Tuesday, August 24, 2010

KRC 2010 : Cita-citaku Islam Cemerlang


“Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan)

Malam Penghayatan

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.” (al-Bukhari dan Muslim)



Bagaimana menjadi ahli KRU yang aktif?


CITA-CITAKU 2x
ISLAM CEMERLANG 2x
CITA-CITAKU
ISLAM TINGGI MENJULANG

Mengapa saya mesti berjaya? : Ustaz Nazmi

Strategi Belajar : Ustaz Arbain

Berkongsi rahsia kejayaan : Bersama ahli KRU yang berjaya ke IPT

Ucapan Pengarah KRC 2010

Penyampaian cenderahati kepada perasmi, Pengetua SMK Sri Nangka


Menjana kewangan kelab

Wednesday, August 11, 2010

KRC 2010

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KRC 2010


PENAUNG
En. Bunyamin bin Bakri
(Pengerusi Persatuan Siswazah Sabah)


PENASIHAT
Mohd Fairuz bin Bend
(Setiausaha Persatuan Siswazah Sabah)


PENGARAH
Amiruddin bin Drus(SMK Badin)-0198719216


TIMB.PENGARAH I
Azrin bin Adam(SmK Tobobon)-0148684697


TIMB.PENGARAH II
Siti Sarah binti Mohamad(SMK Tamparuli)-0198950456


SETIAUSAHA
Noor binti Tenri(SMK Badin)-0145658503


TIMB.SETIAUSAHA
Faridah binti Anuar(SMK Badin)-0138987039


BENDAHARI
Nur Afiqah binti Baklin(SMK Sri Nangka)-0138731873



AJK PENDAFTARAN & PENYERTAAN
1)Azrul bin Setoh(SMK Sri Nangka)-ketua-0145507875
2)Roslidiana Anah binti Jaludin(SMK Sri Nangka)
3)Siti Khadijah binti Harun(IPG Kent)

AJK PENGISIAN,MODUL & PENERBITAN
1)Siti Rohana binti Norakim-KETUA-0132042543
2)Mohd Afiq bin Johari(IPG Kent)
3)Nurasyiqah binti Muhiddin(IPG Kent)
4)Hasnidar binti Iskandar(UiTM)

AJK PERSIAPAN TEMPAT & KEBERSIHAN
1)Ekhwan bin Mohd Zani(SMK Tamparuli)-KETUA-0145620026
2)Sabran bin Kibong(SMK Tamparuli)
3)Ahmad Rizal bin Asghori(IKBN)
4)Asfaryna binti Sabaruddin(IPG Kent)
5)Nurul Zannah binti Saleh(SMK Sri Nangka)
6)Haerum bin Abdullah(SMK Sri Nangka)

AJK MAKANAN & MINUMAN
1)Nurence binti Israel(SK Bawang)-KETUA-0168034028
2)Nor Shaidah binti Mohd Salin(SMK Tamparuli)
3)Nor Shella binti Israel(SMK Tamparuli)
4)Nuur Rehan binti Abdul Malek(SMK Tamparuli)
5)Norfizilah binti Abdullah(SMK Tamparuli)
6)Nasaruddin bin Drus(SMK Badin)
7)Muhd Bazli bin Roslan(IPG Kent)
8)Mohd Hairie bin Aneh(SMK Sri Nangka)
9)Syaril bin Masir(SMK Sri Nangka)

AJK PROTOKOL,TEKNIKAL,CENDERAHATI & SIJIL
1)Mohd Faiz bin Abdul Razaq(IPG Kent)-KETUA-0148618269
2)Dzulfikri bin Marasun(IPG Kent)
2)Zaiton bin Mohd Sanusi(IPG Kent)
3)Nazatul Akma binti Mohd Najib(IPG Kent)
4)Saidah Hanisah binti Mohd Aminuddin(KYS)
5)Satriana binti Hapi(IPG Kent)
6)Azmirul bin Ahmad(IPG Kent)


