27 januari 2013 - Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi program anjuran PSS dan KRU Tuaran iaitu Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) KRUT. Program BPO ini merupakan satu program tahunan yang terpahat pada takwim tahunan KRUT. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang muslimat dan hanya 3 orang muslimin. "Apa sudah jadi?". Begitulah ungkapan yang diucapkan oleh sesetengah pihak yang kesal dengan bilangan penyertaan muslimin dalam BPO kali ini. Peserta BPO adalah terdiri daripada pemegang-pemegang amanah dalam setiap lajnah di dalam carta organisasi KRUT.
Berbeza dengan program-program KRUT yang lain, BPO merupakan satu program khas yang bertujuan untuk memberi penerangan, penekanan dan melatih para ahli yang dilantik dalam setiap lajnah untuk menjalankan tugas masing-masing dengan lebih teratur. Terdapat empat lajnah ataupun badan utama dalam carta organisasi KRUT. Antaranya ialah Lajnah Sukan dan Kesenian, Lajnah Media dan Informasi, Lajnah Ekonomi, dan Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan yang merupakan lajnah terpenting dan merupakan tunggak utama dalam organisasi KRUT selepas Majlis Tertinggi KRUT (MT KRUT).
Menyedari akan hakikat pentingnya sebuah sistem pentadbiran yang sistematik dan tersusun, KRUT sebagai sebuah kelab dan juga merupakan sebuah badan dakwah terbesar di bumi Tuaran ini tidak ketinggalan untuk mengambil inisiatif ini untuk memperkemaskan lagi pengurusan organisasi. Atas dasar itu, BPO yang telah dijalankan ini adalah tidak lain tidak bukan untuk menjadikan KRUT khususnya sebuah organisasi yang tersusun dan cemerlang. Hal ini bertepatan dengan ayat Al-Quran didalam surah as-Saff ayat 4;
Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) pada tahun ini dimulakan dengan ceramah kepimpinan yang telah disampaikan oleh ustaz Zaiem Al-Hilmee yang bertajuk "3 in 1" (Kepimpinan, Pengurusan Organisasi & Komunikasi Berkesan). Terdapat tiga aspek utama untuk melahirkan sebuah pentadbiran ataupun pengurusan yang sistematik yang dikupas di dalam ceramah ini iaitu:
1.Jihad yang berterusan
2.Iman yang mendalam
3.perancangan yang rapi
Ketiga-tiga aspek ini penting untuk melahirkan sebuah Tanzim (organisasi) yang cemerlang yang dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan hasil kerja yang cemerlang untuk tunduk kepada perintah Yang Maha Esa.
Terdapat juga beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang program seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang bertajuk "Simpulan Mahabbah". Dalam aktiviti ini, setiap peserta diarahkan untuk duduk di dalam sebuah bulatan. Seterusnya, setiap peserta diminta untuk melilitkan benang yang telah disediakan di jari masing-masing setiap kali soalan diajukan kepada individu tersebut.
Selesai soalan, benang hendaklah dibaling kehadapan untuk giliran peserta yang seterusnya. Akhir sekali, setelah kesemua peserta selesai melalui proses yang dijelaskan sebentar tadi, fasilitator yang dilantik akan meletakkan kerusi pada jaringan bebenang yang tercipta pada aktiviti tersebut.Bilangan kerusi akan terus ditambah selagi bebenang tadi tidak putus. Proses ini menyaksikan beberapa siri kesakiran yang dirasai oleh peserta akibat menanggung berat kerusi tersebut sekaligus menguji ukhuwwah diantara peserta.
Pada akhir aktiviti ini, pengajaran yang dapat diambil oleh setiap peserta ialah 'sebuah kerja yang berat dan tidak mampu untuk dibuat berseorang diri akan terlaksana jika dilakukan secara beramai-ramai'.

Akhirulkalam, KRUT berharap agar segala usaha yang dilakukan ini akan membuahkan hasil dan juga mendapat keredhaan Allah kerana inilah matlamat sebenar sesebuah perjuangan.
Sekian, wassalam.
Ceramah oleh Ustaz Zaiem |
Sakit tak? |
Tahan.....tahan...... |
Hah, benang dah putus!!! |
AJK
Sibuk menguruskan fail MT & lajnah masing-masing |
Apa cogan kata kita?
Para juri
Penyampaian cenderahati kepada perasmi |