Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan Kareem (2)

Sedar tak sedar hari ini masuk fasa kedua Ramadhan, 12 Ramadhan 1433H. Cepatnya. Harap Ramadahn tahun ini lebih baik daripada Ramadan tahun lepas.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.  Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad)

Apakah berlaku minggu lepas? 

Halaqah mingguan masih diteruskan. Latihan kali kedua. Ada yang cuma dapat datang sekejap, kemudian segara beredar untuk menghadiri kelas tambahan. Masuk semester kedua ini masing-masing agak sibuk dengan persediaan menghadapi PMR,SPM dan STPM. Tidak ketinggalan juga enam rendah yang bakal menduduki STPM Baharu. Tidak boleh honeymoon sudah seperti enam rendah sebelum ini.

Semasa bermesyuarat membincangkan persediaan qiamullail pimpinan KRUT pada 4-5 Ogos ini, salah seorang ahli KRUT sempat berkejar menemui Pengerusi Masjid An-Nur yang tiba-tiba muncul dengan keretanya. Mencuba sekiranya boleh melaksanakan qiamullail di situ semula. Selepas bulan November, boleh. Sabar, sabar tidak lama lagi. Sabar adik-adik KRU Tunas sekitar Tuaran. Turut dibincangkan persediaan membantu Kem Ibadah di SK Pekan Tamparuli pada 10-12 Ogos. Sesiapa yang berminat menjadi fasilitator maklumkan Kak Siti Khadizah.

Hari sabtu minggu lepas PSS dan KRU Tuaran telah menghantar beberapa orang wakil menghadiri Pertemuan Aktivis Dakwah kawasan Tuaran. Kongsikan infomasi. Pada masa yang sama, beberapa orang lagi ahli PSS Tuaran turut menghadiri Bengkel Media PSS Dan KRUKB. Di Tuaran bakal menyusul. Bila?

Tahniah!

Sebut pasal Ramadan, tetiba rindu pula dengan kampung-kampung angkat (Kg Sambah, Kg Saradan, Kg Kiwoi dan Kg Sungai Damit). Bila lagi dapat berkunjung ke sana? Tengok video dan gambar kenanganlah.

video
 Video ini ada nilai nostalgia yang tersendiri.  Natijahnya. ^___^
“ Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.(QS.Al-Insyirah(94):5-6).










Monday, July 23, 2012

Kembara ke Beaufort


Alhamdulillah,13-15 Julai yang lalu KRU Tuaran berkesempatan menghadiri KRIS Beaufort yang bertapak selama 3 hari 2 malam di SMK Beaufort. Banyak pengalaman dan iktibar yang dapat diperoleh sepanjang berada di sana. Usai berhalaqah di Masjid Tuaran, perjalanan diteruskan dengan misi manambah ilmu dan menjalinkan ukhuwwah sesama insan di daerah Beaufort. Sepanjang perjalanan fikiran ligat membayangkan sahabat-sahabat KRU Beaufort sedang bertungkus-lumus menjayakan KRIS  kali ke-2. Meskipun hajat tidak kesampaian untuk menaiki keretapi, namun segalanya dipermudahkan setelah kami sampai lewat pukul 9.45 malam. Ketibaan kami disambut mesra. Sesekali mata menerawang mencari ruang untuk berkhidmat dengan kemampuan yang ada. 

Seawal pagi lagi, berkesempatan menemani AJK Makanan berbelanja di Pekan Beaufort. Dalam kesegaran pagi, pasar tamu dijelajah. Tidak banyak bezanya dengan Pekan Tuaran. Sesekali mencari sesuatu yang ingin dibawa pulang sebagai ole-ole. Ada jugalah :)

Seperti KRIS dikawasan lain, soal Akidah, Ibadah dan Akhlak diketengahkan. Ditambah dengan pencerahan melalui LDK dan Explorace. Sungguh,pengisian yang disusun rapi. Moga-moga peserta mendapat sesuatu yang bermanfaat kepada diri mereka.

