Wednesday, September 30, 2009

Islam dan Pagan


Pelbagai isu yang berlaku di kalangan masyarakat kita menyebabkan perlunya perkongsian berlaku untuk menambahkan ilmu serta memastikan kita semua berada dalam keredhaanNya. Saya bukanlah yang paling arif dalam membicarakan persoalan agama apatah lagi memberikan ceramah di sana-sini. Tetapi cukup sekadar perkongsian pengalaman kebudayaan dalam masyarakat saya mengambarkan betapa agungnya ciptaan Allah itu. Ini ditambahkan pula saya yang baru mengenali Islam selama 4 tahun.
Pagi selepas subuh, ketika bibir dihidangkan secawan kopi menanti bekalan makanan yang dimasak untuk dijamu di tempat praktikal, saya berkesempatan untuk berbual dengan ibu perihal perkahwinan. “Mak, kalau saya nak kawin bolekah?”, tegur saya selamba kepada ibu sebagai pembuka bicara ketika melabuhkan badan di kerusi getah yang uzur. Terpancar satu senyuman ibu, sekejap sahaja, kemudian bersuara ibu, yang sudah setahun Islam itu. “Jangan terlalu awal, mau tengok dulu itu perempuan macam mana gayanya. Kenapa sudah ada yang kau nampak? ‘’..Tolehan mak ke arah aku sambil soalan tadi diajukan.
Ikutkan hati memang ada yang telah terpaut namun pelbagai halangan masih menjadi “ombak” yang perlu saya lalui..Persoalan kewangan dan kecetekan ilmu agama menjadi impak yang perlu diatasi andai ingin Islam sebagai cara hidup dalam diri ini. “Ada mak, tapi macam mana mau bagitau kita minat dengan dia? “.Tambah ku mengusik spontan menanti jawapan.
“Pergilah berkenalan dulu, di sana baru dapat kenal dia mcm mana. Tidak mau juga kalau lepas kahwin nanti, kita menyesal sebab kita tersalah pilih”..balas ibuku. Aku terdiam dan berfikir seketika. Jawapan ibu membuatkan aku menegaskan apa yang Islam ajarkan pada umatnya. Walaupun mak baru setahun dalam Islam, tapi aku mengerti jawapan ini dipengaruhi oleh pengalaman serta gaya hidup masyarakat pada masa kini. Bukan ini yang Islam ajarkan pada saya. Walaupun tidak mengetahu secara detail, namun tetap juga ku rungkaikan ketidakpuasan hati ini.

“Mak, kalau dalam Islam kan, bila kita ada minat seseorang kita akan bagitau ibubapa kita tentang soal hati ini. Bagitau lah orang itu siapa dan kemudian baru ibubapa pergi di rumah perempuan yang kita minat tu untuk merisik. Kalau setuju, maka dua-dua akan istikhara. Istikhara ini solat untuk kita mohon petunjuk dari Allah. Dalam masa itu, adalah petunjuknya.Mimpi kah atau akan ada respon orang lain.” Balas ku secara tidak ilmiah.
Maklumlah baru belajar, tidak banyak yang saya tahu. Itu pun sekadar cebisan – cebisan ingatan pembacaan yang terdahulu. “Ohh..macam itu kah Islam ajar, tapikan cara tu macam sudah ada dalam masyarakat kadazandusun. Kalau diikutkan yang sebenar, lelaki kadazan yang terpikat dengan wanita, dia akan bagitau ibubapanya tentang soal itu. Kemudian ibubapa pergi di rumah si perempuan untuk bertanya pendapat samaada sudah berpunya atau belum. Lelaki tidak akan pergi merisik sendiri ataupun mengorat tidak tentu pasal. Lepas bincang, perempuan kalau dia setuju dia akan senyap. Kalau tidak setuju dia akan bangkang, ndak mao. Dia bagi alasan macam-macam. Ni orang dulu-dulu amalkan. Orang pagan. Tapi rasanya, masyarakat kadazandusun sudah tidak amalkan lagi”.kata ibuku, ilmunya yang berdasarkan pengalaman tidak beragama selama 53 tahun itu.

“Eh, mak, lambat sudah pula ni. Jalan dulu. Assalamualaikum.”..lantas aku menarik beg laptop menuju ke motosikal. “Waalaikumsalam.Pelan-pelan bawa motor ah “, balas ibu ku spontan.
Ketika ini berfikir aku seketika, “Macam mana bole ada konsep islam dalam orang-orang pagan?”Hati ini berbisik seketika, “Cantik betul agama Allah, rupanya diamalkan juga orang-orang pagan terdahulu. Ini pun dapat menjelaskan tiada istilah couple dalam masyarakat kadazandusun pagan.”Fitrah manusia adalah pada agama Allah, tiada istilah couple dalam Islam.
Namun masyarakat Islam kini terlupa seketika. Moga dengan perkongsian ini dapat kita ambik iktibar perihal No couple dalam masyarakat bukan Islam nun jauh di pedalaman apatah lagi kita orang Islam yang siap dengan panduan untuk diikut.

Wednesday, September 16, 2009

KEM REMAJA ISLAM PUTATAN

Pelik...Hairan...

Mungkin itulah perkataan-perkataan yang terpacul dari mulut beberapa orang ahli PSS. Ya...kenapa tiba-tiba ada KRIS PUTATAN??? Bukankah sekarang nih kita telah melalui fasa KRC dan bakal menempuh ISC???

Apapun persoalan yang timbul, itu bukanlah masalah kepada pengarah KRIS Putatan, Saudara Afifie. Niat untuk membangunkan remaja Putatan perlu diteruskan. Hasilnya, program ini berjaya dilaksanakan walaupun secara add-hoc. Syabas kepada Pengarah dan Krew-krew KRIS Putatan.(Lihat Lampiran 1dan 2)




Lampiran 1


Lampiran 2

Tuesday, September 8, 2009

DIARI PR0GRAM SEMINGGU CUTI SEKOLAH WARGA TUARAN

21-23 September 2009 ~ Kem Remaja Cemerlang (KRC) ‘09

Masjid An-Nur, Tuaran sekali lagi menjadi tempat berhimpun peserta KRC, ahli PSS dan KRU dari kawasan Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu hinggalah ke Sipitang. Bersama mencanai ilmu, melonjak motivasi kecemerlangan dan memupuk ukhuwwah fillah. Peserta Papar tidak kelihatan tahun ini. Di mana mereka?


24-26 September 2009 ~ Titian Kasih 2 Kg Sambah (Program Anak Angkat)

24 September : Tempat berhimpun beralih ke Klinik Dr. Hasnah. Terima Doktor. Alhamdulillah hujan dengan sedikit ribut teduh juga. Bertolak ke Jeti Serusup. Naik dua bot ke Kg. Sambah. Tiba lewat daripada yang sepatutnya. Bakal keluarga angkat setia menanti dengan senyuman. Solat Asar. Majlis penyerahan anak angkat diserikan dengan ucapan bertimbal Timbalan Presiden PSS dan Pengerusi JKK Kg. Sambah. Anak angkat terdiri daripada majoriti ahli KRU Tuaran selain ahli PSS Tuaran, KB dan KK (Putatan masuk KK kan...), sementara adik Udin pula sudah daftar jadi ahli KRU KK? Yang tiada keluarga angkat pandai-pandai bawa diri, kejap lagi buka puasa. Keberangkatan balik Timbalan Presiden PSS selepas solat maghrib. Lepas tarawih tazkirah disampaikan oleh Saudara Afifi.

25 September : 3.30 pagi qiamullail di surau. Balik sahur di rumah keluarga angkat masing. Ke surau semula untuk solat subuh. Warga surau dimaklumkan ada penduduk kampung meninggal dunia. Ziarah + Yassin. Menginsafi sebuah kematian. Program yang dirancang dibatalkan sebagai tanda penghormatan. Lepas Solat Asar aktiviti gotong-royong persediaan ifthar diteruskan. Ceramah selepas tarawih disampaikan oleh Saudari Rohana. Penceramah sepatutnya terlambat sampai kerana ‘pemandu pelancong’ tidak berpengalaman tersilap menunjuk arah sehingga sesat masuk ke kampung lain.

26 September : 3.30 pagi qiamullail di surau. Balik sahur di rumah keluarga angkat masing-masing. Ke surau semula untuk solat subuh. Saudara Firdaus menyampaikan kuliah subuh. 8.00 pagi majlis penutupan. 10.30 pagi deraian air mata perpisahan mengiringi keberangkatan balik rombongan anak angkat. Muslimin menelusuri jalan darat manakala muslimat merentas lautan.


27-30 September ~ Menyertai Program Jelajah Ramadhan


27 September : Muslimat berkumpul di Surau Austral sesudah Solat Subuh.Sempat berkenalan dengan adik izzati yang pemalu, setiap persoalan yang diaju kebanyakkan jawapannya ‘tidak tahu’. Destinasi yang dituju Kampung Monsok, Tambunan. Sampai ditapak program bersedia menerima tugas yang diberi dari semasa ke semasa. Seronok tengok adik-adik yang begitu tekun menghafal bacaan-bacaan dalam solat. Menonton pildacil. Kemudian ada adik mahu menonton yang ‘makan ikan masin’. Cerita apa tu???? Kisah anak derhaka rupanya. Tiba-tiba Jamil dan Misran muncul. Jumpa dua orang adik (tahun 6 & tingkatan 1) yang bercita-cita mahu jadi doktor. Bukan main seronok mereka bila diberi peluang berdiskusi dengan abang yang bakal jadi doktor. Petang pergi ziarah rumah penduduk kampung. Ada persoalan yang perlu dirungkai. Berbuka, solat maghrib, solat isyak dan tarawih bersama. Tazkirah oleh Timbalan Presiden PSS.

28 September : Tidak dapat menyertai rombongan ke Keningau dan Ranau sebab ada ahli rombongan yang tidak sihat. Balik Tuaran. Pun begitu Jamil dan Misran masih meneruskan perjuangan sehingga 30 September.


30-31 September 2009 ~ Menyertai Qiamullail Bulanan KRU KK


Tempat : Masjid Jamek Likas. Turut bersama adik-adik KRU Tuaran (Sarah, Sofea dan Nurmina). Izzati sedia menanti di sana. Banyak perkara yang dipelajari.