Monday, October 17, 2011

Qiamullail Bulan Lepas


Hari ni 18 Oktober. 

Sebulan dah dari tarikh qiamullail bulan sudah 17-18 September. 

Cepatnya masa berlalu. 

Cuba ingat balik ni apa yang berlaku masa qiam tu. 

Fokus, pejam mata. 

Ingat dah. 

Ceramah malam tu disampaikan oleh ustaz saifuddin berkisar topik Persediaan Menghadapi Peperiksaan. Rasanya semua dah dihadam dan diaplikasikan oleh ahli-ahli KRU yang menduduki SRU dan PMR baru-baru ni. Semestinya sekarang ni diguna pakai pula oleh ahli-ahli KRU lain yang sedang bertungkus-lumus memuntahkan semua input yang tersimpan dalam otak menjadi output yang selari dengan kehendak soalan peperiksaan akhir tahun dan EXCEL. Bulan depan pula SPM dan STPM akan bermula. SELAMAT MENGGAPAI KECEMERLANGAN BUAT SEMUA!!!

Dan lagi, masa tu ada buat jamuan raya PSS dan KRU Tuaran sedikit. Santai. Best.

 Pesanan berharga daripada Pengerusi PSS Tuaran

 Persembahan nasyid. Adhoc, boleh tahan jugak.

 Mee kari. Sedap. Alhamdulillah.

 Rezeki kuih raya yang masih ada.




Jangan lupa temu janji qiamullail kita 29-30 Oktober 2011.


Thursday, October 6, 2011

Nilai Segulung Tikar Getah..

sumber: http://yuyushira.blogspot.com/

Hanya dengan sekecil-kecil perkara, kegembiraan dapat anda sebarkan kepada orang lain. Hatta hanya dengan sekuntum senyuman mahupun sepatah salam.

Hidup bermasyarakat lapang-lapangkan berkongsi rasa gembira agar ikatan yang dibina bertambah utuh. Bahkan menjadi sunnah Rasulullah untuk menggembirakan hati orang lain meskipun cuma seorang kanak-kanak.

Pada asalnya niat sekadar mahu menziarahi rumah senior PSS di Tuaran, secara tidak langsung bertukar menjadi misi menghulurkan bantuan ke rumah jiran sekampung. Merentasi jambatan, jalan-jalan kecil berlubang, batas-batas sawah padi, pagar-pagar buluh dan dawai-dawai besi berduri, akhirnya team PSS dan KRU selamat tiba ke tempat yang dituju, sebuah pondok kecil.

Sebarkan gembira ke seluruh pelusuk dunia.

Ada apa pada segulung tikar getah?

Di sebuah pondok kecil berdinding dan berlantai papan rapuh. Menjadi tempat sepasang suami isteri dan 4 orang anak kecil berlindung dan berpijak. Hanya segulung tikar getah setakat ini yang mampu disumbangkan menjadi alas duduk, makan, bermain, belajar dan tidur kepada keluarga ini. Orang dikota sibuk-sibuk menambah barangan yang tidak berkecukupan. Rupanya yang dibendang hanya mampu menambah rasa syukur setiap hari dalam meneruskan kehidupan.

"Jangan sesekali kamu memperkecilkan kebajikan sesekalipun ketika kamu mencurahkan air sehingga habis dari bekasmu ke bekas orang lain yang meminta air dan ketika kamu bercakap dengan saudaramu dengan menunjukkan muka yang manis kepadanya"
(Direkodkan oleh Tabrani)


Si Kecil Ika gembira memikul tikar getah


Sesi berkenal-kenalan


Khidmat memasang tikar getah

"Sesiapa yang membantu memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan membantu memenuhi keperluannya dan sesiapa yang membantu melepaskan kesusahan Muslim, Allah akan membantu melepaskan kesusahannya pada hari kiamat."
(Direkodkan oleh Bukhari)

alhamdulillah, sekadar yang mampu

Misi mencari jalan pulang

Semoga post ini dapat melahirkan rasa senang kepada para pembaca untuk menyebarkan 'kegembiraan' kepada insan-insan yang sangat memerlukan. Insya-Allah akan dipantulkan kegembiraan yang berganda-ganda buat anda semula.

Selamat beramal!
P/S : Terima kasih Kak Yuyu & adik sudi meluangkan masa menyertai misi kami meskipun jauh di sudut hati dapat kami rasakan ada hasrat yang terpaksa dipendam. Maaf dipinta.
 

Monday, October 3, 2011

Selamat Berjaya Calon-Calon PMR 2011.

Setelah sekian lama memerah otak memuatkan segala input semampat-mampatnya ke dalam minda dan jiwa, kini tiba masanya untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan PMR mengeluarkan segala output sepanjang tiga tahun pembelajaran di sekolah menengah.
Selamat berjaya diucapkan kepada adik-adik yang mengambil PMR pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Semoga kejayaan menjadi milik adik-adik.

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(Dibaca bebelum mengulangkaji pelajaran)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan:


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan:


(Subhaana man laa ya naa mu wa laa yas huu, Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.

Doa memohon kejayaan cemerlang:
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.)

 

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.