Wednesday, February 26, 2014

Qiamullail & AGM PSS dan KRU Tuaran sesi 2014/2015

Alhamdulillah, apabila hamba-hambaNya yang beriman kepada Tuhannya dan yakin bahawa Allah sebaik-baik tempat bergantung, Allah kurniakan nikmat yang kadangkala kita rasa ia adalah lebih daripada cukup. Terima kasih ya Allah. Bertalu-talu bibir mengucapkan kesyukuran kepada Sang Penciptanya.

Alhamdulillah, bulan ini Allah mengizinkan PSS dan KRU Tuaran melaksanakan program Qiamullail dan Annual Grand Meeting (AGM) di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran (SRI Al-Hafidz). Tempat yang selesa dan suasana yang nyaman. 22-23 Februari ini juga merupakan tarikh keramat pada tahun ini dengan menyaksikan pertukaran saf kepimpinan baru PSS dan KRU Tuaran.

Program Qiamullail berjalan seperti biasa sebelum AGM menyusul. Kehadiran adik-adik KRU cilik menambahkan kemeriahan Qiamullail kali ini.

Kesinambungan daripada Valentines Day yang cuba merasuk minda anak-anak muda Islam, maka kali ini PSST dan KRUT membawa tema pengurusan cinta buat remaja yang cintakan majlis ilmu. Memberi perspektif baru diminda anak muda yang baru hendak mengenal cinta dan bagaimana menguruskan cinta dengan baik dan menepati syariah. Apabila disebut tentang cinta, kelihatan adik-adik KRU yang khusyuk mendengar forum senyum tersipu-sipu malu.

Forum Pengurusan Cinta yang berjalan selama hampir sejam setengah tidak membuatkan para pendengar bosan, kupasan dan pandangan daripada tiga ahli panel yang didatangkan dari IPG Kent amat baik dan santai. Mudah-mudahan apa yang disampaikan dapat dijadikan panduan buat kita semua, khususnya buat pendengar forum tersebut.

Remaja khusyuk dengan forum, adik-adik KRU Tunas juga dengan aktiviti mereka. Jom ikuti sedutan Program Qiammullail dan AGM kali ini.

Forum Pengurusan Cinta
"Si Baju Melayu vs Si Baju Kurung"

Mendengar dengan tekun

Slot Muhasabah buat adik-adik KRU Tunas


Surah Al-Mulk sebelum tidur

Keesokan harinya, seusai bacaan al-mathurat, persembahan Qasidah daripada adik-adik SRI Al-Hafidz dan Abang-abang PSS dari IPG Kent sebagai pembuka tirai AGM.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Saudara Faris Hamizan

Qasidah: Gandingan mantap SRI Al-Hafidz dengan IPG Kent

Ucapan Saudara Shah Rizal selaku Pengerusi KRUT bagi sesi 2013/2014

Pencatat minit

Laporan aktiviti 2013/2014 oleh Setiausaha KRUT

Laporan kewangan 2013/2014 oleh Bendahari KRUT

Ucapan Saudara Norfarizan selaku Pengerusi KRUT bagi sesi kepimpinan 2014/2015

Barisan MT/ME KRUT muslimin bagi sesi 2014/2015

Barisan MT/ME KRUT muslimat bagi sesi 2014/2015

Pembentangan Takwim KRUT bagi sesi 2014/2015

Seusainya AGM KRU, majlis diteruskan dengan AGM PSS Tuaran.

Ucapan Saudara Mohd Fairuz selaku Pengerusi PSS sesi 2014/2015

Antara Pimpinan PSST sesi 2014/2015
 Barisan hadapan dari kiri: Mohd Sha Rizal (EPP), Mohd Fairuz (Pengerusi), Mohd Syazwan (Tim. Pengerusi 1) dan Mohd Izwan (Pengerusi Tetap)
Barisan belakang dari kiri: Siti Sarah (Tim. Pengerusi 2), Noor (EPP), Roslidiana (Tim. Bendahari 1), Khairunnisa (Tim. Setiausaha 2), Nurul Zannah (EUM), Julaiqah (Tim. Setiausaha 1) dan Nor Shaidah (EE)
Tiada dalam gambar: Ekhwan (Setiausaha), Mohd Sazali (Bendahari), Misran (EMS), Najwa (Tim. Bendahari 2)

Kepimpinan baru ini diberi kepercayaan untuk membawa perubahan yang lebih baik khususnya dalam mentadbir organisasi, dan memastikan ahli yang dilantik dalam lajnah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

Kepimpinan itu bukannya kegiatan sampingan untuk satu kesukaan, atau mencari kekayaan tapi adalah tanggungjawab dan amanah. Amanah yang menyebabkan pelaksananya berletihan kerananya. Amanah yang akan menyebabkan terkorbannya kerehatan. Amanah yang akan ditanya di akhirat kelak.

