Wednesday, April 27, 2011

Kisah Hujung Minggu Lalu


“Kami nak ikut pergi Kundasang.” KRU cilik

“Tak boleh, kereta tak muat.”

“Kami nak ikut pergi program hari Sabtu.” KRU cilik

“Tak boleh, program khas untuk orang-orang besar saja.”

“Kami nak naik botlah.” KRU cilik

“Hari Jumaat kita naik bot, insya-Allah.”

Alhamdulillah, seperti yang direncanakan enam orang daripada kami ahli KRUT telah bergerak ke Kundasang. Bukan sekadar membantu tapi juga menimbah pengalaman bergerak kerja dengan orang berpengalaman dan sangat dedikasi. 

Sahabat-sahabat yang ditinggalkan di daerah kesayangan ‘la tahzan’. Tenaga sahabat-sahabat  diperlukan untuk membantu program di tempat kita. Walau bukan program besar tapi tetap program penting.

Di saat kami mendaki bukit-bukau, adik-adik KRU cilik menyusuri sungai menuju ke destinasi masing-masing. Ada program anak angkat khas buat KRU cilik. Latihan dakwah terjun dalam masyarakat fasa pertama buat mereka.
 
Ya, sahabat-sahabat KRU sama ada yang besar mahu pun yang kecil, di mana jua kita menyumbang tenaga, wang ringgit dan masa, sematkanlah KEIKHLASAN.

Mencari-cari ruang dan kesempatan masa untuk kita saling berkongsi pengalaman.

Remaja Islam Bangkitlah!

video

Lagu KRU?????  ^ _^

Tuesday, April 19, 2011

Qiamullail April 2011 KRU Tuaran : Ceritera KRU Cilik

16-17 April 2011
Ahli kru cilik makin dominan

Kisah 1:

 Bulan Januari

"Mama kata kelmarin mau hantar aliya tidur di Masjid"

"Ya kan, mama terlupalah. Bulan depanlah pulak. Insya-Allah"

Bulan Februari, Mac dan April.

"Nanti petang aliya ingatkan mama hantar aliya pergi masjid ya"

 "Mama, jangan lupa hantar aliya pergi masjid hari ni" Aliya mengingatkan mamanya hampir setiap jam bermula jam 8.00 pagi.

"Mama mau hantar aliya pergi masjid dah?" Tanya aliya hampir setiap minit apabila jam di dinding menunjukkan jam 4.00 petang.

Kisah 2:

"Hari sabtu tu anak saya yang bungsu nangis-nangis mau pergi qiamullail. Saya ndak hantar sebab kakak dia demam." Bagitau salah seorang ahli KRU cilik.

Kisah 3:

"Adik-adik datang qiamullail ni ada minta kebenaran ibu bapa masing-masingkah?"

"ada!!!" Sahut mereka serentak.

"Dia ni sampai nangis-nangis pujuk mak dia" 

********************


Apa istimewanya datang qiamullail? Pasti ada sesuatu yang menarik minat adik-adik KRU cilik ini. Justeru, antara topik yang dibincang semasa mesyuarat pimpinan KRU Tuaran malam tersebut ada yang bersangkut-paut dengan ahli KRU cilik. Sesiapa yang ada cadangan idea aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk ahli-ahli KRU cilik ini bolehlah salurkan kepada pihak kami.

Jika bulan lepas pengisian qiamullail dikendalikan oleh barisan pimpinan muslimat KRU Tuaran dan bulan ini dibawah pengendalian kem kom kris dan krew-krewnya, nantikan pula qiamullal bulan hadapan yang akan dikendalikan oleh barisan pimpinan muslimin KRU Tuaran pada 21-22 Mei 2011. Qiamullail kali ini ,turut diserikan dengan kehadiran seorang insan yang sedang memburu hidayah.

 Kuliah Maghrib oleh Cikgu Abdul Razak

 "Ya Allah kurniakan hidayah kepadanya"
 
 Bersama abang afiq

 Sesi sumbangsaran: "Samakah kita?"

Mesyuarat bulanan

Tamat program qiamullail pagi itu, beberapa orang ahli KRU Tuaran mengambil kesempatan menziarahi salah seoarang ahli KRU yang kehilangan orang tersayang. Ibunya telah kembali ke rahmatullah pada 15 April 2011. Beberapa orang ahli KRU yang sempat hadir pada hari pengkebumian tidak dapat menahan air mata. Apa tidaknya minggu lepas sewaktu KRIS kami disajikan dengan mayat olok-olok, namun kini sekujur mayat betul-betul berada di hadapan mata. Bersabarlah sahabatku, moga cepat sembuh dari demam.

 Yasiin....

“Tiap-tiap jiwa (yang bernyawa) akan merasakan kematian.” (Qs. Ali ‘Imrân [3]: 185).

Thursday, April 14, 2011

KRIS '11 TUARAN : Kem Kom Penyayang

video

Emmmm penyayang?????

