Thursday, September 6, 2012

Jom Qiam & Coretan KRC 2012




Istimewa Qiamullail kali ini ialah PSS dan KRU Tuaran mengadakan Sambutan Eidulfitri & Solat Hajat Perdana.

Ibu bapa turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Anda dialu-alukan untuk membawa juadah/kuih raya :-)

Tentatif :
8 September 2012 (Sabtu)
5.00pm  : Pendaftaran Peserta
6.15pm  : Persiapan Solat Maghrib
7.00pm  : kuliah Maghrib
7.30pm  : solat Isyak Berjemaah & Solat Hajat Perdana
8.00pm  : Sambutan Eidulfitri (Ucapan2, Nasyid, Jamuan Hari Raya)
10.00pm: bacaan Surah Al-Mulk, Himpun Daya

9 September 2012 (Ahad)
4.00am: Qiamullail
5.00am: solat Subuh Berjemaah, Zikir al-Ma'thurat,
6.00am: Usrah
7.00am: Riadah, Sarapan Pagi, Gotong-royong
8.00am: Mesyuarat, Lambaian Ukhuwwah...
JOM, JOM, JOM......
*****************************************

Coretan KRC 2012

TAHNIAH!!!!!!

Alhamdulillah, pada 2 September yang lepas beberapa orang ahli KRUT berpeluang menyertai Kem Remaja Cemerlang (KRC) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Apa beza KRC dulu dan sekarang? Yang jelas bilangan hari berkurangan. Dulu tiga hari, sekarang satu hari sahaja. Itu tidak penting, yang penting kualiti masa. Sejauh mana masa yang ada dimaksimumkan manfaatnya. Dulu dan sekarang masih berada di landasan yang sama, demi melahirkan remaja yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Matlamat yang sama, pendekatan berbeza. Inovasi. KRC kali ini tampil dengan mengkoreksi watak seorang tokoh terkenal ‘Muhammad Al-Fatih’. Rasanya semua sudah kenal tokoh ini, namun tidak kurang juga yang masih belum kenal. Tak kenal maka tak cinta. Pabila sudah kenal, pasti tertanam tekad saya mahu tampil hebat seperti ‘Muhammad Al-Fatih’. Betul tak pada yang sudah kenal?


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Secebis Kisah ‘Muhammad Al-Fatih’

Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

Mudah-mudahan para peserta yang hadir akan terus mengorak langkah menggapai kecemerlangan hakiki berpaksikan ketakwaan.

Andai gagal? Mengalah? Tidak! Tidak sama sekali!

Adakah Insan yang bergelar ‘Muhammad Al-Fatih’ itu tidak pernah gagal dalam usaha mencatur impian kecemerlangan? Jawapannya pasti ‘PERNAH’. Lalu apa yang baginda lakukan? Membiarkan cita-cita itu terkubur begitu sahaja? Oh, tidak!
Rantai penghalang sepanjang Teluk Golden Horn

Kegagalan jika disuluh berpandukan halatuju yang jelas pasti menjadikan seseorang itu akan lebih kreatif dan inovatif. Lihat sahaja betapa kreatifnya strategi ‘Muhammad Al-Fatih’ sehingga membuahkan kecemerlangan.

Kreatif dan Inovatif

Anda pernah gagal? Atau anda sedang melayan kesedihan dek kegagalan? Bangkit, bangkitlah! Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh. Senyum sikit. (^__^)

 Pengarah KRC 2012 bersama kemera canggihnya.

 Penceramah undangan

 Antara orang kuat KRC

 Tekunnya Kak Noor

Fokus, fokus Kak Siti Khadizah

Tahniah Kak Jurainah

Terima kasih AJK Makanan. Halalan toiyibah.

 Tahniah dan terima kasih! Ukhuwwah fillah.


No comments: