sumber: http://www.srialhafidz.edu.my
Sempena
cuti sambutan Hari Malaysia yang diraihkan pada Isnin lepas, kakitangan
Sekolah rendah Islam Al-Hafidz tidak ketinggalan mengambil peluang untuk
bercuti bersama-sama, dengan mejalankan aktiviti kunjungan di salah
sebuah kampung yang terdapat di daerah Tuaran.
Kampung
Sambah merupakan sebuah kampung yang terkenal dengan hidupan flora dan
faunanya yang belum tercemar oleh ledakan pembangunan. Seramai 15 orang
terdiri daripada kakitangan SRI Al-Hafidz serta beberapa orang dari
Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) dan Encik Tajulurus dari UITM telah
terlibat dalam ekspedisi ini.
Setelah
hampir sejam setengah menunggu ahli rombongan diperkarangan sekolah,
program jelajah Sambah bermula pada jam 8.30 yang diketuai oleh Ustazah
Fauziah Saidin. Untuk menjimatkan masa dan ingin merasa suasana nyaman
kami merancang untuk menaiki bot apabila tiba di lokasi pertama iaitu
jeti Kampung Sambah. Sebelum tiba di Kg Sambah. Perasaan sangat teruja
apabila menaiki bot yang sedia menunggu penumpang ditambah dengan
suasana keindahan pokok bakau yang menarik serta air yang berwarna
seakan-akan hijau mengingatkan kami bertapa pentingnya menjaga dan
memulihara hutan bakau untuk generasi akan datang.
Setibanya
di kampung Sambah, kami telah disambut mesra oleh ketua kampung dan
kami telah singgah di rumah keluarga Jaipah Dasin sambil bertaa’ruf dan
juga telah dihidangkan minum pagi. Setelah itu, kami melawat ke rumah
keluarga Ustazah Fauziah Saidin sambil dijamukan dengan mee hong kong
yang begitu membuka selera.
Sebelum
berangkat pulang ke SRI Al-Hafidz, kami sempat melawat beberapa rumah
sambil mengedarkan pamplet SRI dan mengagihkan teh PASTI kepada mereka.
Aik, apasal pemandu pelancong (Abang Shah Rizal) di belakang?
Gambar tambahan:
Kak Sarah sempat lagi mengunjungi keluarga angkat dan adik-adik KRU Tunas sebelum berangkat ke UMS. Motivasi untuk adik-adik. (^_^)
Merenung keunikan akar pokok bakau.
Kami balik dulu, ada kesempatan kita bertemu lagi, insya-Allah.
Sementara, sehari sebelum itu kami berpeluang menghadiri satu majlis ilmu. Usai majlis ilmu pergi minum sambil sembang pagi kejap. Kemudian, perjalanan diteruskan untuk meninjau borang tawaran UPU. Tiga orang dapat tawaran di UMS tambahan kepada tiga orang yang telah masuk terlebih dahulu dan seorang lagi di UITM. Alhamdulillah. Medan baru. Tidak jauh. Bolehlah balik selalu untuk melawat kawasan. Cuma terkejut sedikit bila tengok tarikh pendaftaran, 18 September 2012. Kebanyakkan dapat kursus berkaitan perniagaan. Sesuailah dengan 'di mana ada KRU Tuaran, di situ ada jualan'. (^____^)
18 September?????
No comments:
Post a Comment