Setelah Kak Ira dan keluarga bergerak ke airport, kami bergegas ke Masjid Tuaran untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan PSS dan KRU. Semua wakil bahagian turun
”Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut Ayat 69)
Agenda perbincangan lebih tertumpu kepada perkembangan KRU dan Muhasabah KRIS 2009. Daripada laporan setiap bahagian, Alhamdulillah KRU dapat berkembang degan baik setakat ini. Program-program yang dirancang untuk KRU juga Alhamdulillah dapat berjalan dengan baik walaupun terdapat masalah-masalah kecil. Muhasabah KRIS pula lebih tertumpu kepada perbincangan untuk pembaikan program akan datang. Agar masalah-masalah yang dihadapi dalam KRIS 2009 tidak berulang lagi. Teringat pula pada lagu Sunnah Orang Berjuang.
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Makan Tengahari ditaja oleh Kak Rudiana, Syukran Jaziilan.
Selesai mesyuarat tersebut, Mesyuarat Penyelarasan PSS dan KRU Tuaran pula diadakan. Melihat wajah sahabat-sahabat sepanjang mesyuarat ini, penulis dapat merasakan bahang kesedihan yang semakin membara kerana ini adalah mesyuarat terakhir PSS&KRU Tuaran bersama Orang Kuat sebelum beliau bertolak ke semenanjung.
Perbincangan berkisar tentang Qiam, Usrah Sekolah dan Program Mingguan PSS yang perlu diteruskan walaupun tanpa Orang Kuat. Perbincangan agak panas ketika Saudara Fairuz mengusulkan program yang ingin dibuat oleh Saudara Misran iaitu Program Isteriku Sayang. Namun bagi mengelak kesangsian para suami-suami di kampung tersebut, nama program ditukar kepada Program Keluargaku Sayang.
Apa yang penulis ingin highlightkan adalah kesungguhan Saudara Misran membuat satu perubahan di tempat kelahiran beliau. Penulis teringat Sirah Rasulullah SAW yang bersungguh-sungguh membuat perubahan selama 13 tahun di Mekah, tempat kelahiran Baginda SAW sendiri. Inilah adik KRU yang perlu dicontohi......!!!
“Sesiapa yang berjihad maka sesungguhnya ia berjihad untuk dirinya sendiri.”
(QS Al-Ankabut 6)
No comments:
Post a Comment