Alhamdulillah, Qiamullail bulan Mei KRU Tuaran telah pun berlangsung pada 22-23 Mei 2010 di Masjid An-Nur, Tuaran. Sahabat-sahabat KRU yang sentiasa mendambakan kasih Ilahi tidak melepaskan peluang untuk menghadirkan diri walau diwarnai dengan pelbagai 'kesibukan'. Semua berusaha untuk istiqamah. Abang-abang dan kakak-kakak PSS tidak ketinggalan turut menghadiri program ini untuk memantau dan membimbing kami.
Sementara slot ceramah bertajuk 'Hidup Matiku kerana Allah' dikupas mulus oleh Ustaz Rusdi. Antaranya, mengutarakan kelebihan golongan yang sedikit. Ustaz juga memuatkan kisah kehebatan Saiyidina Umar yang apabila melalui sesuatu kawasan syaitan-syaitan akan melarikan diri. Suatu ketika Saiyidina Umar melintasi sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain, tiba-tiba semua lari bersembunyi kecuali seorang. Kanak-kanak tersebut menegaskan dia tidak lari kerana sedang memikirkan sesuatu perkara. Sahabat-sahabat yang tidak dapat datang qiam mahu tahu apakah perkara yang sedang difikirkan oleh kanak-kanak tersebut? Rupakannya sebelum pergi ke tempat permainan kanak-kanak tersebut telah memerhatikan emaknya yang sedang memasak menggunakan kayu api. Sewaktu hendak menghidupkan api emaknya menggunakan kayu-kayu kecil dahulu sebelum kayu besar. Pemerhatian tersebut mendatangkan ketakutan dan kegerunan terhadap kanak-kanak tersebut andainya nyalaan api neraka dimulakan dengan kanak-kanak yang kecil sepertinya. Alangkah jauhnya pandangan kanak-kanak tersebut. Ayuh sahabat-sahabat KRU semua, kita contohi kanak-kanak tersebut.
Manakala sesi usrah gabungan diselitkan modul 'baling batu'. Riadah kali ni juga sangat menarik dan penuh dengan unsur pengajaran.
Nantikan Qiam Jun KRU Tuaran!!!! 26-27 Jun 2010.
Dengar khabar sahabat-sahabat KRU KM pun buat Qiam juga pada tarikh yang samakan?????
Halaqah Al-Mulk
Ahli cilik KRU Tuaran