Wednesday, October 30, 2013

Bulatan Gembira Berakhir?



Bulatan gembira geng surau muslimin SMKT baru sahaja bermula dengan naqib baru 16 Oktober 2013. Ia berakhir semalam 30 Oktober 2013. Insya-Allah akan bersambung tahun hadapan. Walau bagaimanapun ahli usrah digalakkan menghadiri program KRUT sepanjang cuti sekolah. Antara program yang boleh disertai ialah Qiamullail Bulanan & Larian Hijrah pada 9-10 November 2013 di Masjid Ubudiyyah Tamparuli, Qiamullail Bulanan & Jelajah Dakwah pada 7-8 Disember 2013 dan Program Titian Kasih (Kg Angkat) pada 21-22 Disember 2013. Para peserta ISC pada 13-16 Disember pula sila siapkan diri dari segi fizikal, mental dan rohani. 

Selamat bercuti! Selamat menduduki SPM dan STPM!

16 Okt 2013

23 Okt 2013

30 Okt 2013

Tazkirah Majlis Jamuan Akhir Tahun

Inilah naqib kami. Terima kasih.

Jemput makan

Nyam, nyam, nyam. Alhamdulillah.


Turut hadir


Monday, October 28, 2013

Sejenak Bersama Kumpulan Khalifah



Ahli kumpulan Khalifah

video
Persembahan menarik

video
Ini pun menarik jugak

video
Menghiburkan rakan-rakan

video
Bersungguh-sungguh




Thursday, October 24, 2013

Jom santai @ Family Day PSS Tuaran

Assalamualaikum WBT.
Program julung kali diadakan. Jom turun ramai-ramai!!
InsyaAllah jumpa di sana~



Wednesday, October 23, 2013

Qiamullail Oktober & Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 2013

Sungguh, masa  dirasakan sangat pantas berlalu. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hanya beberapa bulan sahaja  lagi "2013" bakal melabuhkan tirainya dan qiamullail Oktober baru sahaja berlalu pada 19-20hb ini.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Qiamullail kali ni disertakan dengan majlis sambutan Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli. 

Menghayati semangat dan ruh "korban" yang ditunjukkan Nabi Ibrahim kepada puteranya Nabi Ismail. Meski untuk melaksanakan tahap korban seperti itu adalah payah dan perit, namun mengambil ibrah dan pengajaran sudah memadai untuk diaplikasikan dalam jalan dakwah ini.

Jom saksikan perjalanan Qiamullail Oktober & Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha ......
  
 Salam Aidiladha 1434 Hijrah 

 Kuliah maghrib : Ibrah sebuah Pengorbanan

 Kuliah Dasar : Kepentingan Berdakwah & Tuntutan Berjamaah


 Ucapan Pengerusi KRUT

 Abg Syazwan mewakili Pengerusi PSST berucap

 Ucapan perasmian daripada wakil Pengerusi Masjid
Ubudiyyah,Tamparuli. (En Salgaring Wahid)

 Peserta termuda..adik bertudung purple ( Darjah 1) 


 Mesyuarat Post-moterm 

Sempat laksanakan Pra-ISC siri 1

Bakal Peserta ISC 2013 KRUT

Moga ada manfaatnya..

Masanya untuk breakfast..

Memadai dengan apa yang ada :)

Tahniah semua. Moga bertemu lagi pada Qiamullail akan datang :)
Keep it up!!

Pada penghujung minggu yang sama, nun jauh di bumi Labuan, Timbalan Pengerusi 1 KRU Tuaran @ Pengerusi Irfaan KML siap dengan atucara programnya di sana sempena kunjungan Setiausaha Agong PSS.

