Wednesday, April 15, 2009

Ahli PSS dan KRU Tuaran turun ke PITAS!!!

Harapan generasi muda Islam Sabah (Peserta KRIS Pitas)
Aktivis PSS dan KRU Tuaran (Ehsan,Jamil,Misran dan Feiz)
Saff Ajk dan Fasi semasa 'mengisi tangki' di bumi Tenghilan...(^^)

Pitas - Pada 10 hingga 12 April yang lepas, seramai 5 orang muslimin dan 5 orang muslimat daripada ahli PSS dan KRU cawangan Tuaran telah terlibat menjadi AJK dan fasilitator untuk KRIS Pitas. Antara ahli PSS Tuaran yang turun berjuang di bumi Pitas adalah Presiden PSS Tuaran sendiri iaitu Sdra Muhd Feiz, Setiausaha Sdra Muhammad Ehsan, Naib Presiden Sdri Nurul Hasyima dan 4 ahli yang lain (Sdri Maryam, Sdri Siti, Sdri Rohana dan Sdra Mohamad). Manakala ahli KRU Tuaran yang menyertai KRIS Pitas ini pula ialah Setiausaha KRU Tuaran iaitu adik Azidah, ahli KRU adik Jamil dan ahli KRU Adik Misran.

Selain itu, turut hadir membantu dalam program ini juga adalah ahli PSS dari UMS seramai 4 orang iaitu Sdra Nadir, Sdra Azizul, Sdri Syuhada dan Sdri Hidayah serta ahli KRU dari kawasan Kota Kinabalu dan Kota Marudu iaitu (Adik Nurul Insyirah-KRU KK,adik Rendy-KRU KM,adik Amin-KRU KM,adik Azri-KRU KM dan adik Aidil-KRU KM). Penghargaan diberikan kepada semua saff AJK dan Fasilitator yang terlibat dalam menjayakan KRIS Pitas kali ini. Hanya Allah selayaknya memberikan ganjaran di atas pengorbanan tenaga dan masa antum semua...Mudah-mudahan kita terus istiqamah!!! =)

No comments: