Sedar tak sedar hari ini masuk fasa kedua Ramadhan, 12
Ramadhan 1433H. Cepatnya. Harap Ramadahn tahun ini lebih baik daripada Ramadan
tahun lepas.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah
bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang
belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di
sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka
sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan
syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh
akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam
Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini
apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir
Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur
Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang
diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat
Imam Ahmad)
Apakah berlaku minggu lepas?
Halaqah mingguan masih
diteruskan. Latihan kali kedua. Ada yang cuma dapat datang sekejap, kemudian
segara beredar untuk menghadiri kelas tambahan. Masuk semester kedua ini
masing-masing agak sibuk dengan persediaan menghadapi PMR,SPM dan STPM. Tidak
ketinggalan juga enam rendah yang bakal menduduki STPM Baharu. Tidak boleh honeymoon sudah seperti enam rendah
sebelum ini.
Semasa bermesyuarat membincangkan
persediaan qiamullail pimpinan KRUT pada 4-5 Ogos ini, salah seorang ahli KRUT
sempat berkejar menemui Pengerusi Masjid An-Nur yang tiba-tiba muncul dengan keretanya.
Mencuba sekiranya boleh melaksanakan qiamullail di situ semula. Selepas bulan
November, boleh. Sabar, sabar tidak lama lagi. Sabar adik-adik KRU Tunas
sekitar Tuaran. Turut dibincangkan persediaan membantu Kem Ibadah di SK Pekan
Tamparuli pada 10-12 Ogos. Sesiapa yang berminat menjadi fasilitator maklumkan
Kak Siti Khadizah.
Hari sabtu minggu lepas PSS dan
KRU Tuaran telah menghantar beberapa orang wakil menghadiri Pertemuan Aktivis
Dakwah kawasan Tuaran. Kongsikan infomasi. Pada masa yang sama, beberapa orang
lagi ahli PSS Tuaran turut menghadiri Bengkel Media PSS Dan KRUKB. Di Tuaran
bakal menyusul. Bila?
Tahniah!
Sebut pasal Ramadan, tetiba rindu
pula dengan kampung-kampung angkat (Kg Sambah, Kg Saradan, Kg Kiwoi dan Kg
Sungai Damit). Bila lagi dapat berkunjung ke sana? Tengok video dan gambar kenanganlah.
Video ini ada nilai nostalgia
yang tersendiri. Natijahnya. ^___^
“ Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.(QS.Al-Insyirah(94):5-6).
“ Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.(QS.Al-Insyirah(94):5-6).
No comments:
Post a Comment