Friday, February 20, 2009

.:: SMK Badin dan PCP ::.


20 Februari - Program Celik Palestin (PCP) yang dianjurkan oleh Skuad Celik Palestin PSS (SCPPSS) di SMK Badin, Tuaran berjaya membuka mata pelajar-pelajar asrama tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza. Program ini, yang merupakan siri ke 6 setelah dilaksanakan di sekolah Maktab Sabah, Smk Tamparuli, Kg Kindu, Kg Bangka2 dan Smk Bandaraya yang hanya mengambil masa kira-kira 1 jam sahaja, dan diisi dengan tayangan dan penerangan oleh ahli SCPPSS.

SCPPSS, yang diketuai oleh Setiausaha PSS, Saudara Fairuz Bend dan dianggotai oleh Saudara Al-Amin Dato' Utoh Said, Saudara Renifezri Mohamed, dan Saudara Nadir, ditubuhkan sejak bermulanya siri serangan terbaru ke atas Palestin hujung tahun lepas. Skuad ini berharap agar dapat bergerak aktif dan memberi penerangan tentang isu Palestin yang merupakan isu aqidah dan isu manusia sejagat, selain melancarkan kempen boikot barang Israel dan promosi barangan alternatif.

.:: PCP di SMK Tamparuli ::.


22 Januari - Program Celik Palestin (PCP) yang dianjurkan oleh Skuad Celik Palestin PSS (SCPPSS) di SMK Tamparuli, Tuaran berjaya membuka mata pelajar-pelajar asrama tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza. Program ini, yang merupakan siri ke 2 setelah dilaksanakan di sekolah Maktab Sabah mengambil masa kira-kira 1 jam sahaja, dan diisi dengan tayangan dan penerangan oleh ahli SCPPSS.

SCPPSS, yang diketuai oleh Setiausaha PSS, Saudara Fairuz Bend dan dianggotai oleh Saudara Al-Amin Dato' Utoh Said, Saudara Renifezri Mohamed dan beberapa ahli lain, ditubuhkan sejak bermulanya siri serangan terbaru ke atas Palestin hujung tahun lepas. Skuad ini berharap agar dapat bergerak aktif dan memberi penerangan tentang isu Palestin yang merupakan isu aqidah dan isu manusia sejagat, selain melancarkan kempen boikot barang Israel dan promosi barangan alternatif.

Wednesday, February 18, 2009

.:: PSS Buka Mata Kg Kindu ::.


9 Februari 2009 - Program Celik Palestin (PCP) yang dianjurkan oleh Skuad Celik Palestin PSS (SCPPSS) di Kampung Kindu, Tuaran, berjaya membuka mata penduduk tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza. Program ini, yang merupakan siri ke 4 setelah dilaksanakan di beberapa buah sekolah dan kampung lain, disasarkan kepada golongan remaja dan kanak-kanak, mengambil masa kira-kira 1 jam sahaja, dan diisi dengan tayangan dan penerangan oleh ahli SCPPSS. Seramai hampir 35 orang penduduk memeriahkan PCP Kg. Kindu melibatkan pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. Program-program susulan KRU akan diadakan di sana setiap Isnin malam Selasa.

SCPPSS, yang diketuai oleh Setiausaha PSS, Saudara Fairuz Bend dan dianggotai oleh Saudara Al-Amin Dato' Utoh Said, Saudara Renifezri Mohamed dan beberapa ahli lain, ditubuhkan sejak bermulanya siri serangan terbaru ke atas Palestin hujung tahun lepas. Program ini bermula dengan siri I yang telah diadakan di Maktab Sabah, diikuti dengan SMK Tamparuli dan seterusnya Program Qiamullail Masjid Tuaran. Skuad ini bergerak aktif memberi penerangan tentang isu Palestin yang merupakan isu aqidah dan isu manusia sejagat, selain melancarkan kempen boikot barang Israel dan promosi barangan alternatif.

