20 Februari - Program Celik Palestin (PCP) yang dianjurkan oleh Skuad Celik Palestin PSS (SCPPSS) di SMK Badin, Tuaran berjaya membuka mata pelajar-pelajar asrama tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza. Program ini, yang merupakan siri ke 6 setelah dilaksanakan di sekolah Maktab Sabah, Smk Tamparuli, Kg Kindu, Kg Bangka2 dan Smk Bandaraya yang hanya mengambil masa kira-kira 1 jam sahaja, dan diisi dengan tayangan dan penerangan oleh ahli SCPPSS.
SCPPSS, yang diketuai oleh Setiausaha PSS, Saudara Fairuz Bend dan dianggotai oleh Saudara Al-Amin Dato' Utoh Said, Saudara Renifezri Mohamed, dan Saudara Nadir, ditubuhkan sejak bermulanya siri serangan terbaru ke atas Palestin hujung tahun lepas. Skuad ini berharap agar dapat bergerak aktif dan memberi penerangan tentang isu Palestin yang merupakan isu aqidah dan isu manusia sejagat, selain melancarkan kempen boikot barang Israel dan promosi barangan alternatif.
No comments:
Post a Comment