Thursday, September 27, 2012

Tahniah!!!!!


PSS dan KRU Tuaran mengucapkan tahniah kepada adik-adik/sahabat-sahabiah/kakak-kakak/abang-abang KRU dari semua kawasan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dalam dan luar negara baik yang ada wajahnya dalam gambar di atas mahupun tiada! Teruskan perjuangan. ISTIQAMAH.


Monday, September 24, 2012

Berkongsi Kegembiraan

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hari ini seorang lagi ahli KRUT akan menjejakkan kaki ke UMS. Mantan YDP MPP. Teruskan usaha mengasah bakat kepimpinan. Jangan sia-siakan peluang yang bakal terbentang luas itu untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu baik secara formal mahu pun tidak formal. Begitu juga dengan ahli KRUT lain yang telah melangkah dulu ke menara gading.


 Tahniah!

Apa cerita Sazali di IPG Keningau?

Satu lagi berita gembira, salah seorang ahli KRUT sedang mnyambung pendidikan di peringkat master d UKM dan akan konvo untuk ijazah pertama pada 20 Oktober 2012. Tahun ini tiga orang generasi awal KRUT bakal konvo. Seorang pada hari sabtu ini, 29 September 2012 d UNIMAP dan seorang lagi pada 21 Oktober 2012 di UMS. Alhamdulillih. Tahniah!

Bakal calon-calon PMR, SPM dan STPM tahun ini jangan buang masa lagi. Ikuti jejak langkah mereka.

Alhamdulillah juga, pada 23 September 2012 misi ziarah ke Kampung Angkat (Kampung Kiwoi) berjaya dilaksanakan ditemani hujan rahmat. 



Wednesday, September 19, 2012

Bersama Warga Sri Al-Hafidz dan Medan Baru

Alhamdulillah, Pada 17 september 2012 beberapa orang ahli KRUT berpeluang berprogram bersama warga SRI Al-Hafidz. Ikuti kisahnya.......

sumber: http://www.srialhafidz.edu.my

Sempena cuti sambutan Hari Malaysia yang diraihkan pada Isnin lepas, kakitangan Sekolah rendah Islam Al-Hafidz tidak ketinggalan mengambil peluang untuk bercuti bersama-sama, dengan mejalankan aktiviti kunjungan di salah sebuah kampung yang terdapat di daerah Tuaran.

Kampung Sambah merupakan sebuah kampung yang terkenal dengan hidupan flora dan faunanya yang belum tercemar oleh ledakan pembangunan. Seramai 15 orang terdiri daripada kakitangan SRI Al-Hafidz serta beberapa orang dari Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) dan Encik Tajulurus dari UITM telah terlibat dalam ekspedisi ini. 

Setelah hampir sejam setengah menunggu ahli rombongan diperkarangan sekolah, program jelajah Sambah bermula pada jam 8.30 yang diketuai oleh Ustazah Fauziah Saidin. Untuk menjimatkan masa dan ingin merasa suasana nyaman kami merancang untuk menaiki bot apabila tiba di lokasi pertama iaitu jeti Kampung Sambah. Sebelum tiba di Kg Sambah. Perasaan sangat teruja apabila menaiki bot yang sedia menunggu penumpang ditambah dengan suasana keindahan pokok bakau yang menarik serta air yang berwarna seakan-akan hijau mengingatkan kami bertapa pentingnya menjaga dan memulihara hutan bakau untuk generasi akan datang.

Setibanya di kampung Sambah, kami telah disambut mesra oleh ketua kampung dan kami telah singgah di rumah keluarga Jaipah Dasin sambil bertaa’ruf dan juga telah dihidangkan minum pagi. Setelah itu, kami melawat ke rumah keluarga Ustazah Fauziah Saidin sambil dijamukan dengan mee hong kong yang begitu membuka selera.

Sebelum berangkat pulang ke SRI Al-Hafidz, kami sempat melawat beberapa rumah sambil mengedarkan pamplet SRI dan mengagihkan teh PASTI kepada mereka.



Aik, apasal pemandu pelancong (Abang Shah Rizal) di belakang?

Gambar tambahan:
Kak Sarah sempat lagi mengunjungi keluarga angkat dan adik-adik KRU Tunas sebelum berangkat ke UMS. Motivasi untuk adik-adik. (^_^)

Merenung keunikan akar pokok bakau.

Kami balik dulu, ada kesempatan kita bertemu lagi, insya-Allah.