------------------------------------------
 
Pengalaman baru yang tidak boleh dilupakan ialah berkesempatan menaiki keretapi dari Beaufort ke Tanjung Aru. Alhamdulillah, teruja dan menyeronokkan! Sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan, hati bersyukur kerana Allah memberi kesempatan untuk berkumpul dan bertukar-tukar pandangan dengan sahabat-sahabat dari KRU Beaufort, KRU Sipitang dan KRUKK. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. InsyaAllah. Ukhuwwah fillah abadan abada!! 

 Emmm....inilah kepakarannya.

 Grrrrrrrr....terbawa hingga ke Beaufort...?????

 Latihan 'adik-adik' kah?

 Siapa sangka Timb. Pengerusi PSS Tuaran akhirnya berada di Beaufort...


 Tahniah buat semua!!!!!



Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Kareem

Bismillahirrahmanirrahim. Senyum jangan tak senyum. Hari ini hari Jumaat. Esok Ramadhan. Bulan tarbiyyah. Begitu cepat masa berlalu. Putaran roda kehidupan susah dan senang silih berganti mewarnai perjalanan hidup kita. Untuk apa semua itu? Tidak lain sekadar menguji adakah kita ini penyabar atau tidak. Bersyukur atau tidak? Ayuh teruskan dan atur langkah dengan bijaksana.

Terkadang apa yang berlaku tu diluar perancangan kita. Ia terjadi dengan begitu unik sekali. Terkadang ia berbentuk nikmat dan terkadang berbentuk ancaman. Terkadang benda yang kita suka dan terkadang benda yang kita tidak suka. Mungkin ia satu nikmat bagi orang lain tetapi mungkin satu ancaman bagi orang lain pula. Melihat setiap kejadian dengan mata hati yang paling dalam. Jom muhasabah. Pasti ada hikmahnya.

Kami memohon kemaafan kepada setiap pihak yang terlibat andainya apa yang sedang berlaku ini mengganggu emosi kalian.

 Kenangan program minggu lepas:

Banyaknya soalan (^_^). Terima kasih.







Selamat berpuasa. (^_^)

Pengalaman berkelana ke Bumi Beaufort bakal menyusul....insya-Allah.

Tuesday, July 10, 2012

Qiamullail Julai & Rehlah PSS & KRU Tuaran




فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (13)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, buat julung kalinya PSS dan KRU Tuaran dapat mengadakan qiamullail di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli pada 7-8 Julai 2012. Tapak baru.Suasana yang agak berbeza. Penerimaan masyarakat sekeliling yang jauh lebih baik. Ada yang datang menjenguk dan menawarkan untuk ‘sponsor’ makan malam. Ada yang mencadangkan buatlah lagi di Tamparuli agar anak-anak mereka  lebih ‘ringan’ untuk hadir. Terharu. 

Melihat kehadiran ahli KRU dari sekitar pekan Tuaran merosot, solusinya tempat qiam akan diselang-selikan antara Tamparuli dan Tuaran. Justeru, Qiamullail Khas Bulan Ogos akan dilaksanakan di Tuaran (khas buat barisan pimpinan KRUT). Sementara, Qiamullail September di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli pada 8-9 September 2012.

Terima kasih kami ucapkan buat jawatankuasa Masjid Ubudiyyah, Tamparuli yang sudi membenarkan kami melaksanakan berprogram di sana. Terima kasih juga kepada penceramah jemputan yang sekaligus menawarkan diri / datang semula semasa qiamullail dan seterusnya menyampaikan kuliah Subuh. Kupasan ceramah dan kuliah Subuh sekitar topik takwa dan Ramadhan. Ramadhan madrasah tarbiyyah.

Peserta-peserta muslimin dapat tidur nenyakkah di ruang legar terbuka bawah masjid? Sejuk seperti di Kundasang. Tiupan angin dari Kundasang. Kelihatan bahagian bawah tangga menjadi sasaran tempat melindungkan diri dari rasa sejuk sehingga ke tulang sum-sum. Lain kali bawah selimut tebal. Muslimin mesti lasak bah. Jangan serik. Ada yang balik tidur di rumahkah?


 Sanah Helwah Adik Idin. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat Allah.

Rezeki.... Terima kasih.:)

 Jemput makan kek dan bubur istimewa sempena hari jadi Adik Idin (^_^).