Mereka yang berminat untuk menganjurkan Program Celik Palestin di tempat masing-masing secara percuma, samada institusi pengajian tinggi dan rendah, kampung atau kelompok masyarakat tertentu, dialu-alukan menghubungi Saudara Fairuz di 0138742232. PCP seterusnya akan diadakan di Surau Kampung Bangka-Bangka, Kingfisher pada malam ini, selepas Isya'.

Sumber ~ http://siswazabah.blogspot.com/

.:: Muqaddimah 1430 Hijrah PSS Di Kg Kiulu ::.


Tamparuli, 1 Januari-Lembaran baru 1430 Hijrah telah menyaksikan rombongan dari Yayasan Amal, persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Sabah dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) mengisi muqaddimah lembaran hijrah dengan menziarahi saudara se Islam di Kiulu. Bersama rombongan gabungan NGO Islam CONCERN, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) berkunjung ke Kiulu, sebuah perkampungan yang cantik pemandangannya tidak jauh dari pekan Tamparuli. Bilangan keluarga Islam di kawasan ini sangat sedikit. Terdapat dalam kalangan penduduk Kg Kiulu ini yang dahulunya memeluk agama Islam kemudiannya bertukar semula kepada agama asal mereka (Kristian) disebabkan tidak ada tenaga sukarelawan yang membantu mengajar dan memberikan kefahaman agama kepada mereka. InsyaAllah, PSS akan berusaha untuk membantu penduduk Kg Kiulu ini yang sangat memerlukan sokongan dan bantuan.

.:: PSS Tembus Masjid Kg Bundung ::.


24 Disember - Setiausaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS), mengambil inisiatif menggerakkan dakwah di peringkat akar-umbi dengan menghidupkan kuliah maghrib di surau-surau kampung sekitar Kota Kinabalu. Kelmarin, beliau memulakan kuliah maghrib di Surau Kampung Bundung, Tuaran. Kampung Bundung terletak kira-kira 15km dari Pekan Tuaran dan kampung di pinggiran bebukit ini didiami oleh suku Dusun-Bajau. Jumlah penduduk yang hadir tidak sampai sepuluh orang, tidak sesekali mematahkan semangat beliau untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam kesibukan menguruskan organisasi PSS.

Apabila ditanya, beliau mengulas, “Tuntutan dakwah di bumi Sabah terlalu banyak sehinggakan kadangkala kita terpaksa menggerakkan banyak perkara dalam satu-satu masa. Tetapi siapa kita untuk mengeluh, sedangkan pada masa sama kita mengharapkan untuk kekal di dalam syurga Allah suatu masa nanti? Keseronokan dan kebahagiaan yang sebenar, apabila hidup kita menjadi milik orang lain.” Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa dakwah adalah peranan setiap individu. Malah, beliau meyakinkan bahawa PSS mampu membuka saluran kepada mana-mana individu yang berminat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

“Syaratnya ialah keazaman, bekalan asas ilmu Islam dan kehendak yang tinggi. Jika tidak mampu berkhutbah dan berceramah, cukup dengan mengajar iqra’. Jika tidak dapat menghasilkan kitab, cukup dengan membantu menaip risalah. Yang penting, ialah adanya usaha walaupun sedikit.” Penduduk kampung yang hadir ke kuliah maghrib tersebut menyatakan bahawa mereka senang dengan cara penyampaian Ustaz Fairuz yang santai. “Kalau begini, mesti nak lagi!” ujar seorang remaja Kampung Bundung sambil tersenyum.

.:: PSS Bersama Remaja Kg Kindu ::.


Kindu, Tuaran - Pada 8 hb Disember yg lepas, wakil PSS cawangan Tuaran telah mengadakan pertemuan dengan remaja masjid di Kg Kindu, Tuaran. Jawatankuasa masjid Kg Kindu meminta jasa baik PSS agar dapat membantu dan meyumbang tenaga untuk mengadakan program untuk remaja di sana. Insya Allah, kita akan usahakan....(^_^)

Sumber ~ http://siswazabah.blogspot.com/