Sementara, sehari sebelum itu kami berpeluang menghadiri satu majlis ilmu. Usai majlis ilmu pergi minum sambil sembang pagi kejap. Kemudian, perjalanan diteruskan untuk meninjau borang tawaran UPU. Tiga orang dapat tawaran di UMS tambahan kepada tiga orang yang telah masuk terlebih dahulu dan seorang lagi di UITM. Alhamdulillah. Medan baru. Tidak jauh. Bolehlah balik selalu untuk melawat kawasan. Cuma terkejut sedikit bila tengok tarikh pendaftaran, 18 September 2012. Kebanyakkan dapat kursus berkaitan perniagaan. Sesuailah dengan 'di mana ada KRU Tuaran, di situ ada jualan'. (^____^)

 18 September?????


Monday, September 10, 2012

Qiamullail September 2012 PSS dan KRU Tuaran : Solat Hajat Perdana & Sambutan Aidilfitri



 
 Gambar kenangan sebelum balik

 Alhamdulillah. Pada siapa lagi rasa kesyukuran ini layak dipanjatkan melainkan kepada Allah azza wajalla. Allah jua yang telah mengizinkan qiamullail kali ini berlangsung dengan jaya dan meriahnya di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli.. Program bulanan disajikan buat para remaja khususnya di kawasan Tuaran. Meski ia disajikan saban bulan, namun tidak semua mampu hadir. Mengapa??? Tiada kemahuan? Ada kemahuan tapi ada halangan? Hanya yang terpilih?

Usai solat isyak, seperti yang telah direncanakan solat hajat terutama buat adik-adik kru yang bakal menduduki UPSR, PMR, SPM dan STPM menyusul yang dimami oleh Ustaz Azim. Sebelum solat hajat bermula Ustaz Azim mengutarakan sedikit peringatan kepada para peserta dan ibu bapa yang hadir agar solat hajat ini bukan sekadar dilaksanakan sekali ini sahaja tapi lakukanlah secara berterusan.

Majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan sambutan Aidilfitri peringkat PSS dan KRU Tuaran. Meriah dalam kesederhanaan. Semasa sesi ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Ubudiyyah beliau memaklumkan jawatankuasa masjid sentiasa mengalu-alukan program untuk remaja dan belia dilaksanakan di masjid tersebut dan boleh berhubung terus dengan jawatankuasa belia Masjid Ubudiyyah. Terima kasih jawatankuasa Masjid Ubudiyyah.

 Ucapan Perasmian

Ucapan Timbalan Pengerusi PSS Tuaran

Ucapan Timbalan Pengerusi II KRUT

Majlis sambutan Aidilfitri PSS dan KRUT kali ini turut diserikan oleh persembahan empat buah nasyid oleh kumpulan Muslih yang telah diundang khas selain persembahan daripada kumpulan PSS dan KRUT. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan. Terima juga kepada semua yang hadir.

 Kumpulan Muslih

Jom tonton

Persembahan PSS dan KRUT


 Adik Arif buat apa di hadapan tu?

 Dengar ucapan dengan teliti.

Senyum (^___^)

 Berdiri: Bila giliran kita buat persembahan? Sempat lagi berlatih ni.

 Silakan....

 Pilihlah yang mana satu

 Ambil air di sini

 Elok-elok adik Muhammad

 Giliran muslimat pulak

 Makan nasi bersama,

 makan pencuci mulut asing-asing ya....

Malam itu sementara menunggu masa qiamullalil sekali lagi para peserta muslimin tidur bertemankan angin bayu dari Kundasang. Peserta yang berpengalaman siap sedia dengan selimut masing-masing, yang tidak berpengalaman, kasihan.

Sebelum berpisah keesokan paginya, hasil keputusan mesyuarat bersama semua peserta yang hadir qiamullail bulanan akan datang telah dipersetujui sebulat suara pada 20-21 Oktober 2012 di SRI al-Hafidz, Tuaran demi meraikan kehadiran adik-adik peserta terutama KRU Tunas. 

“Kak ada qiamkah bulan ini?” soal adik-adik KRU Tunas setiap kali ada ruang pertemuan di Masjid An-Nur, Tuaran pada hari Jumaat.

“Ada.”

“Di mana?” Pintas mereka laju dengan wajah keriangan.

“Di Masjid Tamparuli.”

Sukar digambarkan rasa hampa mereka setiap kali jawapan itu yang mereka terima. Wajah sayu sambil tertunduk ke bawah. Cinta mereka telah bertunas. Tidak wajar dipersiakan. Cinta Program Islamik.