Keesokkan harinya program diteruskan dengan aktiviti rehlah. Dapat menyaksikan pemandangan-pemandangan indah. Subhanallah. Memerhati alam ciptaan Allah sambil memasang telinga menikmati persembahan sajak hasil ciptaan setiap kumpulan. Bertema ‘Alam dan Kebesaran Allah’. Tahniah! 

Semasa menaiki Jambatan Gantung Tamparuli ada juga yang gayat. Siapakah gerangan?

Bergerak ke tapak rehlah.

Mahu sampai dah

Bersenam kejap.

 Merenung apa itu?

 Tengok ini. Cantik dan indah. Subhanallah. 
Sahabat yang nun jauh di sana cepat datang sini naik jambatan dan tengok pemandangan

Jom...


Deklamasi sajak.

Tiup!!!

Comel

Lari!!! Makan pisang.

Wow!

Hati-hati adik Mohamad

 Deklamasi sajak.

Tutup telinga!

Cepat!

Yeah! Kita boleh menang ni.

Majlis penutupan

 Tahniah!

Usaha mahu menghidupkan api. Angin.

Akhirnya, perapan ayam BBQ menjadi ayam goreng. Sedap pulak. Boleh buat lagi.

Buat kerja rajin-rajin. Pembahagian secara adil dan saksama.

 Masa untuk makan. Bismillah.
Berlatarkan Sungai Tamparuli
Berlatarkan Jambatan Gantung Tamparuli

Berlatarkan Bukit Perahu
Berlatarkan Jambatan Gantung
Berlatarkan Restoran Siring Sungai

Usai rehlah singgah semula di Masjid Ubudiyyah untuk menunaikan Solat Zuhur. Terjumpa dengan bapa dan emak angkat dari Kg Kiwoi.

Perjalanan diteruskan menghadiri walimah adik-beradik angkat Amir, Shah Rizal, Siti Zubaidah dan Murdyana.

Sebelum itu, pada 6-7 Julai 2012 kami bertuah dapat bersama para tetamu-tetamu istimewa. Nikmat kurniaan Ilahi. Siapa sangka kami dapat ‘bersahabat’ dengan para rombongan-rombongan tetamu yang hebat-hebat. Begitulah pabila Alllah mengkehendakan sesuatu amat mudah. Kunfayakun. Macam dapat durian runtuh. Alhamdulillah. Menerima suntikan vaksin membantu menyembuhkan penyakit ‘hati’. Penyakit tidak istiqamah, penyakit malas, penyakit...... Terima kasih kerana sudi bertukar-tukar fikiran dan berkongsi rasa dengan kami. Terkejut? Tiada yang pelik. Itulah realiti. Kami tiada pilihan. Sampai bila harus menunggu tanpa tindakankan? Jangan risau, jangan bimbang pasti ada jalannya. Kami akan teruskan usaha murni ini meski bertatih dari bawah demi cita-cita yang tinggi melangit itu. Insya-Allah.

Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah.” Surah Ali-Imran ayat 159




  





Ahli PSS dan KRUT yang terlibat dengan ‘kembara’ kautlah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman. Belajar dari universiti kehidupan. Ambil ibrah.

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada” (Al Hajj : 46).

 “Maka tidakkah menjadi petunjuk bagi mereka (kaum musyrikin) berapa banyaknya Kami membinasakan umat-umat sebelum mereka, padahal mereka berjalan (di bekas-bekas) tempat tinggal umat-umat itu? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal” (Thaha : 128).

Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memperhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu” (Muhammad : 10).

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah” (Mukmin: 21).
Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Adalah orang-orang yang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka” (Mukmin: 82).

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)” (Ali Imran : 137).

Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu” (Al An’am : 11).

Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)” (An Nahl : 36).

Katakanlah: “Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa” (An Naml : 69).

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

 “Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi” (Fathir : 44).

 “Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri” (Ar Rum: 9).

Katakanlah: “Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)” (Ar Rum: 42).




Sahabat-sahabat dan adik-adik KRU yang bakal menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM serta STPM Baharu tahun ini jangan buang masa. Teruskan usaha mengulangkaji pelajaran dan bermunajat kepada Allah. ‘Study Smart, Study Hard’.