AJK PENGANGKUTAN
1)Mohd Noor Syazwan bin Japlus(IPG Kent)-KETUA-0198416078
2)Muhd Habibullah bin Safri(IPG Kent)
3)Mohd Arba bin Karim(SMK Sri Nangka)
4)Mohd Sazalie bin Adiain(SMK Tamparuli)
5)Farizul bin Matnoor(SMK Sri Nangka)

AJK SUMBANGAN & TAJAAN
1)Muhammad Nurkholish bin Masduki(IPG Kent)-KETUA-0145618286
2)Asma binti Busrah(IPG Kent)
3)Azlina binti Abdul Lateh(IPG Kent)

AJK KEBAJIKAN & KESELAMATAN
1)Nor Ali bin Siyakop(SMK Tenghilan)-0145554778
2)Kamal Habib bin Norakim(SMK Badin)
3)Mohd Amirul bin Osman(SMK Badin)
4)Farah binti Jasni(IPG Kent)
5)Redzuanah binti Roujip(IPG Kent)

AJK PAMERAN & JUALAN
1)Nur Julaiqah binti Baklin(SMK Sri Nangka)-KETUA-0109562825
2)Satriani binti Burhan(SMK Tobobon)
3)Alwai bin Supvi(SMK Sri Nangka)


*PERHATIAN ! Sebarang penambahan atau pengurangan ajk sila berhubung terus kepada setiausaha manakala sebarang kesulitan atau masalah yang berkaitan sila berhubung kepada pengarah dan timb.pengarah.Yuran dikenakan kepada setiap ajk adalah RM10 dan sumbangan berbentuk kewangan RM40 sekurang-kurangnya dari setiap ajk.Kerjasama anda sangat diharapkan (^-^) " ilmu dan amal asas khairo ummah"

Hari Puteri & Ahlan Ya Ramadhan


Sekali lagi kami ahli-ahli KRU Tuaran terutama yang berada di SMKT diberi mandat untuk melaksanakan Program Hari Puteri pada 07 Ogos 2010 dan Program Diambang Ramadhan pada 08 Ogos 2010. Kami hanya ada masa lebih kurang seminggu selepas Kem Bahasa Arab untuk menguruskan kedua-dua program tersebut. Saat-saat sebegini kemahiran mengurus dan strategi sangat penting. Semuanya tidak datang bergolek dan melayang. Sekalung terima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak PSS yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami dari dulu hingga kini dan masa-masa mendatang, insya-Allah.

Program Hari Puteri dimulakan dengan aktiviti sukaneka. Disusuli pula oleh pengisian daripada Kak Syuhada, 'Permata yang Dicari'. Terima kasih kepada semua yang menyumbangkan makanan pelbagai juadah. Tidak lupa juga tukang goreng 'cendawan RFC', sedap.


Ceramah 'Ahlan Ya Ramadhan' telah disampaikan oleh Ustaz Arbain. Banyak mutiara berharga yang dapat dikutip sepanjang sesi ceramah dan diskusi. Ilmu yang diperoleh diperteguhkan lagi melalui slot bengkel bersama Kak Wani. Persoalannya, sejauhmana ilmu tersebut diamalkan sepanjang Ramadhan ini demi mencapai ketaqwaan.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" (al-Baqarah :183)


P/s : Terima kasih kepada krew katering KRUT.

Monday, August 2, 2010

Lawatan ke Kampung Madang

Pada Sabtu 3i Julai 2010 yang lepas, ahli PSS dan KRU Tuaran telah mengadakan siri lawatan kedua ke Kampung Madang yang terletak di Topokon, Tuaran lebih kurang 45 minit dari jalan berturap Masjid Topokon. Buat pengetahuan semua, kampung tersebut tidak mempunyai surau dan kami ditawarkan mengajar di sebuah rumah salah seorang penduduk kampung. Lawatan ini adalah hasil daripada aduan yang diterima oleh ahli PSS iaitu Jamil berhubung dengan kes murtad yang berlaku dalam kawasan kampung tersebut dan kampung-kampung sekitar yang penganut Islam merupakan penganut minoriti.





