Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan Kareem (4)


Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinya Kem Ibadah di SK Pekan Tamparuli berjaya dilaksanakan pada 10-12 Ogos yang lalu. Memenuhi undangan sebagai  fasilitator bukanlah perkara baru. Tetapi menambah pengalaman baru apabila bulan Ramadan menjadi pilihan untuk program dilaksanakan. Mengambil iktibar dan semangat  daripada kejayaan yang dicapai umat Islam pada bulan Ramadan.  Kata bijak pandai “Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup”. Justeru,belajar dari pengalaman masing-masing. Kerana setiap orang punya pengalaman tersendiri. Dalam menyantuni jiwa-jiwa yang bersih dan masih fresh ini,menghendaki setiap fasi untuk lebih bersedia sepenuhnya. Almaklum, mereka lebih power dari power rangers. Seperti yang  sering diperkatakan oleh senior PSS “WHAT YOU GIVE YOU GET BACK, WHAT YOU GET YOU GIVE  BACK.”

10 OGOS 2012 (JUMAAT)
Ba’da solat Asar adalah pembuka tirai untuk adik-adik peserta mendaftarkan diri. Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat. Setiap dari mereka  punya rentak tersendiri. Lewat 6.30 petang,seramai 100 orang peserta berjaya mendaftarkan diri sebagai peserta Kem Ibadah. Dengan tenaga dari guru-guru dan para fasilitator yang ada memadai untuk berprogram bersama mereka. Seronok apabila dapat berbuka puasa  dan solat Tarawih dengan adik-adik peserta. Kemeriahan bulan Ramadan lebih terasa. Selesai solat Tarawih berjamaah, sesi  ta’aruf bersama kumpulan dijalankan. Yang sedia kenal menjadi semakin kenal, yang baru kenal berusaha untuk lebih mengenali. Taaruf berterusan~

11 OGOS 2012 (SABTU)
Seawal  jam 3 pagi lagi ada antara peserta  yang sudah bangun dan tidak lupa mengejutkan rakan-rakan mereka untuk berqiamullail. Usai bersahur dan solat subuh berjamaah, tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh seorang Ustaz yang juga salah seorang pendidik di SK Pekan Tamparuli. Waktu siangnya diisi dengan LDK, hafalan surah-surah lazim, tasmik dan tayangan video Daie Cilik. Lagu “Adakah Kau Lupa” menjadi lagu tema. Meskipun bahasa dalam lagu tersebut agak tinggi,namun sedikit sebanyak mereka memehaminya apabila ada fasi menerangkan secara terperinci. Sebelah petangnya pula, peserta-peserta terlibat dengan majlis Ihya Ramadan yang diadakan di Dewan Terbuka SK Pekan Tamparuli. Pada malam harinya pula,semua peserta dan para fasilitator bergerak ke Masjid Ubudiyyah, Tamparuli sebagai persiapan  untuk berqiamullail pada keesokkan paginya. Sebelum tidur, sempat bermuhasabah diri  bersama adik-adik peserta. Walaupun agak keletihan, namun semuanya berjalan lancar. Inilah lumrah kehidupan bila bersama pasti semuanya menjadi mudah.

12 OGOS 2012 (AHAD)
Memandangkan  komitmen yang lain masih ada,kami terpaksa meninggalkan SK Pekan Tamparuli lebih awal dari yang sepatutnya. Walaupun berat untuk melangkah pergi, segalanya disandarkan kepada pertemuan yang akan datang. Semoga ini bukan pertemuan yang terakhir, insyaAllah.  

 Abang Izwan?????

 Jom bersenam!

 Jom bersenam jugak!

Dengar, tengok...

Fasi muslimim

Jom solat.

Sebentar lagi....adik-adik....

Khatam Al-Quran

Majlis penutupan

Kini, hampir masuk waktu zuhur kami telah pun berada di Surau Nurul Yaqin, IPG Kent. Hadir untuk memahami dan menghadam isu Syria yang dikupas dengan bertenaga oleh Ustaz Mohd Nadir al-Nuri Kamaruzzaman selaku Exco Penerangan, Persatuan Pelajar Malaysia Syria merangkap mantan Timbalan Presiden PSS. Syahdu. Apakah tindakan kita? 

Kutipan sumbangan belum diserahkan?
Ramadhan kian pergi meninggalkan kita. Apakah perasaan Rasulullah dan para sahabat ketika Ramadhan semakin dipenghujung? Apakah pula perasaan kita?

Mohon maaf andai terkasar bahasa dan tersilap kata. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Taqabalallahu Minna Wa Minkum.



No comments: