4-6hb, Alhamdulillah dapat menjejakkan kaki ke bumi Keningau atas jemputan daripada sahabat PSS kawasan penaja Keningau yang baru sahaja ditubuhkan. Alhamdulillah bertambah lagi keluarga PSS dan KRU yang bakal menejarui bumi Keningau dengan siraman benih-benih dakwah. Seramai lima orang wakil PSS & KRU Tuaran turun padang membantu program yang digerakkan oleh pelajar-pelajar maktab Keningau.
Alhamdulillah, satu ucapan yang tidak putus-putus terungkap, betapa kegembiraan itu hanya Allah yang tahu. Tahniah saudara Mohd Sazali b. Saini merangkap pengarah program KRIS Keningau 1.0 ini, yang dulunya salah seorang ahli KRU Tuaran, dan kini membawa nama PSS di bumi perantauan. Pesanan kami, sebelum bergelar ustaz, jangan lupa untuk lahirkan imam-imam muda, ustaz-ustaz muda di sana supaya daerah perantauan itu kekal subur dengan kehijauan dakwah Islam. Ditemani Ustaz Misran.
KRIS Keningau 1.0 ini membawa 1001 harapan buat mereka khususnya buat belia dan remaja di Keningau yang dahagakan dan cintakan program-program islamik, dan memberi 1001 impian buat kami yang ingin melihat daerah Keningau sama seperti kawasan-kawasan lain, membawa nama PSS dan KRU sebagai salah satu wadah perjuangan menegakkan kembali syariat Allah.
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Terima kasih kepada pengarah program kerana sudi menjemput kami untuk turut serta membantu dalam perlaksanaan KRIS Keningau 1.0 ini. Sedikit bingkisan yang dapat kami paparkan sepanjang program KRIS Keningau 1.0. Moga ada manfaatnya buat kita semua.
Aku Yang
Dulu Bukanlah Yang Sekarang (Versi KRIS Keningau)
Aku yang
dulu bukanlah yang sekarang
Dulu biasa-biasa sekarang luar biasa
Dulu-dulu-dulu hanya cerita
Sekarangmenjadinyata
Dulu biasa-biasa sekarang luar biasa
Dulu-dulu-dulu hanya cerita
Sekarangmenjadinyata
Cita-cita tuk
memperbaiki diri
Solat lima waktu sebati dalam diri
Berusaha tuk menjadi muslim sejati
PerintahNya sentiasa ditaati
Solat lima waktu sebati dalam diri
Berusaha tuk menjadi muslim sejati
PerintahNya sentiasa ditaati
Menentang gaya
hidup jahiliah
Perosak peribadi diri dan ummah
Perkuat iman menghadapi zaman
Agar menjadi remaja beriman
Perosak peribadi diri dan ummah
Perkuat iman menghadapi zaman
Agar menjadi remaja beriman
Sekolah pastiku
cemerlang sentiasa
Bukti Islam cemerlang di mata dunia
Berkat Allah yang MahaKuasa
Limpahnya pada kami semua
Bukti Islam cemerlang di mata dunia
Berkat Allah yang MahaKuasa
Limpahnya pada kami semua
No comments:
Post a Comment