Hasil daripada aduan tersebut, membawa kepada pertemuan pertama kami dengan En Rasimin bin Soiun yang merupakan orang lama dan berpengalaman di kampung tersebut. Hasil daripada perbincangan pertama tersebut, PSS dan KRU berusaha untuk membantu saudara Islam di sana yang memerlukan bantuan baik dari segi ilmu Quran dan Fardhu Ain mahupun kebajikan (kewangan). Selain itu, kami juga telah berkunjung ke Kampung Rungus yang dikhabarkan terdapat sebuah keluarga Islam di sana. InsyaAllah lawatan susulan ke kampung Rungus akan menyusul…




Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat membantu penduduk Tuaran amnya khususnya penduduk di sana dan mudah-mudahan juga usaha ini dipermudahkan Allah..Amiiiinn

Kem Bahasa Arab

30-31 Julai PSS dan KRU telah menerima undangan untuk mengendalikan Kem Bahasa Arab di SMKT. Undangan diterima dengan hati terbuka dengan niat untuk meneruskan usaha tarbiyyah kerana Allah. Walau terkadang hati sedikit dangkal, makin ditarbiyyah makin 'tidak menjadi'. Hakikatnya bukan semua hanya segelintir. Kisah perjalanan panjang dakwah Rasulullah, Nabi Nuh dan Nabi-Nabi yang terdahulu menjadi ubat mujarab penyembuh kedangkalan ini.

Kem ini menghimpunkan pelajar-pelajar terpilih mendapat tawaran khas mengikuti Kelas Aliran Arab (KAA) di sekolah biasa, SMKT. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tiga. Sekilas pandang seperti tidak ada bezanya pelajar-pelajar terpilih ini dengan pelajar-pelajar lain. Mengapa ini terjadi? Pertama, pelajar terpilih ini tidak rasa pun mereka 'terpilih'. Akibatnya peluang yang ada ini tidak dihargai dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya, malah dipersia-siakan. Kedua, pengaruh persekitaran yang lebih mencabar. Oleh itu, jatidiri para pelajar ini perlu dimantapkan.

Peringkat awal kem ini dihadiri dan dikendalikan oleh Saudara Nadir , Saudara Nasir bersama seorang sahabat dari Nilai. Selepas solat isyak menyusul Saudara Azizul yang baru dua hari balik dari Jepun bersama sahabat dari UMS. Selang tidak lama muncul pula Saudara Al-Amin, Saudara Syafik UMS dan Syafik KRU. Beberapa minit kemudian ternampaklah kelibat Saudari Syuhada' dan Yuyu. Akhir sekali, cukup korum dengan kehadiran Saudara Fairuz dan Saudara Aminuddin. Malam penghayatan berkonsepkan 'siksa kubur' diharap mampu menimbulkan kesan mendalam kepada para peserta untuk berubah menjadi lebih baik.


Sunday, August 1, 2010

Kg Kindu - Mangan Nyak Mangan Asal Jo Kurung-Kurung


Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 30 Julai 2010, orang-orang kuat KRU dari Kg Kindu terdiri daripada Adinda Amiruddin Drus, Adinda Arba dan Adinda Rudy telah berjaya mengadakan sebuah program mengumpul remaja-remaja kampung dengan program yang berkonsepkan ‘Mangan Nyak Mangan Asal Jo Kurung-kurung’. Program bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah dan disusuli dengan ceramah ‘Persiapan Mengahadapi Ramadhan’ yang disampaikan oleh wakil PSS Tuaran. Kemudian setelah selesai mengerjakan Solat Isyak, hadirin yang hadir dijamu dengan makanan-makanan yang lazat ‘sedap hingga menjilat jari’ (memang sunnah pun).

PSS Tuaran mengucapkan tahniah kepada adinda-adinda Kg Kindu kerana telah berjaya merancang program mengumpul remaja ini. Pada hemat PSS, program sebegini sangat baik untuk diteruskan dan seboleh-bolehnya diperbanyakkan lagi di kampung-kampung yang mempunyai ahli KRU agar ikatan ukhuwah dalam kalangan PSS dan KRU semakin kuat disamping menambah sedikit ilmu buat bekalan rohani. InsyaAllah, program seterusnya akan menyusul…InsyaAllah.