فَبِأَيِّ
آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (13)
Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan
jin)?
Alhamdulillah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, buat julung kalinya PSS dan KRU Tuaran dapat
mengadakan qiamullail di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli pada 7-8 Julai 2012. Tapak
baru.Suasana yang agak berbeza. Penerimaan masyarakat sekeliling yang jauh
lebih baik. Ada yang datang menjenguk dan menawarkan untuk ‘sponsor’ makan
malam. Ada yang mencadangkan buatlah lagi di Tamparuli agar anak-anak
mereka lebih ‘ringan’ untuk hadir.
Terharu.
Melihat kehadiran
ahli KRU dari sekitar pekan Tuaran merosot, solusinya tempat qiam akan
diselang-selikan antara Tamparuli dan Tuaran. Justeru, Qiamullail Khas Bulan
Ogos akan dilaksanakan di Tuaran (khas buat barisan pimpinan KRUT). Sementara,
Qiamullail September di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli pada 8-9 September 2012.
Terima kasih kami
ucapkan buat jawatankuasa Masjid Ubudiyyah, Tamparuli yang sudi membenarkan
kami melaksanakan berprogram di sana. Terima kasih juga kepada penceramah
jemputan yang sekaligus menawarkan diri / datang semula semasa qiamullail dan
seterusnya menyampaikan kuliah Subuh. Kupasan ceramah dan kuliah Subuh sekitar
topik takwa dan Ramadhan. Ramadhan madrasah tarbiyyah.
Peserta-peserta
muslimin dapat tidur nenyakkah di ruang legar terbuka bawah masjid? Sejuk
seperti di Kundasang. Tiupan angin dari Kundasang. Kelihatan bahagian bawah
tangga menjadi sasaran tempat melindungkan diri dari rasa sejuk sehingga ke
tulang sum-sum. Lain kali bawah selimut tebal. Muslimin mesti lasak bah. Jangan
serik. Ada yang balik tidur di rumahkah?
Sanah Helwah Adik Idin. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat Allah.
Rezeki.... Terima kasih.
Jemput makan kek dan bubur istimewa sempena hari jadi Adik Idin (^_^).
Keesokkan harinya
program diteruskan dengan aktiviti rehlah. Dapat menyaksikan
pemandangan-pemandangan indah. Subhanallah. Memerhati alam ciptaan Allah sambil
memasang telinga menikmati persembahan sajak hasil ciptaan setiap kumpulan.
Bertema ‘Alam dan Kebesaran Allah’. Tahniah!
Semasa menaiki
Jambatan Gantung Tamparuli ada juga yang gayat. Siapakah gerangan?
Bergerak ke tapak rehlah.
Mahu sampai dah
Bersenam kejap.
Merenung apa itu?
Tengok ini. Cantik dan indah. Subhanallah.
Sahabat yang nun jauh di sana cepat datang sini naik jambatan dan tengok pemandangan
Jom...
Deklamasi sajak.
Tiup!!!
Comel
Lari!!! Makan pisang.
Wow!
Hati-hati adik Mohamad
Deklamasi sajak.
Tutup telinga!
Cepat!
Yeah! Kita boleh menang ni.
Majlis penutupan
Tahniah!
Usaha mahu menghidupkan api. Angin.
Akhirnya, perapan ayam BBQ menjadi ayam goreng. Sedap pulak. Boleh buat lagi.
Berlatarkan Jambatan Gantung
Berlatarkan Restoran Siring Sungai
Usai rehlah singgah semula di Masjid Ubudiyyah untuk menunaikan Solat Zuhur. Terjumpa dengan bapa dan emak angkat dari Kg Kiwoi.
Berlatarkan Restoran Siring Sungai
Usai rehlah singgah semula di Masjid Ubudiyyah untuk menunaikan Solat Zuhur. Terjumpa dengan bapa dan emak angkat dari Kg Kiwoi.
Perjalanan diteruskan menghadiri walimah adik-beradik angkat Amir, Shah Rizal, Siti Zubaidah dan Murdyana.
Sebelum itu, pada
6-7 Julai 2012 kami bertuah dapat bersama para tetamu-tetamu istimewa. Nikmat
kurniaan Ilahi. Siapa sangka kami dapat ‘bersahabat’ dengan para
rombongan-rombongan tetamu yang hebat-hebat. Begitulah pabila Alllah mengkehendakan
sesuatu amat mudah. Kunfayakun. Macam dapat durian runtuh. Alhamdulillah. Menerima
suntikan vaksin membantu menyembuhkan penyakit ‘hati’. Penyakit tidak
istiqamah, penyakit malas, penyakit...... Terima kasih kerana sudi bertukar-tukar
fikiran dan berkongsi rasa dengan kami. Terkejut? Tiada yang pelik. Itulah
realiti. Kami tiada pilihan. Sampai bila harus menunggu tanpa tindakankan? Jangan
risau, jangan bimbang pasti ada jalannya. Kami akan teruskan usaha murni ini
meski bertatih dari bawah demi cita-cita yang tinggi melangit itu. Insya-Allah.
Ahli PSS dan KRUT
yang terlibat dengan ‘kembara’ kautlah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman.
Belajar dari universiti kehidupan. Ambil ibrah.
“Maka tidakkah menjadi petunjuk bagi mereka (kaum musyrikin) berapa banyaknya Kami membinasakan umat-umat sebelum mereka, padahal mereka berjalan (di bekas-bekas) tempat tinggal umat-umat itu? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal” (Thaha : 128).
“Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memperhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu” (Muhammad : 10).
“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah” (Mukmin: 21).
“Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Adalah orang-orang yang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka” (Mukmin: 82).
“Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu” (Al An’am : 11).
“Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)” (An Nahl : 36).
“Katakanlah: “Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa” (An Naml : 69).
“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).
“Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi” (Fathir : 44).
“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri” (Ar Rum: 9).
“Katakanlah: “Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)” (Ar Rum: 42).
Sahabat-sahabat dan
adik-adik KRU yang bakal menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM serta STPM Baharu
tahun ini jangan buang masa. Teruskan usaha mengulangkaji pelajaran dan
bermunajat kepada Allah. ‘Study Smart, Study Hard’.
No comments:
Post a Comment