Alhamdulillah,13-15 Julai yang
lalu KRU Tuaran berkesempatan menghadiri KRIS Beaufort yang bertapak selama 3
hari 2 malam di SMK Beaufort. Banyak pengalaman dan iktibar yang dapat
diperoleh sepanjang berada di sana. Usai berhalaqah di Masjid Tuaran, perjalanan
diteruskan dengan misi manambah ilmu dan menjalinkan ukhuwwah sesama insan di
daerah Beaufort. Sepanjang perjalanan fikiran ligat membayangkan
sahabat-sahabat KRU Beaufort sedang bertungkus-lumus menjayakan KRIS kali
ke-2. Meskipun hajat tidak kesampaian untuk menaiki keretapi, namun
segalanya dipermudahkan setelah kami sampai lewat pukul 9.45 malam. Ketibaan
kami disambut mesra. Sesekali mata menerawang mencari ruang untuk berkhidmat dengan kemampuan yang
ada.
Seawal pagi lagi, berkesempatan
menemani AJK Makanan berbelanja di Pekan Beaufort. Dalam kesegaran pagi, pasar
tamu dijelajah. Tidak banyak bezanya dengan Pekan Tuaran. Sesekali mencari
sesuatu yang ingin dibawa pulang sebagai ole-ole. Ada jugalah :)
Seperti KRIS dikawasan lain, soal Akidah, Ibadah
dan Akhlak diketengahkan. Ditambah dengan pencerahan melalui LDK dan Explorace. Sungguh,pengisian yang disusun
rapi. Moga-moga peserta mendapat sesuatu yang bermanfaat kepada diri mereka.
------------------------------------------
Pengalaman baru yang tidak boleh
dilupakan ialah berkesempatan menaiki keretapi dari Beaufort ke Tanjung Aru. Alhamdulillah, teruja
dan menyeronokkan! Sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan, hati
bersyukur kerana Allah memberi kesempatan untuk berkumpul dan bertukar-tukar
pandangan dengan sahabat-sahabat dari KRU Beaufort, KRU Sipitang dan KRUKK. Bertemu
tidak jemu, berpisah tidak gelisah. InsyaAllah. Ukhuwwah fillah abadan abada!!
Emmm....inilah kepakarannya.
Grrrrrrrr....terbawa hingga ke Beaufort...?????
Latihan 'adik-adik' kah?
Siapa sangka Timb. Pengerusi PSS Tuaran akhirnya berada di Beaufort...
Tahniah buat semua!!!!!
No comments:
Post a Comment