Tuesday, October 26, 2010

Qiamullail Bulanan KRU Tuaran, Oktober 2010

23-24 Oktober 2010

Alhamdulillah segala syukur dan pujian itu hanya bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda serta sekalian sahabat dan pendukung perjuangan baginda.

KRU Tuaran masih lagi diberi kekuatan untuk melaksanakan qiam bulanan kali ini. Sesuai dengan pertambahan kehadiran ahli KRU cilik, saudara Kholis tampil membicarakan ciri-ciri anak yang soleh semasa kuliah Maghrib. Ceramah Ustaz Sattar pula berkisar sekitar peranan individu muslim. Lewat catatan salah seorang ahli KRU cilik tertulis 'Allah adalah bos orang Islam'. Intipati daripada mukaddimah ceramah,

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
(Az-Zariyat: ayat 56)

Pada kesempatan ini KRU Tuaran ingin merakam ribuan terima kasih kepada pihak yang sudi menghulur wang untuk kudapan dan pihak yang menyumbangkan juadah minum malam qiam Oktober ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan ganjaran-Nya kepada siapa yang disukai-Nya dan Tuhan itu Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." ( Al Baqarah : 261 )

Pejam celik, pejam celik kita sudah berada pada penghujung bulan Oktober atau pertengahan zulkaedah. Ini bermakna untuk tahun 2010 ini tinggal dua kali sahaja lagi qiam bulanan yang akan dianjurkan oleh KRU Tuaran. Terkadang terfikir, buat apalah susah-susah kita mahu laksanakan program-program sebegini atau seumpamanya? Sudah jelas lagi bersuluh ada 'perindu' @ 'pencinta' program-program ini iaitu mereka yang menjadi pemburu cinta Ilahi. Nantikan qiam November KRU Tuaran pada 13-14 November 2010 di Masjid An-Nur, Tuaran. Semua 'pemburu cinta Ilahi' dijemput hadir.

Sunday, October 17, 2010

Jom Qiam

Jemputan Menghadiri Qiamullail Bulan Oktober KRU Tuaran.

Tarikh : 23-24 Oktober 2010
Tempat : Masjid An-Nur, Tuaran

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Sarah, 0198950456.

Hadis daripada Umar bin Abasah r.a. menjelaskan bahawa beliau pernah mendengar baginda s.a.w. bersabda: Seorang hamba itu lebih hampir kepada Tuhannya ialah pada malam yang terakhir, andainya anda berupaya termasuk dalam golongan orang yang mengingati Allah pada saat itu, maka lakukanlah - Hadis riwayat at-Tarmizi.


Thursday, October 7, 2010

KONVO 2010: TAHNIAH AKTIVIS-AKTIVIS PSS!!!


Tahniah buat semua sahabat-sahabat, abang-abang dan kakak-kakak PSS yang konvo tahun ini, 2010, sama ada di universiti tempatan mau pun universiti luar negara. Teruskan perjuangan! Moga terus istiqamah walau hari-hari mendatang diwarnai dengan kesenangan atau kepayahan.