Assalamualaikum wbt,

Sahabat-sahabat yang dikasihi,InsyaAllah Qiamullail bulan April Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Tuaran tiba lagi seperti yang tertera di bawah :

Tarikh : 16-17 April 2011 (Sabtu hingga Ahad)
Tempat : Masjid An-Nur,Tuaran
Masa : 5.00 pm (Sabtu)-8.00 am (Ahad)
Yuran : RM1 seorang
Keterangan lanjut,hubungi : Saudari Siti Sarah-0198950456
 
 
Bersama kita nantikan pengisian istimewa daripada Kem Kom KRIS & krew :)
 
Jangan Lepaskan Peluang Keemasan ini!!!

Wednesday, April 13, 2011

KRIS '11 TUARAN : CERIA HARI KEDUA & KETIGA

9 April 2011

"Tada masa Untuk Berpangku tangan"


Semakin lena (^-^)
 10 April 2011

Teruskan usaha Lajnah Kebudayaan & Sukan KRUT :)


“Kita mau jemput SMK Tun Fuad, Kiulu lagi kali ni?
“Ndak payahlah. Ndak pernah mereka hantar penyertaan dari dulu.”
“Bagi ja lah. Terpulanglah mereka hantar peserta atau ndak. Lagi pun dengar khabar ada ustazah baru di sana.”

……………………………………………………………….

“Dari sekolah mana ni?”
“SMK Tun Fuad.”
“Oooo alhamdulillah, akhirnya ada juga peserta dari SMK Tun Fuad.”
“Ramai lagi yang mau ikut ni tapi lima orang ja yang mampu dibawa. Ini ja yang muat di kereta. 102 orang pelajar Islam di sana”
“Ndak pa lain kali yang lain pula ikut.”
 “Datanglah buat program di sana. Mereka di sana memang sangat memerlukan. Boleh buat di surau.”
“Boleh juga. Nantilah kita runding kemudian, insya-Allah.”

……………………………………………………………

Tujuh daripada Sembilan buah sekolah menengah di Daerah Tuaran menyertai Kem Remaja Islam Tuaran kali ini. Ini termasuk SMK Tun Fuad, Kiulu dan SM St. James, Tenghilan yang menghantar penyertaan buat pertama kali. Alhamdulillah.
Tiga hari berkampung di Masjid An-Nur, Tuaran rasa tidak cukup. Komitmen para AJK dan fasilitator amat memberangsangkan. Begitu juga dengan kerjasama daripada para peserta. Tambah meriah lagi dengan kunjungan sahabat-sahabiah KRU dan PSS dari kawasan-kawasan lain. Medan mengeratkan silaturrahim. Terima kasih semua!
Mustahil tidak ada kekurangan. Namun itu bukan alas an untuk kita tidak berprogram. Sebarang kelemahn jadikan sempadan untuk masa hadapan. Teruskan perjuangan. Perjalanan kita masih panjang.

…………………………………………………………………..

Post mortem akhir.
Kem kom : “Saya minta maaf diatas segala kekurangan. Nampakyan kem kom muslimat lebih advance dari saya. Bagilah sebarang teguran untuk memperbaiki kekurangan saya. Rasa mau lagi jadi kem kom. Macam best pulak.”

KEM REMAJA ISLAM 2011 (KRIS '11) TUARAN : WARNA-WARNI HARI PERTAMA

8 April 2011

  
Taklimat AJK@Fasilitator
Post mortem pertama

Sukarnya melakar sebuah pertemuan. Hari berganti hari, berganti minggu, malah berganti bulan pertemuan masih tergantung. Masing-masing punya kekangan, silih berganti. Tidak boleh dibiarkan erterusan begini. Kena atur strategi bagi mengelakkan kerja last minute. Balik dari Kem Motivasi Pelajar Islam SMK Tenghilan, kami ahli KRU Tuaran menyinggah seketika di satu rumah yang sudah tidak asing lagi bagi kami. Maka berlangsunglah mesyuarat KRIS Tuaran pertama walau tanpa pengarah. Agenda utama lantikan dan pembahagian tugas-tugas penting (AJK Pengisian dan Penerbitan, AJK Persiapan Tempat, AJK Sumbangan & Tajaan dan AJK Penyertaan).

Masa terus berlalu, namun usaha mengatur pertemuan masih tipis. Mujur, malam qiam Mac KRU Tuaran pengarah dan AJK Pengisian dari pihak sana dapat meluangkan sedikit masa mendengar perkembangan gerak kerja KRIS setakat itu. Inilah mesyarat KRIS Tuaran Kedua.

Terus menunggu. Akhirnya, hari sabtu seminggu sebelum tarikh KRIS Tuaran barulah mesyuarat gabungan semua AJK dapat dilaksanakan, mesyuarat ketiga. Melihat bilangan sumber tenaga yang ramai memberi kekuatan gerak kerja AJK-AJK lain akan mudah dilaksanakan berbekalkan usaha,doa dan tawakal.

Tanggal 8 April 2011 bermulalah detik itu, KRIS ’11 Tuaran.