Tuaran - Jika dulu (10 April 2009) sewaktu rombongan PSS dan KRU singgah di bumi Tenghilan untuk ’mengisi tangki’ dalam perjalan menuju ke KRIS di SMK Pinggan-Pinggan Pitas, tetapi kunjungan kali ini (16 Mei 2009) bukanlah untuk mengisi tangki lagi, tetapi membawa satu misi yang besar iaitu untuk ’mengisi rohani’ masyarakat Tenghilan.
Rombongan Titian Kasih PSS Tuaran berkesempatan menziarahi keluarga Puan Nursyafikah dan anak-anaknya Adik Syasa, Adik Joji dan Adik Nurul serta dua orang anak buahnya Adik Arif dan Adik Berry. Namun, rombongan tidak berpeluang berjumpa dengan Adik Joji, Adik Arif dan Adik Berry kerana mereka telah pergi ke Pekan Tuaran.
Rombongan Titian Kasih PSS Tuaran berkesempatan menziarahi keluarga Puan Nursyafikah dan anak-anaknya Adik Syasa, Adik Joji dan Adik Nurul serta dua orang anak buahnya Adik Arif dan Adik Berry. Namun, rombongan tidak berpeluang berjumpa dengan Adik Joji, Adik Arif dan Adik Berry kerana mereka telah pergi ke Pekan Tuaran.
Kedatangan ahli PSS disambut mesra walaupun pada mulanya Puan Syafikah agak terkejut juga sebab pada sangkaannya hanya dua, tiga orang sahaja yang datang berkunjung. Namun kegembiraan jelas terbayang diwajahnya, apa lagi setelah disulam dengan keramahan kedua-dua pihak.
Menurut Puan Syafikah selain dia, seorang lagi abangnya pun memeluk Islam iaitu bapa Adik Arif dan Adik Berry. Adik Arif dan Adik Berry tinggal dengan mereka di kampung sementara abangnya bekerja di Semenanjung. Selepas mendirikan rumah tangga Puan Syafikah juga berhijrah ke Semenanjung kerana mengikuti suaminya yang bekerja di sana. Kini Puan Syafikah balik kampung semula untuk memudahkan urusan persekolahan anak-anaknya, pun begitu suaminya masih bertugas di Semenanjung.
Memandangkan adik Syasa, Adik Joji, Adik Arif dan Adik Berry tidak menghadiri SUIS dan KAFA akibat rasa segan, PSS Tuaran menawarkan kelas mengaji dan tuisyen percuma kepada keempat-empat orang adik ini. Tugas ini dititipkan kepada Exco Pembangunan Pelajar, PSS Tuaran. Setelah berunding kelas mengaji diadakan dua kali seminggu sebagai permulaan. Ahli PSS yang ingin membantu bolehlah menghubungi EPP, PSS Tuaran.
”Datanglah lagi dan harap-harap kamu ’dicampakkan’ mengajar di sisi,” demikian kata-kata Puan Syafikah semasa rombongan memohon diri untuk balik.
“Datanglah selalu, ajarlah dia tentang Islam, dia tidak tahu apa-apa itu,” harapan ibu Puan Syafikah ketika rombongan menjengok sekejap ke gerainya di depan rumah mereka.
Siapakah pula yang akan memberi tunjuk ajar kepada Puan Syafikah???? Seusai ziarah rombongan Titian Kasih ’mengisi rohani’ makcik-makcik kampung tersebut dengan tazkirah dan tayangan Islamik.
Dari meja penganjur berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di kampung2 sekitar pekan Tuaran ini. Pihak penganjur mendoakan agar bumi Tuaran ini akan subur dengan penghayatan Islam satu masa nanti...InsyaAllah!!!
GAMBAR - GAMBAR SEKITAR PROGRAM PTK KG TINUHAN
No comments:
Post a Comment