Friday, August 30, 2013

Qiamullail dan Sambutan Aidilfitri 2013


Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana kita masih dipertemukan dengan bulan Syawal. Program Qiamullail kali ini yang disertakan dengan sambutan Aidilfitri merupakan program yang sudah dirangka dalam takwim tahunan. Syawal kali ini banyak memberi pengajaran buat kita semua agar lebih bersyukur dengan nikmat keamanan negara yang kita kecapi pada hari ini.

Jika hendak dibandingkan sambutan aidilfitri di Mesir, Syria dan Palestin, teramat jauh bezanya. Di Malaysia, Hari Raya diraihkan dengan begitu meriah sekali. Open House dari pagi hingga ke malam, mengunjungi sanak saudara dari siang hingga ke malam dengan perut yang sentiasa terisi. Mereka  meraih Syawal dengan berjuang bermatian demi mempertahankan agama Allah, tidak kurang yang menemui syahid dikala keluarga tercinta menanti kepulangan mereka. Justeru, teruskan berdoa untuk kemenangan mereka di sana.

...................................................................................................

Apa cerita sambutan Aidilfitri kali ini? Sambutan Aidilfitri kali ini merupakan penutup bagi program ziarah raya PSS dan KRU Tuaran. Jom sama-sama kita saksikan.

 

 Ucapan aluan daripada Pengerusi KRU Tuaran, Saudara Shahrizal.

Ucapan perasmian daripada Timb. Pengerusi II PSS Tuaran

Persembahan nasyid daripada kump. Khalifah daripada SMKT


 Persembahan Sajak daripada ahli KRU

Sajak ala-ala penghayatan gitu...

Mesyaurat Post-mortem dan sedikit pengisian yang disampaikan oleh Akhi Hasmadi

Naqibah Usrah kali ini daripada Kak Sarinah, "Aurat dan Abad Bersalam"


Riadah pagi Senaman Matahari

Jutaan terimah kasih kepada AJK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjalankan program kali ini, tidak lupa juga kepada adik-adik KRU yang istiqamah menghadiri program-program anjuran PSS dan KRU Tuaran. Mudah-mudahan usaha kecil ke arah membina generasi Islam ini ada nilainya di sisi Allah. Allahuma Ameen...

Jumpa anda pada program Qiamullail dan Solat Hajat Perdana akan datang, 7-8 September ini Insha Allah..:-)

No comments: