Tuesday, December 27, 2011

Mari Bersilaturrahim di Kg Kiwoi!!


Assalamualaikum w.b.t
Sahabat-sahabat yang dikasihi,InsyaAllah Program Titian Kasih(anak angkat)
anjuran PSS&KRU Tuaran bagi tahun 2011 akan diadakan seperti berikut :


Tarikh : 30-31 Disember 2011 (Jumaat-Sabtu)
Tempat  : Kg Kiwoi,Tamparuli
Masa : 2.30pm(30dis) hingga 12.30pm(31dis)



Semoga segalanya berjalan lancar. Mohon doa sahabat-sahabat sekalian. Wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami dalam melakukan ketaatan kepadaMu dan dalam agamaMu.Ya Allah,permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat!

Sunday, December 25, 2011

Islamic Summer Camp G.5 '11

16-18hb Disember 2011

“Kakak tau ka jalan ke tapak program tu?” Tanya Sarah kepada kak Rohana.
“Akak pun belum pernah pergi lagi tempat tu, tapi ada juga tengok kat Page ISC lalu. Takpa, kita ikut ja signboard lagipun mereka kata ada banner juga.

Perjalanan kali pertama kami ke destinasi yang menempatkan kami selama 3 hari 2 malam iaitu di KK Advanture Park, Papar. Perkataan ‘Advanture Park’ itu membuatkan semangat kami lebih berkobar-kobar untuk sampai ke tapak program. KRU Tuaran telah menghantar ahlinya seramai 16 orang peserta dan 9 orang AJK yang bersiap sedia membantu disebalik tabir perjalanan program.

Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok!!!
Angin pantai yang menyapa kehadiran kami membuatkan hati menjadi tenang disamping melihat keindahan pantai yang terhampar saujana mata memandang sambil bertasbih memuji kebesaran Rabbul Alamin . Selasai solat Jumaat di masjid kampung, sesi taaruf yang ditunggu-tunggu peserta dijalankan bagi menghilangkan rasa kekok peserta. Antara kawasan yang terlibat dalam penyertaan program tahun ini ialah dari Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, dan Sipitang. Selalunya, peserta akan membawa nama sekolah atau kawasan masing-masing tetapi dalam kem ini, peserta membawa satu nama di bawah Islam atas suatu misi yang amat besar dan berpanjangan iaitu, ‘Daie dan Dakwah’. 


Penerapan kepimpinan dalam diri bukanlah tugas yang senang, namun itu bukanlah perkara yang mustahil. Justeru, modul-modul dan kuliah-kuliah dasar yang mengisi ISC ini memenuhi keperluan seseorang pemimpin. Semoga peserta-peserta memahami kepentingan untuk menjadi seorang pemimpin dan istiqamah mempraktikkan apa yang telah dipelajari dari kem apabila pulang ke kawasan masing-masing. Ini kerana setiap daripada kita adalah pemimpin, paling tidak pun kita adalah pemimpin bagi diri kita sendiri dan tugas bagi seorang pemimpin adalah amar ma'ruf nahi munkar (menyeruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).



Alhamdulillah dan tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya mengikuti kem ini dari mula hingga akhir. Semoga segala ilmu dan pengalaman selama 3 hari 2 malam yang dikongsikan kepada peserta-peserta dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta menjadi batu lonjatan untuk mencorak perubahan dalam kehidupan. Tahniah juga kepada AJK-AJK dan Fasilitator-fasilitator yang terlibat dalam menyempurnakan program ini. Segala usaha dan tenaga yang dikorbankan untuk program Islam pasti mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.


Jika ada umur yang panjang dan dimurahkan rezeki, insyaAllah bertemu lagi di ISC G.6 pada tahun hadapan.

Wednesday, December 21, 2011

PERUBAHAN TEMPAT QIYAMULLAIL DISEMBER DAN JELAJAH DAKWAH

Assalamualaikum



Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, insyaAllah Qiamullail Bulan Disember & Jelajah Dakwah

anjuran KRU Cawangan Tuaran tiba lagi seperti yang tertera di bawah :
 
Tarikh : 22-23 Disember 2011 (Khamis-Jumaat)

Tempat : Masjid Muttaqin, Kg. Indai, Tuaran
          

Masa : 5.00 pm (Khamis)-10.00 am (Jumaat)

Yuran : RM1 seorang

Keterangan lanjut,hubungi : Saudari Siti Sarah-0198950456
Bersama kita mengimarahkan rumah Allah.
Jangan Lepaskan Peluang Keemasan ini!!!