Alhamdulillah, pada 18 Februari 2012 PSS Tuaran telah berjaya melaksanakan Program Bengkel Fasilitator buat julung-julung kalinya. Melihat kepada keperluan jangka pendek dan jangka panjang sudah tiba masanya PSS Tuaran khususnya menganjurkan program seumpama ini demi melahirkan para fasilitator yang cemerlang dan berkesan. Saudara Irham Wakijoh selaku pengarah program berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus menjayakan progam ini, tahniah kepada para peserta yang sudi menghadirkan diri, jiwa dan raga sehari suntuk sepanjang program berlangsung dan terima kasih juga kepada penceramah jemputan, Saudara Azizul Julirin yang telah memberikan input yang amat bermanfaat dan signifikan.
Apakah kata peserta?
Saya berminat dan seronok menyertai Program Bengkel Fasilitator ini kerana....
“…..saya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya dengan mengikuti aktiviti-aktiviti dan LDK serta mendapat pengetahuan terus dari perbincangan dalam kumpulan. Saya juga dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri dan meningkatkan lagi keyakinan dalam kepimpinan. Saya juga dapat mencari pengalaman baru daripada aktiviti yang dijalankan. Seterusnya mematangkan diri untuk menjadi fasilitator.” (Nashrul)
“…..saya dapat mempelajari cara-cara untuk menjadi pemimpin. Saya dapat mempelajari bahawa keyakinan itu sungguh penting dalam diri seseorang. Selain itu, saya juga dapat mempelajari teknik penyampaian yang berkesan, juga dapat memperbaiki komunikasi saya dengan orang lain. Saya juga dapat menimba ilmu berkaitan perkara-perkara baik untuk diri sendiri. Dapat mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.”
“…..saya ingin mendalami dan mengetahui tugas-tugas fasilitator serta bagaimana untuk mengurus adik-adik.”
“…..memberi banyak pengajaran kepada seseorang seperti tidak malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, program ini mampu melahirkan individu yang cemerlang serta yakin pada diri.”
“…..saya dapat menimba banyak ilmu yang tidak pernah saya pelajari selama ini. Ilmu-ilmu yang masih ‘panas..!!’ (bagi saya). Selain itu, saya telah dapat menambah kenalan baru…(abang-abang dan kakak-kakak dari IPGK). Di samping itu, saya dapat ‘refresh’ balik apa yang telah dipelajari selama ini…..”
“…..saya dapat mengambil pengalaman yang baru dan melakukan tugasan yang baik serta berdakwah kerana Allah.”
“…..banyak ilmu tentang fasilitator diberikan. Dari ceramah hinggalah ke LDK, semuanya sangat membantu dan menyeronokkan. Selain itu, bengkel ini juga memberi sedikit keyayinan kepada saya untuk menjadi seorang fasilitator.”
“…..ianya satu program yang sangat bagus dihadiri dan bersemangat untuk semua. Dapat mengetahui banyak cara mengendalikan program-program dan menjadi fasilitator yang cemerlang pada masa hadapan…insya-Allah. Selain itu juga, dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan dan dapat juga ‘ketawa’ bersama-sama serta dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah.” (Azri)
“…..saya boleh menimba ilmu pengetahuan bagaimana menjadi seorang fasilitator yang cemerlang. Selain itu, saya dapat meningkatkan keyakinan saya sebagai seorang fasi, percaya diri dan sentiasa ada perasaan terus istiqamah mengambil peluang pergi ke program-program untuk menjadi fasi atau peserta. Insya-Allah saya boleh menjadi fasilitator yang cemerlang. Kesimpulannya, jika ingin menjadi fasilitator yang cemerlang saya mesti menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin, mempunyai motivisi yang berterusan, berkeyakinan, berlatih untuk berkomunikasi secara berkesan dan perlu mempunyai kreativiti.”
“…..saya dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan kayakinan diri melalui tugasan yang diberikan semasa program ini.”
“…..dapat mendisiplinkan diri menjadi fasilitator yang baik dan berkesan. Perkara yang baru dapat dijadikan bahan rujukan untuk diaplikasikan pada masa akan datang. Contohnya, keyakinan merupakan aspek kedua selepas berilimu sebagai fasilitator, kerana keyakinan ini tunggak utama dan kedua menyampaikan ilmu serta pelindung segala perasaan takut, cemas dan sebagainya…..”
“…..banyak pengalaman, pengajaran dan pengetahuan baru yang dapat ditimba, dipelajari dan dimanfaatkan. Bengkel ini juga, membawa saya muhasabahkan diri dan mendapat tarbiyyah daripada para peserta serta fasilitator-fasilitator yang ada.”
“…..saya dapat menambah ilmu untuk mengendalikan sesebuah kumpulan LDK. Selain itu, dapat kenal dan mengendali ramai orang-orang yang lebih berpengalaman selain seronok dan berminat, saya juga dapat mengetahui kekurangan diri.”
“…..ianya memberi banyak ilmu yang baru untuk menjadi fasilitator. Bengkel ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan cara menjadi fasi yang berkesan. Sekaligus dapat mengesan masalah-masalah yang dihadapi semasa bergelar fasilitator.”
“…..saya dapat menambahkan keyakinan diri saya. Sebelum ini, saya agak sukar pegang mikrofon sambil bercakap dihadapan kerana mempunyai darah gemuruh yang tinggi. Melalui bengkel ini, banyak mengajar saya agar menambah lagi ilmu pengetahuan saya. Bengkel ini juga membuatkan saya kenal ramai orang disekeliling saya (mengeratkan ukhuwwah). Saya dapat ‘feel’ untuk menjadi fasi.”
“…..1. Mendapat banyak ilmu baru. 2. Menambah kenalan. 3. Menambah keyakinan diri. 4. Mendapat pengalaman baru. 5. Memberi kesedaran sebagai dai’e.”
“…..ingin memantapkan lagi kualiti sebagai seorang pendakwah dalam memperjuangkan agama Allah di bumi ini. Selain itu, saya ingin mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang yang kreatif dalam menyampaikan ilmu dan ingin belajar dari kesilapan mahupun pengalaman. Akhir sekali, setiap apa yang kita sampaikan atau orang lain yang sampaikan haruslah diikuti (yang baik-baik) dan semoga maju jaya semua…..”
“…..saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat membentuk diri untuk menjadi seorang fasilitator. Saya juga dapat mengetahui masalah-masalah yang saya hadapi untuk menjadi seorang fasilitator dan dapat mencari cara penyelesaian untuk setiap masalah yang saya hadapi. Saya juga dapat mengetahui ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang fasilitator yang cemerlang.” (Norhayati)
“…..bengkel seperti ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang fasilitator yang lebih ‘keupayaan’. Belajar untuk menjadi seorang yang lebih kritis dan kreatif dalam mengendalikan sesuatu program. Bagi saya, apabila menjadi seorang fasilitator kita akan menjadi seorang penyampai iaitu memberi sesuatu ilmu kepada orang lain. Justeru, untuk menjadi seorang fasilitator yang cemerlang kita memerlukan persediaan. Bengkel seperti ini merupakan salah satu persediaan yang saya kira cukup baik.”
“…..dapat mengetahui lebih banyak perkara yang perlu ada dalam diri seseorang fasilitator (dai’e). Tambahan, diri yang sangat cetek ilmu dan pengalaman dalam bidang ini. Bengkel ini juga, mengasah bakat dan mengajar cara menjadi fasilitator yang kreatif dan ‘attractive’ kepada anak-anak buahnya (mad’u).”
“…..dapat menimba ilmu dan diberi motivasi agar yakin dengan diri sendiri apabila diberi tugasan menjadi fasi pasa masa akan datang dan juga perlu banyak mengkaji tentang islam. Ingatlah bahawa kita adalah pemimpin pada masa akan datang. Wallahu’alam.” (Khadizah)
“…..memberi saya banyak pengalaman. Mengajar saya banyak ilmu. Seterusnya, memberi saya peluang menjadi seorang fasi dan mengatur sesebuah kumpulan. Dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan diri…..dapat berkenalan dengan para sahabat yang soleh. Dan dapat juga menghilangkan rasa malu, takut dll….” (Suraidah)
“…..saya mendapat pengalaman dan ilmu.”
“…..saya mahu menimba ilmu pengetahuan agama dan ilmu dunia. Selain itu, saya ingin melatih kepimpinan diri aya dan cuba mengamalkan apa yang telah dipelajari.” (Izzuddin)