Tuesday, October 1, 2013

Menyusun Barisan @ Saff



Ya Allah peliharalah pemilik-pemilik hati yang berada di barisan ini.

Mari kita menyusun barisan walau di mana jua berada meskipun untuk memelihara barisan itu terus tersusun rapi ada cabaran dan rintangannya. Jangan mudah berputus asa. Pasti ada yang akan kekal dalam barisan. Lihat sahaja barisan yang disusun selama ini, masih ada yang kekal bukan? Nah, tunggu apa lagi, teruskan menyusun barisan hingga ke puncak jaya.

Bulatan Gembira @SMKT 27 September 2013

Bulatan Gembira @Masjid An-Nur Tuaran 27 September 2013

Kak Noor, Kak Afiqah (UiTM), Kak Julaiqah dan Kak Roslidiana @UMS

A. Sazali @Keningau


Tuesday, September 24, 2013

Menara Gading



Semua sahabat-sahabat KRU pasti teringin dan terdorong untuk melanjutkan pengajian hingga ke menara gading. Apa tidaknya, sepanjang bergiat dalam KRU kita selalu bersama, dikelilingi dan didampingi oleh abang-abang dan kakak-kakak (PSS) yang masih belajar mahupun yang telah menamatkan pengajian di menara gading. Beruntungnya kita kerana berada dalam persekitaran ini. Benarlah persekitaran boleh mempengaruhi kita.

Tahniah kepada sahabat-sahabat KRU yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading sesi September tahun ini walau di mana jua berada. Tidak lupa juga kepada Timbalan Pengerusi 2 KRU Tuaran, Kak Noor Tenri. Tahniah kak!

Kini Kak Noor ditemukan 'jodoh' dengan sahabat-sahabat seperjuangannya (Kak Sarah, Kak Julaiqah, Kak Roslidiana, Kak Norhayati, Kak Nurul Zannah dan Kak Faridah Anuar) di UMS. Dan lagi istimewa ditemukan 'jodoh' dengan insan yang telah membawanya berkecimpung dalam KRU. Siapakah insan istimewa itu?

Buat semua kakak-kakak yang dikasihi ingat kata-kata keramat kita, 'jangan lupa rumput yang dipijak, sungai yang ditelusuri, bukit yang didaki'. Hakikatnya, perjalanan kita masih panjang.

Kak Noor & Kak Julaiqah di UMS. (Kak Noor ada kelab baru ya?????)

Wah, ramainya sahabat-sahabat baru Kak Noor!
(Gambar ihsan Kelab Nur E-Man)

Bagaimana pula dengan yang tidak berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading? Rasa rugi menyertai KRU? Pastinya tidak. Tidak sama sekali. Jadi dapat apalah? Di sini kita dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik. 

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
(Riwayat Abu Daud)

Untungkan?

Jom pakat ramai-ramai menyertai KRU!


Wednesday, September 18, 2013

Kenangan Lollipop



Ya, bukan sekadar lollipop. Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Teringat kenangan bersama sahabat-sahabat bersama-sama membantu menjayakan projek "Not Just A Lollipop". Buat beramai-ramai memang seronok. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pagi seusai qiamullail bulan April 2013 di sekitar Pekan Tuaran.






Jom kita mulakan


Dari blok ke blok



Dari kedai ke kedai




Kakak-kakak Kent turut menderma.

Berkumpul semula sambil menikmati lollipop

Inilah hasilnya... Terima kasih kepada semua yang pemurah.