Justeru, marilah kita bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah dengan penuh komitmen. Mudah-mudahan usaha ini mendapat redha dan rahmat disisi Allah. Amin...

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Renungan:


“Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta-minta jadi pemimpin. Maka jika engkau dipilih-beri BUKAN kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan, dan jika diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sunday, February 16, 2014

Jom berQiamullail Hujung Minggu ini

Apa yang menarik Qiam kali ni?? Nantikan...
 
Forum Cinta : "Si Baju Melayu VS Si Baju Kurung"

Moderator : Sdra Razlie Abdul Rahim
Panel 1 : Sdra Mohd Noor Syazwan Japlus
Panel 2 : Sdri Zahariah Mastar
Panel 3 : Sdri Siti Zulaikah Abdul Rahim

Jom ramai2 hadir. In Shaa Allah jumpa di sanaa :)
 





Monday, February 10, 2014

Menyantuni Si 'Kecil-kecil Cili Api' @ Jil Ul Islam ke-5


Alhamdulillah. Hajat untuk berprogram bersama adik-adik SRI Al-Hafidz dan Sekolah Agama Negeri (SAN) Tuaran, tercapai juga akhirnya petang itu 7 Februari 2014.

Berbekalkan tenaga seramai 30 orang yang terdiri daripada AJK dan fasi, Program Jil Ul Islam kali ke-5 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Program Jil Ul Islam kali ini melibatkan adik-adik peserta KRU Tunas dari SRI Al-Hafidz Tuaran dan adik-adik Sekolah Agama Negeri (SAN) Tuaran.

Semoga segala pengisian dan ilmu yang telah dicurahkan dapat dimanfaatkan oleh adik-adik peserta, AJK dan fasi yang terlibat.
 
Sesi taklimat daripada Kem Kom~Kak Titit :)

Wajah2 semangat kakak2 fasi :)
 
Adik-adik ni lagi bersemangat :)
 
Ice-breaking time ! :)
 
Sesi pembahagian kumpulan. Keadaan jadi kecoh seketika.
Pelajar SRI digabungkan dengan pelajar SAN  :)
 
 Kumpulan Abg Mazlan
 
 Kumpulan Abg Faris
 
 Kumpulan Abg Akmal & Abg Iman
 
 Kumpulan Abg Alfin
 
 Kumpulan Abg Faizal
 
 Kumpulan Abg Khairul & Abg Isyraf
 
 Kumpulan Abg Farizan, Abg Haziq, Abg Jumasri & Abg Zarif.
Ramainya abg2 fasi dalam kumpulan ni :)
 
 Kumpulan Kak Tina & Kak Alifah
 
 Kumpulan Kak Azlin
 
 Kumpulan Kak Farisah & Kak Syikin
 
 Kumpulan Kak Tini & Kak Faizah
 
 Kumpulan Kak Ain & Kak Suhadah
 
 Kumpulan Kak Iswara
 
 Kumpulan Kak Aziani & Kak Noviera
 
Lewat asar, slot muhasabah diganti dengan pengisian daripada
rombongan NGO-Akademik Imam Syafie dari Universiti Malaya.
 
 Sedar tak sedar, majlis penutupan pun tiba :)
 
 Ucapan Pengarah Program - Abg Azizul Aiman
 
 Ucapan Wakil Mudir SRI Al-Hafidz - Ustaz Razlie
 
 Penyampaian Cenderahati kepada SRI Al-Hafidz Tuaran
 
 Penyampaian Cenderahati kepada Sekolah Agama Negeri (SAN) 
Pekan Tuaran
 
 Sesi Lambaian Ukhuwwah.
Panjang umur insyaAllah jumpa masa qiam ya adik2 :)
 
 
 Tahniah & Terima kasih kepada semua AJK & Fasi
daripada SMK Tamparuli, SMK Badin & SMK Sri Nangka ^_^
 
 
Sekalung penghargaan buat warga SRI Al-Hafidz dan Sekolah Agama Negeri (SAN) Tuaran atas kerjasama yang cukup baik dan layanan istimewa yang diberikan. Moga bertemu lagi di lain kesempatan...insyaAllah (^_^)



Wednesday, February 5, 2014

Program Jil Ul Islam Kembali Lagi!!


Program Jil Ul Islam (Membina Generasi Islam)
 Kali Ke-5 kini kembali lagi. Penyertaan khas untuk adik-adik KRU Tunas.
InsyaAllah jumpa di sanaa ^_^