Thursday, April 25, 2013

Qiamullail April PSS & KRU Tuaran : Tahniah Calon-Calon UPSR,PMR,SPM & STPM 2012!


Alhamdulillah. Qiam kali ini menjadi kesinambungan KRIS minggu lalu. Penyertaan melebihi bilangan peserta KRIS iaitu seramai 138 orang. Seperti kebiasaannya, KRU Tunaslah yang begitu bersemangat. Ada yang datang seawal pukul 4 petang lagi meskipun sesi pendaftaran bermula 5 petang. Apa pun tahniah adik-adik!

Seperti yang  dirancang, qiam kali ini disertakan dengan sambutan meraihkan ahli-ahli KRU yang menduduki peperiksaan awam (UPSR,PMR,SPM & STPM) tahun lalu. Tahniah kepada semua yang cemerlang. Kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. Esok,lusa dan hari-hari seterusnya masih ada!



Penyertaan sulung dari SMK Pekan Telipok



Lepas ni sambung di mana pula?







Ucapan wakil yang diraihkan...Abg Zul


Abg Syazwan mewakili Pengerusi PSST


Mesyuarat post-mortem QIAM & KRIS


Rutin yang perlu dipraktikkan..bacaan Al-Mathurat

Jom riadah



Rehat kejap

Isi perut selepas beriadah



We Love Palestin

Mari beli! 





Thursday, April 18, 2013

QIAMULLAIL 20-21 APRIL 2013: PILIH YANG MANA SATU

KRIS Tuaran telah pun melabuhkan tirainya minggu lepas. Hujung minggu ini seperti yang telah kita sepakati bersama, berqiamullail bersama-sama di Masjid An-Nur, Tuaran. Apa yang istimewa?????

 TUARAN

Serentak di dua lokasi yang berlainan juga berlangsung qiamullail pada tarikh yang sama. Di Putatan dan Kota Kinabalu. Meriahnya suasana.

PUTATAN

KOTA KINABALU

Jadi, tunggu apa lagi? Pilih yang mana satu. Jangan biarkan diri anda tidak berada di mana-mana.


Tuesday, April 16, 2013

Tinta KRIS Tuaran 2013



Perasaan bercampur-baur tatkala KRIS kali ini melabuhkan tirainya. Persiapan yang memakan masa hampir sebulan  lebih berakhir dengan satu nafas lega.

Kesanggupan memerah tenaga dan fikir, rela bersengkang mata, datang menjenguk walau seketika, menyumbang harta dan wang ringgit yang ada serta kiriman doa dari kejauhan memungkinkan segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Syukran jazilan kepada semua.

Kenangan KRIS empat tahun lalu masih membekas. Tahun 2009 KRIS Tuaran  juga berada di tempat yang sama, iaitu SMK Sri Nangka. Ketika itu sang penggerak kerja adalah mereka yang kini bergelar senior. Expert dalam semua perkara dan pemurah berkongsi ilmu yang ada.

Generasi yang dulunya adalah peserta kini menjadi pemudah cara dan mungkin juga Pengarah. Tugas yang sama tetapi waktu dan cabaran yang berbeza-beza. Namun acuannya tetap sama. What you give you get back, what you get you give back! 

Tahniah adik-adik peserta. Meski ada yang sudah beberapa kali menyertai program yang sama, masih bersemangat menanti slot-slot seterusnya. Berukhuwwah selama 3 hari 2 malam bersama seramai 135 orang peserta dari latar sekolah yang berbeza. Moga ikatan yang terbina terus mekar dan bercambah.


Di sini bermula










Jom daftar dulu


Abg Azri pn ada? Datang sekejap pn boleh la..

 Sampai dah...turun-turun



Eh,macam kenal ja..



Ustazah Karimah mengiringi peserta dari SMK Tun Fuad



Taklimat

Adik-adik, ni la abang-abang fasi kamu. Mari berkenalan:)

Tahniah Abg Syazlin! Sampai juga akhirnya...



Berice Breaking di hari pertama



Pakat-pakat pilih Penghuluwati



Tapak utama program, surau SMK Sri Nangka

Kak Titit masih dengan stylenya



Penghulu memimpin bacaan Al-Mathurat. Senyum :)



Terima kasih ustaz Hafiz. 



Ada bakat jadi kem kom Abg Sukri ni



Abg Umaq pun ada..















Insan yang tidak asing lagi..Ustaz Fauzi

Slot adhoc Pertama - From Gaza With Love

Terima kasih Abg Johan





Kak Jannah...Indahnya Akhlak Islam!

Ala-ala penghayatan..





Lain kali mo jemput lagi :) Best!

Latihan malam Gala. Bersungguh2 nampak :)

Slot adhoc kedua- Motivasi ke Menara Gading!

Warga Kolej Matrikulasi Labuan mesti kenal Cikgu ni~
Terima kasih Cikgu Ismail yang begitu bersemangat:)



Persembahan Malam Gala





Tengok apa tu? 



Program & Kerja Rumah tidak boleh dipisahkan. Gitu ya~

Terima kasih abang-abang Kent



AJK & Fasi

AJK belakang tabir. Agak terharu2

Terima kasih adik-adik Kent

Terima kasih kakak-kakak Kent

Exco Media PSS Pusat & AJK Pengisian KRIS

AJK Protokol : Amar & Abg Afifi
Ceria selalu :) 

AJK Fotografi disitu



Sahabat dari ILP pun ada..Abg Suaidi (baju putih)

'Geng karas' KRUT

Bincang-bincang menu seterusnya

Bestnya riadah!



 

Warming up dulu sebelum Running KRIS

Kira sama-sama. Satu sampai sepuluh

Cercite-cercite macam mana Running ni

Satu, dua, tiga..lari!!





Ni buat apa pula?













Ibadah itu mudah. Jom solat Dhuha!

Majlis Penutupan





Ucapan Pengarah Program..ala-ala kuliah dasar gitu :)

Syahid atau kemenangan?  Tetap dapat ganjaran insyaAllah!



Penghulu

Sekalung terima kasih buat tuan rumah



Barisan AJK & fasi. Mana lagi yang lain?

Lambaian ukhuwwah

Ilal liqo'

Jangan lupa temu janji kita hujung minggu ni:)

Persatuan.....????? Hanya mereka yang berkenaan yang tahu.
Rusa yang berjasa

Begitu juga pemandu & pengikutnya...lollipop

'Orang kuat' AJK Makanan ni

Cukup sudah nasi?





Mop jangan tak mop!

Akhirnya menghargai sesama sendiri :)

 Jom, jom, jom Qiamullail Bulanan pada 20-21 April 2013 di Masjid An-Nur, Tuaran.
 Istimewa sambutan meraihkan lepasan UPSR, PMR, SPM & STPM 2013.
Jemput hadir semua ya....