Ya hari ini hari pertama adik-adik KRU Tunas menduduki UPSR. Ya Allah permudahkan urusan mereka dan kurniakanlah mereka kejayaan di dunia dan Akhirat. Amin.
Antara ahli KRU Tunas yang sedang menduduki UPSR, Adik Bibi (tudung ungu) dan Adik Kak Sarah (tudung kuning).


P/s: (Pesanan berharga buat kita: Saya minta maaf kpd adik2 di Tuaran. Sy trlupa program mlm ni. Tiba2 AJK call sy tadi, "Di mana sudah?". Sy jwb sy di KL. Terkejut AJK yg tel. Sy nasihatkn kpd diri utk memastikan event yg dimasukkn dlm planner smartphone diset dgn alarm. Sy jg nasihat kpd adik2, snts follow up jemputan a day or pagi tu jika program mlm (smpt buat backup plan if needed). Last follow up sy tgok dlm conservation ialah a week ago. Bygkan... : Pres PSS)


Thursday, September 6, 2012

Jom Qiam & Coretan KRC 2012




Istimewa Qiamullail kali ini ialah PSS dan KRU Tuaran mengadakan Sambutan Eidulfitri & Solat Hajat Perdana.

Ibu bapa turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Anda dialu-alukan untuk membawa juadah/kuih raya :-)

Tentatif :
8 September 2012 (Sabtu)
5.00pm  : Pendaftaran Peserta
6.15pm  : Persiapan Solat Maghrib
7.00pm  : kuliah Maghrib
7.30pm  : solat Isyak Berjemaah & Solat Hajat Perdana
8.00pm  : Sambutan Eidulfitri (Ucapan2, Nasyid, Jamuan Hari Raya)
10.00pm: bacaan Surah Al-Mulk, Himpun Daya

9 September 2012 (Ahad)
4.00am: Qiamullail
5.00am: solat Subuh Berjemaah, Zikir al-Ma'thurat,
6.00am: Usrah
7.00am: Riadah, Sarapan Pagi, Gotong-royong
8.00am: Mesyuarat, Lambaian Ukhuwwah...
JOM, JOM, JOM......
*****************************************

Coretan KRC 2012

TAHNIAH!!!!!!

Alhamdulillah, pada 2 September yang lepas beberapa orang ahli KRUT berpeluang menyertai Kem Remaja Cemerlang (KRC) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Apa beza KRC dulu dan sekarang? Yang jelas bilangan hari berkurangan. Dulu tiga hari, sekarang satu hari sahaja. Itu tidak penting, yang penting kualiti masa. Sejauh mana masa yang ada dimaksimumkan manfaatnya. Dulu dan sekarang masih berada di landasan yang sama, demi melahirkan remaja yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Matlamat yang sama, pendekatan berbeza. Inovasi. KRC kali ini tampil dengan mengkoreksi watak seorang tokoh terkenal ‘Muhammad Al-Fatih’. Rasanya semua sudah kenal tokoh ini, namun tidak kurang juga yang masih belum kenal. Tak kenal maka tak cinta. Pabila sudah kenal, pasti tertanam tekad saya mahu tampil hebat seperti ‘Muhammad Al-Fatih’. Betul tak pada yang sudah kenal?


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Secebis Kisah ‘Muhammad Al-Fatih’

Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

Mudah-mudahan para peserta yang hadir akan terus mengorak langkah menggapai kecemerlangan hakiki berpaksikan ketakwaan.

Andai gagal? Mengalah? Tidak! Tidak sama sekali!

Adakah Insan yang bergelar ‘Muhammad Al-Fatih’ itu tidak pernah gagal dalam usaha mencatur impian kecemerlangan? Jawapannya pasti ‘PERNAH’. Lalu apa yang baginda lakukan? Membiarkan cita-cita itu terkubur begitu sahaja? Oh, tidak!
Rantai penghalang sepanjang Teluk Golden Horn

Kegagalan jika disuluh berpandukan halatuju yang jelas pasti menjadikan seseorang itu akan lebih kreatif dan inovatif. Lihat sahaja betapa kreatifnya strategi ‘Muhammad Al-Fatih’ sehingga membuahkan kecemerlangan.

Kreatif dan Inovatif

Anda pernah gagal? Atau anda sedang melayan kesedihan dek kegagalan? Bangkit, bangkitlah! Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh. Senyum sikit. (^__^)

 Pengarah KRC 2012 bersama kemera canggihnya.

 Penceramah undangan

 Antara orang kuat KRC

 Tekunnya Kak Noor

Fokus, fokus Kak Siti Khadizah

Tahniah Kak Jurainah

Terima kasih AJK Makanan. Halalan toiyibah.

 Tahniah dan terima kasih! Ukhuwwah fillah.