26-27 Mac 2011
Setelah selesainya lakonan setiap kumpulan.
“OK Nor, silakan bagi komen keseluruhan lakonan setiap kumpulan tadi.” Pinta Afiqah.
“Ndak pa lah, kamulah yang bagi. Saya sibuk ni!” Jawab Nor sambil tekun menaip sesuatu.
“Bagi lah Nor, mau jugak dorang dengar apa komen daripada kakak yang lebih arif dalam bidang ni. Cepatlah, adik-adik tunggu sudah tu!!” Pinta Afiqah sekali lagi.
“Ndak mau lah, kamu ja yang bagi komen.” Nor masih menolak permintaan Afiqah.
“Bagi la bah, walaupun sikit…” Kata Afiqah.
“Ini lah yang saya malas ni. Kan ini slot kamu, jadi kamu lah yang handle!” jawab Nor dengan nada yang tinggi sambil mencampakkan kertas di tangannya lalu beredar dari tempat duduknya .
Semua yang berada di dewan masjid An-Nur terdiam. Bergetar jiwa adik-adik melihat reaksi Nor yang tidak disangka-sangka itu..
“Kenapa tiba-tiba dorang macam mau bergaduh jak ni, takut saya oo. Baliklah kita ni kalau begini.” Terdengar perbualan sedikit berbisik beberapa orang adik peserta.
Tidak sampai 11 langkah beredar, Nor kaku sesaat lalu menoleh ke arah peserta sambil jari telunjuk diangkat, “PENGHAYATAN!!! Itulah antara aspek yang sangat penting dalam setiap persembahan lakonan”.
Belum sempat Nor memberi penerangan selanjutnya, kedengaran sedikit riuh akan suara adik-adik peserta “Ooooooohh, ingatkan betul-betul.” Sambil menghembus nafas lega.
Kelihatan Afiqah dan sahabat AJK lain hanya tersenyum melihat telatah adik-adik peserta qiam kali ini.
---------------------------------
“Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinnya akhirnya Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Tuaran akhirnya dapat melaksanakan program Qiamullail Mac dengan jayanya.
Program ini bukanlah semata-mata untuk memenuhkan aktiviti dalam takwim tahunan kelab, tapi program ini adalah suatu usaha yang berterusan untuk mendidik jiwa adik-adik ke arah pengamalan hidup Islam secara syumul. Dengan modul Cabaran, Public Speaking, Lakonan setiap kumpulan, sesi muhasabah, hafalan doa & menguji minda. Kami dapat mengenalpasti kebolehan dan kecenderungan adik-adik. Perspektif baru yang telah menyedarkan kami bahawa hidup ini memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk menggapai syurga Allah yang kekal abadi. Mendidik orang lain bukanlah perkara semudah kacang, tapi ia memerlukan keikhlasan.
Terima kasih diucapkan kepada abang-abang dan kakak-kakak PSS yang sudi membekalkan ilmu yang amat berguna kepada kami dan ilmu tersebut dapat kami amalkan dan sampaikannya kepada yang memerlukan.Terima kasih juga kepada AJK-AJK yang sudi membantu dalam menjayakan Qiam kali ini. Ucapan ‘Terima kasih’ bukanlah hadiah yang seberapa tetapi ganjaran syurga Allah pasti menanti anda di kelak. InsyaAllah!
Terima kasih juga kepada adik-adik SAR Serusup yang sudi hadir ke Qiam Mac KRU Tuaran. Jumpa lagi pada Qiam akan datang......16-17 April 2011. InsyaAllah.
Kuliah Maghrib oleh Ust. Rusydi
P/s: Amacam ada gaya sifu kami, Abang Amin & Abang Arif???
No comments:
Post a Comment