Friday, August 30, 2013

Qiamullail dan Sambutan Aidilfitri 2013


Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana kita masih dipertemukan dengan bulan Syawal. Program Qiamullail kali ini yang disertakan dengan sambutan Aidilfitri merupakan program yang sudah dirangka dalam takwim tahunan. Syawal kali ini banyak memberi pengajaran buat kita semua agar lebih bersyukur dengan nikmat keamanan negara yang kita kecapi pada hari ini.

Jika hendak dibandingkan sambutan aidilfitri di Mesir, Syria dan Palestin, teramat jauh bezanya. Di Malaysia, Hari Raya diraihkan dengan begitu meriah sekali. Open House dari pagi hingga ke malam, mengunjungi sanak saudara dari siang hingga ke malam dengan perut yang sentiasa terisi. Mereka  meraih Syawal dengan berjuang bermatian demi mempertahankan agama Allah, tidak kurang yang menemui syahid dikala keluarga tercinta menanti kepulangan mereka. Justeru, teruskan berdoa untuk kemenangan mereka di sana.

...................................................................................................

Apa cerita sambutan Aidilfitri kali ini? Sambutan Aidilfitri kali ini merupakan penutup bagi program ziarah raya PSS dan KRU Tuaran. Jom sama-sama kita saksikan.

 

 Ucapan aluan daripada Pengerusi KRU Tuaran, Saudara Shahrizal.

Ucapan perasmian daripada Timb. Pengerusi II PSS Tuaran

Persembahan nasyid daripada kump. Khalifah daripada SMKT


 Persembahan Sajak daripada ahli KRU

Sajak ala-ala penghayatan gitu...

Mesyaurat Post-mortem dan sedikit pengisian yang disampaikan oleh Akhi Hasmadi

Naqibah Usrah kali ini daripada Kak Sarinah, "Aurat dan Abad Bersalam"


Riadah pagi Senaman Matahari

Jutaan terimah kasih kepada AJK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjalankan program kali ini, tidak lupa juga kepada adik-adik KRU yang istiqamah menghadiri program-program anjuran PSS dan KRU Tuaran. Mudah-mudahan usaha kecil ke arah membina generasi Islam ini ada nilainya di sisi Allah. Allahuma Ameen...

Jumpa anda pada program Qiamullail dan Solat Hajat Perdana akan datang, 7-8 September ini Insha Allah..:-)

Friday, August 23, 2013

Jemput Hadir Program Qiamullail Ogos & Majlis Sambutan Aidilfitri 2013

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 
Jom kita hadirkan diri ke program ni.
 
InsyaAllah jumpa di sanaa ^_^
 
 
 

Tuesday, August 20, 2013

Riang Ria Raya 2013

Alhamdulillah, Syawal kali ini masih berpeluang menziarahi keluarga angkat di Kg Saradan, Kg Sambah dan Kg Sungai Damit. Sempat juga bertemu sahabat-sahabat lama dan baru dalam Reunion Raya. Mengeratkan kembali silaturahim yang kian lompang dimamah arus masa dan kesibukan kerja. Benarlah  Allah SWT berfirman :

“… dan  Dia-lah Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al-Anfaal [8] : 63)

Jom saksikan perjalanan kemeriahan Aidilfitri tahun ini..

 
 Tiba di Kg Saradan lewat petang Jumaat 9 ogos 2013
 
 
 
 Bersiar-siar sekitar kampung..
 
  Ni AJK Pengangkutan?? Biar betul..
 
 
 
 
 Sambutan Aidilfitri Peringkat Kg Saradan @ Raya ke-2
 
Persembahan nasyid daripada  KRUT.
 
 Pertandingan baca Doa Makan pun ada ^_^
 
Pertandingan nasyid. Sempoi & bergaya. Ni lah pemenangnya..
 
 Dari yang dewasa..
 
 Kanak-kanak..
 
 Remaja..
 
 Semua peringkat usia turut serta..
 
 Alhamdulillah...
 
 Cukup meriah..
 
 dan menghiburkan
 
 Penonton jadi tak kering gusi dibuatnya..
 
 Sangat2 terhibur ^_^
 
 Sempat menghadiri kenduri sebelum berangkat pulang
  
 
 Terima kasih atas jemputannya..
 
  Siapa tau ni rumah sapa?
 
 Bapa2 angkat semakin kurus dek kerana merindukan anak2 angkatnya???
 
                        .............................................................................................
 
10 Ogos 2013. Ziarah Raya Kg. Sambah, Tuaran
 
Semestinya kampung favorite tidak ketinggalan untuk diziarahi. Terima kasih kepada keluarga angkat yang tidak jemu-jemu menerima kedatangan geng PSS dan KRU.
 
 
 
 
 
Kepada yang belum pernah ke sini, ni lah kampung Sambah yang indah itu ^_^
 
 Seperti tahun2 sebelumnya, setiap satu rumah satu tazkirah.
Masa ni Ustaz Misran bagi tazkirah
 
 
Faizal & Mazlan bersama ibu angkat mereka
 
 
 
 
 Ibu-ibu angkat yang paling ramai menerima anak angkat. Tahniah2
 
 
 Tazkirah dari Abg Sazali plak..
 
 
 
 
  
 
 
 Rumah keluarga angkat Abg Sharizal. Jadi tuan rumah kena bagi tazkirah laa..
 
Pemandangan depan rumah Kak Khadizah..cantik kan??
  
 
 
                       ........................................................................................
 
 15 Ogos 2013. Reunion Raya PSS & KRU Tuaran.
 
 'Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah..insyaAllah'. Semoga pertemuan dan pengisian yang disampaikan menjadi pengecas rohani dan penguat jasmani para ahli-ahli yang hadir.
 
 
 
 

 Ustaz Fairuz memberi pengisian yang pertama..
 
 
 Rehat sebentar dengan juadah istimewa dari AJK Makanan..
 
 
 Pengisian ke-2 diteruskan selepas solat Zohor..
 
 
 Sempat bermesyuarat untuk misi akan datang..
 
 
 
                 ....................................................................................
 
 17 Ogos 2013. Ziarah Raya Kg. Sungai Damit
 
Kg Sungai Damit menjadi penutup tirai misi ziarah raya tahun ni. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
 

 'Pangkalan' tempat pertemuan semua sebelum menyerbu Kg Sg Damit
 
 
Tazkirah disampaikan oleh sahabat yang baru dikenali..Ustaz Tarmizi
Terima kasih atas perkongsiannya.
  
 Borak-borak sebelum mengundur diri..
 
 
 
 Alfin menyantuni sahabat-sahabat di rumah keluarga angkatnya
Terima kasih Alfin ^_^
 
 
 
 Tazkirah lagi..
 
 Tuan rumah (Bapa angkat Alfin) memberikan sedikit ucapan slaku tuan rumah
 
 Azan Zohor berkumandang?? Jom kita solat dulu..
 
 Meneruskan misi ke rumah seterusnya..
 
 
 
 Tazkirah dari Kak Khadizah
 
 
 Terima kasih tuan rumah Kak Maslinah(kakak angkat Kak Khadizah)
 
 Berjalan pulang dibawah terik matahari..sabar2.
 
 Menuju ke checkpoint seterusnya. Jom serbu!
 
 Mengisi ruang ucapan...
 
 
 Tahniah Kak Yuyu @ Nurul Insyirah.