Monday, July 2, 2012

Cas Semula

Hujung minggu lepas bolehlah dianggap sebagai minggu berehat buat KRUT setelah memecut sepanjang cuti dua minggu dan dua hujung minggu berturut-turut setelah sesi persekolahan semester dua bermula. Hujung minggu tanpa program. Bukan sekadar saja-saja berehat. Tidak. Peluang untuk memenangi hati insan-insan tertentu. Peluang untuk cas semula tenaga fizikal dan mental. Cas rohani semestinya sentiasa berterusan. Persediaan untuk dua program hujung minggu ini dan malah, ada yang terlibat dengan tiga program sepanjang minggu ini. Binalah kekuatan luaran dan dalaman. Siap siaga.

Pasti semua telah muhasabah diri. Pasti semua telah mengatur strategi. Tidak last minute. Setuju? Saya yakin dan percaya, bagi golongan 'pemikir' KRUT meski jasad direbahkan pasti otak ligat berfikir. Tangan 'nit net'  menekan punat telefon bimbit. Mencari kata putus, menyelesaikan tugasan. 
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Siapa yang tidak datang mesyuarat hari Jumaat lepas?

Tahniah buat 'adinda-adinda bungsu' KRU Beaufort berjaya melaksanakan Qiamullail perdana kali ini dengan jayanya. Berdikari. Mohon kemaafan, kami tidak dapat berkunjung ke sana. Mudah-mudahan dapat bertemu di lain acara. 13-15 Julai menanti.

Apa program hujung minggu ini?

Menghitung hari. 6-7 Julai 2012. Menanti dan terus menunggu para tetamu. Bukan calang-calang tetamu. Mahu tolak? Tidak mungkin. Tetamu yang datang membawa rahmat . Ahlan wa sahlan. Siapakah para tetamu tersebut? Ke manakah mereka mahu datang?

7-8 Julai 2012 seperti ketetapan yang kita bersama telah putuskan pada bulan lepas, jom ramai-ramai datang program Qiamullail Bulanan PSS dan KRU Tuaran. Lokasi baru, di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli. Ingat adik-adik, jangan salah arah dituju. Qiamullail kali ini + rehlah. Rehlah di mana? Apa tempat menarik di Tamparuli? Nak tahu? Datanglah. Berbaloi.

 Semua mesti naik ni!

Jangan gayat!

 Ni lah tempat rehlah kita. Cantikkan?????

Ramadhan oh Ramadhan. Apa pasal pula tiba-tiba masuk bab Ramadhan ni? Ada projek mega PSS bah. Mahu melabur? Menguntungkan. 

 Inilah dia (^_^)

Kepada yang berminat melabur dalam bentuk wang ringgit sila salurkan sumbangan anda ke akaun Persatuan Siswazah Sabah, 10016010043186, Bank Islam Malaysia Berhad. Sementara, yang berminat melaburkan sekampit beras bolehlah menghubungi Saudara Kholis 0145618286 / Saudari Sarah 0198950456 (kawasan Tuaran).

“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”.
( AlBaqarah : 261 )

Nabi bersabda  ”Segeralah kamu bersedekah, kerana  bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” 
( Al-Baihaqi )

  “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” 
(Hadis Riwayat At Tirmidzi)



No comments: