misran


Friday, December 24, 2010

Islamic Summer Camp '10

17-19 Disember 2010
Islamic Summer Camp '10 'Youth Today, Leaders Tomorrow'


Alhamdulillah segala puji dipanjatkan kepada Allah Rabbul Alamin kerana dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya Islamic Summer Camp '10 (ISC) akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua, ISC kali ini adalah kali yang ke-4 diadakan yang bertempat di Batangan Baru Lagoon, Tuaran dengan bertemakan 'Youth today, Leaders Tomorrow' (Remaja Hari ini, Pemimpin Hari Esok). Kem 3 hari 2 malam ini mendidik dan mentarbiyah adik-adik peserta menjadi seorang pemimpin yang hebat secara teori dan praktikel.

'Youth Today, Leaders Tomorrow'
Penerapan kepimpinan dalam diri bukanlah tugas yang senang, namun itu bukanlah perkara yang mustahil. Justeru, modul-modul dan kuliah-kuliah dasar yang mengisi ISC ini memenuhi keperluan seseorang pemimpin. Semoga peserta-peserta memahami kepentingan untuk menjadi seorang pemimpin dan istiqamah mempraktikkan apa yang telah dipelajari dari kem apabila pulang ke kawasan masing-masing. Ini kerana setiap daripada kita adalah pemimpin, paling tidak pun kita adalah pemimpin bagi diri kita sendiri dan tugas bagi seorang pemimpin adalah amar ma'ruf nahi munkar (menyeruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).

Keunikan Kem ini
Kem kali ini menerima penyertaan beberapa pelajar dari Pusat Latihan Dakwah (PLD) dan seorang mahasiswa non-muslim. Berbeza dengan kem lalu yang hanya terbuka kepada pelajar sekolah menengah sahaja. Penyertaan kali ini juga bertambah iaitu peserta dari SMK Bongawan, Papar. Ini menunjukkan program ini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan remja dan pelajar. Alhamdulillah, ini semua adalah pilihan Allah untuk menerima hidayahNya.

Alhamdulillah dan tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya mengikuti kem ini dari mula hingga akhir. Semoga segala ilmu dan pengalaman selama 3 hari 2 malam yang dikongsikan kepada peserta-peserta dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta menjadi batu lonjatan untuk mencorak perubahan dalam kehidupan. Tahniah juga kepada AJK-AJK dan Fasilitator-fasilatator yang terlibat dalam menyempurnakan program ini. Segala usaha dan tenaga yang dikorbankan untuk program Islam pasti mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.


Sebar-sebarkanlah ilmu tersebut kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang menyertai program ISC'10 ini. Semoga berjumpa lagi dalam Islamic Summer Camp yang akan datang! InsyaAllah...

Jelajah dakwah



Pembentangan KRU kawasan











Friday, December 17, 2010

Islamic Summer Camp '10

Ialamic Summer Camp '10
"Youth NOW, leaders TOMORROW"

Assalamualaikum w.b.t
Pengumuman! InsyaAllah Islamic Summer Camp 2010
anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan kerjasama
Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) yang
akan diadakan pada ketetapan berikut :


Tarikh : 17-19 Disember 2010

Tempat program : Batangan Baru Lagoon, Gayang, Tuaran.

Masa : 9.00am(17Dis) hingga 2.00pm(19Dis)

Tempat berkumpul : Masjid Tuaran (Peserta kawasan Tuaran)
Masjid Bandayara (Peserta kawasan Kota Kinabaku)

Yuran : RM5.00 sahaja. InsyaAllah semua dapat bayar yuran yang sangat berpatutan

Jom pergi beramai-ramai...