Timbalan Pengerusi 1 KRUT (kanan)

 Bergembira dalam bulatan :)

 Jangan lupa call KRUT :)

Di KYS pula Kak Nor Shaidah @ Kak Titit bertungkus-lumus dengan sahabat-sahabat seperjuangan demi menjayakan Program Solat Hajat @ Qiamullail pada 18-19 Oktober 2013. Mereka turut mengundang Setiausaha Agung PSS sebagai penceramah. Teringat kembali ketika Kak Titit menceritakan perkembangan gerak kerja program tersebut lewat pertemuan sehari sebelum mereka berangkat ke KRIS Keningau. Lagi teringat dahulu sebaik sahaja Kak Titit melangkahkan kaki untuk menyambung pengajian ke KYS, kotak fikirnya selalu memikirkan bagaimana untuk memulakan gerak kerja di KYS. Yang berminat untuk bergerak ada tapi tiada peneraju utama. Lalu dia memberanikan diri untuk memulakannya bersama sahabat-sahabat yang lain.

Tahniah!

Ibarat pepatah 'Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung @ pepohon yang merendang, dicampak ke laut menjadi pulau dan dicampak ke angkasa menjadi bintang yang bersinar'.

 

Wednesday, October 16, 2013

Qiamullail Bulanan Datang Lagi!!

Assalamualaikum WBT.
Program Bulanan kita kembali lagi.
InsyaAllah Qiamullail kali ni disertakan dengan Sambutan AidilAdha 2013.
 
Jom menghayati erti sebuah pengorbanan!!
  


Thursday, October 10, 2013

KRIS Keningau 1.0

4-6hb, Alhamdulillah dapat menjejakkan kaki ke bumi Keningau atas jemputan daripada sahabat PSS kawasan penaja Keningau yang baru sahaja ditubuhkan. Alhamdulillah bertambah lagi keluarga PSS dan KRU yang bakal menejarui bumi Keningau dengan siraman benih-benih dakwah. Seramai lima orang wakil PSS & KRU Tuaran turun padang membantu program yang digerakkan oleh pelajar-pelajar maktab Keningau. 

Alhamdulillah, satu ucapan yang tidak putus-putus terungkap, betapa kegembiraan itu hanya Allah yang tahu. Tahniah saudara Mohd Sazali b. Saini merangkap pengarah program KRIS Keningau 1.0 ini, yang dulunya salah seorang  ahli KRU Tuaran, dan kini membawa nama PSS di bumi perantauan. Pesanan kami, sebelum bergelar ustaz, jangan lupa untuk lahirkan imam-imam muda, ustaz-ustaz muda di sana supaya daerah perantauan itu kekal subur dengan kehijauan dakwah Islam. Ditemani Ustaz Misran.

KRIS Keningau 1.0 ini membawa 1001 harapan buat mereka khususnya buat belia dan remaja di Keningau yang dahagakan dan cintakan program-program islamik, dan memberi 1001 impian buat kami yang ingin melihat daerah Keningau sama seperti kawasan-kawasan lain, membawa nama PSS dan KRU sebagai salah satu wadah perjuangan menegakkan kembali syariat Allah.

A041

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Terima kasih kepada pengarah program kerana sudi menjemput kami untuk turut serta membantu dalam perlaksanaan KRIS Keningau 1.0 ini. Sedikit bingkisan yang dapat kami paparkan sepanjang program KRIS Keningau 1.0. Moga ada manfaatnya buat kita semua.

























Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang (Versi KRIS Keningau)

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu  biasa-biasa sekarang luar biasa
Dulu-dulu-dulu hanya cerita
Sekarangmenjadinyata

Cita-cita tuk memperbaiki diri
Solat lima  waktu  sebati dalam diri
Berusaha  tuk  menjadi  muslim  sejati
PerintahNya sentiasa  ditaati

Menentang gaya hidup jahiliah
Perosak peribadi diri dan ummah
Perkuat iman menghadapi zaman
Agar menjadi remaja beriman

Sekolah  pastiku  cemerlang  sentiasa
Bukti Islam cemerlang di mata dunia
Berkat Allah yang MahaKuasa
Limpahnya pada kami semua