Wednesday, October 23, 2013

Qiamullail Oktober & Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 2013

Sungguh, masa  dirasakan sangat pantas berlalu. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hanya beberapa bulan sahaja  lagi "2013" bakal melabuhkan tirainya dan qiamullail Oktober baru sahaja berlalu pada 19-20hb ini.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Qiamullail kali ni disertakan dengan majlis sambutan Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli. 

Menghayati semangat dan ruh "korban" yang ditunjukkan Nabi Ibrahim kepada puteranya Nabi Ismail. Meski untuk melaksanakan tahap korban seperti itu adalah payah dan perit, namun mengambil ibrah dan pengajaran sudah memadai untuk diaplikasikan dalam jalan dakwah ini.

Jom saksikan perjalanan Qiamullail Oktober & Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha ......
  
 Salam Aidiladha 1434 Hijrah 

 Kuliah maghrib : Ibrah sebuah Pengorbanan

 Kuliah Dasar : Kepentingan Berdakwah & Tuntutan Berjamaah


 Ucapan Pengerusi KRUT

 Abg Syazwan mewakili Pengerusi PSST berucap

 Ucapan perasmian daripada wakil Pengerusi Masjid
Ubudiyyah,Tamparuli. (En Salgaring Wahid)

 Peserta termuda..adik bertudung purple ( Darjah 1) 


 Mesyuarat Post-moterm 

Sempat laksanakan Pra-ISC siri 1

Bakal Peserta ISC 2013 KRUT

Moga ada manfaatnya..

Masanya untuk breakfast..

Memadai dengan apa yang ada :)

Tahniah semua. Moga bertemu lagi pada Qiamullail akan datang :)
Keep it up!!

Pada penghujung minggu yang sama, nun jauh di bumi Labuan, Timbalan Pengerusi 1 KRU Tuaran @ Pengerusi Irfaan KML siap dengan atucara programnya di sana sempena kunjungan Setiausaha Agong PSS.

Timbalan Pengerusi 1 KRUT (kanan)

 Bergembira dalam bulatan :)

 Jangan lupa call KRUT :)

Di KYS pula Kak Nor Shaidah @ Kak Titit bertungkus-lumus dengan sahabat-sahabat seperjuangan demi menjayakan Program Solat Hajat @ Qiamullail pada 18-19 Oktober 2013. Mereka turut mengundang Setiausaha Agung PSS sebagai penceramah. Teringat kembali ketika Kak Titit menceritakan perkembangan gerak kerja program tersebut lewat pertemuan sehari sebelum mereka berangkat ke KRIS Keningau. Lagi teringat dahulu sebaik sahaja Kak Titit melangkahkan kaki untuk menyambung pengajian ke KYS, kotak fikirnya selalu memikirkan bagaimana untuk memulakan gerak kerja di KYS. Yang berminat untuk bergerak ada tapi tiada peneraju utama. Lalu dia memberanikan diri untuk memulakannya bersama sahabat-sahabat yang lain.

Tahniah!

Ibarat pepatah 'Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung @ pepohon yang merendang, dicampak ke laut menjadi pulau dan dicampak ke angkasa menjadi bintang yang bersinar'.

 

No comments: