Alhamdulilllah, Allah masih memberi kesempatan untuk kami para barisan
pimpinan KRUT berkumpul pada 4-5 Ogos 2012 bersamaan 15-16 Ramadhan 1433H
sempena Qiamullail Pimpinan KRUT. Meski
ada yang tidak dapat menghadirkan diri, pasti mereka ada sebab tersendiri yang
sangat mustahak. Diharapkan momentum bangun malam ini berterusan terutama pada
bulan Ramadhan ini, lebih-lebih lagi semakin hampir ke 10 malam terakhir Ramadhan.
Apa yang rasulullah buat pada 10 malam terakhir Ramadhan? Bukankah antara
kehebatan Sultan Muhamad Al-Fatih pada qiamullailnya? Ayuh kita para remaja
khususnya barisan pimpinan bina kekuatan. Kekuatan dalaman.
Terdapat banyak pengisian sepanjang program
antaranya peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan. Antara
pengisian berkesan yang dikongsikan semasa program ialah ibrah daripada kisah
Perang Tabuk. Apakah sebab berlakunya perang tabuk? Bagaimanakah cuaca ketika
itu? Apakah yang berlaku terhadap Ka‘ab bin Malik, Murarah bin Ar Rabi‘ dan Hilal bin
Umaiyah? Sehingga turun firman
Allah kepada Rasul-Nya:
"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka nyaris berpaling (tergelincir), namun kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesunguhnya Allah Mahaya Penyayang terhadap mereka. Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubatnya) sehingga bumi yang luas ini mereka rasakan amat sempit, dan jiwa mereka pun dirasa sempit oleh mereka, kemudian mereka menyedari bahwa tidak ada temapt lari dari (siksaan) Allah selain kepada-Nya, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap bertaubat. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Hari orang-orang yang beriman, tetapi bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kalian bersama orang-orang yang selalu benar.“ (At-Taubah: 117-119)
Terima kasih Setiausaha PSS, Saudara Azizul Julirin
Tazkirah Subuh
Pada 5 Ogos, program diteruskan dengan Bengkel
Media yang dikendalikan oleh Saudara Hasmadi Hasbi selaku Exco Urusan Media,
PSS. Terima kasih diatas segala ilmu dan tips yang dicurahkan. Ilmu yang
bermanfaat. Perlukan ketekunan, kesungguhan, daya kreativiti dan terkadang
ilham datang mencurah-curah.
Tips-tips penting ialah.....
Sepanjang berprogram hati sentiasa terkenangkan
seorang sahabat. Boleh jadi ini bukan Ramadhan terakhir buat kita, tetapi
mungkin Ramadhan terakhir buat insan-insan yang paling hampir dengan kita.
Bersabarlah wahai sahabat, Siti Nurmina binti Wahab. Terimalah pemergian
ayahanda tercinta pada malam 16 Ramadhan 1433H dengan redha. Allah lebih
menyayanginya. Mudah-mudahan Allah merahmati rohnya dan di tempatkan di kalangan mereka yang
beriman dan beramal soleh. Amin! Jadilah anak yang solehah yang sentiasa
menitipkan doa buat ayahanda tercinta.
Kesempatan dapat berkunjung dan bersua muka
meleraikan resah dijiwa. Untaian ukhuwah dan mahabbah yang telah terjalin menuntut
perkongsian rasa simpati dengan sahabat yang sedang dalam musibah.
Ada jaminan Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terakhir buat
kita?
No comments:
Post a Comment