21-23 September 2009 ~ Kem Remaja Cemerlang (KRC) ‘09
Masjid An-Nur, Tuaran sekali lagi menjadi tempat berhimpun peserta KRC, ahli PSS dan KRU dari kawasan Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu hinggalah ke Sipitang. Bersama mencanai ilmu, melonjak motivasi kecemerlangan dan memupuk ukhuwwah fillah. Peserta Papar tidak kelihatan tahun ini. Di mana mereka?
24-26 September 2009 ~ Titian Kasih 2 Kg Sambah (Program Anak Angkat)
24 September : Tempat berhimpun beralih ke Klinik Dr. Hasnah. Terima Doktor. Alhamdulillah hujan dengan sedikit ribut teduh juga. Bertolak ke Jeti Serusup. Naik dua bot ke Kg. Sambah. Tiba lewat daripada yang sepatutnya. Bakal keluarga angkat setia menanti dengan senyuman. Solat Asar. Majlis penyerahan anak angkat diserikan dengan ucapan bertimbal Timbalan Presiden PSS dan Pengerusi JKK Kg. Sambah. Anak angkat terdiri daripada majoriti ahli KRU Tuaran selain ahli PSS Tuaran, KB dan KK (Putatan masuk KK kan...), sementara adik Udin pula sudah daftar jadi ahli KRU KK? Yang tiada keluarga angkat pandai-pandai bawa diri, kejap lagi buka puasa. Keberangkatan balik Timbalan Presiden PSS selepas solat maghrib. Lepas tarawih tazkirah disampaikan oleh Saudara Afifi.
25 September : 3.30 pagi qiamullail di surau. Balik sahur di rumah keluarga angkat masing. Ke surau semula untuk solat subuh. Warga surau dimaklumkan ada penduduk kampung meninggal dunia. Ziarah + Yassin. Menginsafi sebuah kematian. Program yang dirancang dibatalkan sebagai tanda penghormatan. Lepas Solat Asar aktiviti gotong-royong persediaan ifthar diteruskan. Ceramah selepas tarawih disampaikan oleh Saudari Rohana. Penceramah sepatutnya terlambat sampai kerana ‘pemandu pelancong’ tidak berpengalaman tersilap menunjuk arah sehingga sesat masuk ke kampung lain.
26 September : 3.30 pagi qiamullail di surau. Balik sahur di rumah keluarga angkat masing-masing. Ke surau semula untuk solat subuh. Saudara Firdaus menyampaikan kuliah subuh. 8.00 pagi majlis penutupan. 10.30 pagi deraian air mata perpisahan mengiringi keberangkatan balik rombongan anak angkat. Muslimin menelusuri jalan darat manakala muslimat merentas lautan.
27-30 September ~ Menyertai Program Jelajah Ramadhan
27 September : Muslimat berkumpul di Surau Austral sesudah Solat Subuh.Sempat berkenalan dengan adik izzati yang pemalu, setiap persoalan yang diaju kebanyakkan jawapannya ‘tidak tahu’. Destinasi yang dituju Kampung Monsok, Tambunan. Sampai ditapak program bersedia menerima tugas yang diberi dari semasa ke semasa. Seronok tengok adik-adik yang begitu tekun menghafal bacaan-bacaan dalam solat. Menonton pildacil. Kemudian ada adik mahu menonton yang ‘makan ikan masin’. Cerita apa tu???? Kisah anak derhaka rupanya. Tiba-tiba Jamil dan Misran muncul. Jumpa dua orang adik (tahun 6 & tingkatan 1) yang bercita-cita mahu jadi doktor. Bukan main seronok mereka bila diberi peluang berdiskusi dengan abang yang bakal jadi doktor. Petang pergi ziarah rumah penduduk kampung. Ada persoalan yang perlu dirungkai. Berbuka, solat maghrib, solat isyak dan tarawih bersama. Tazkirah oleh Timbalan Presiden PSS.
28 September : Tidak dapat menyertai rombongan ke Keningau dan Ranau sebab ada ahli rombongan yang tidak sihat. Balik Tuaran. Pun begitu Jamil dan Misran masih meneruskan perjuangan sehingga 30 September.
30-31 September 2009 ~ Menyertai Qiamullail Bulanan KRU KK
Tempat : Masjid Jamek Likas. Turut bersama adik-adik KRU Tuaran (Sarah, Sofea dan Nurmina). Izzati sedia menanti di sana. Banyak perkara yang dipelajari.
No comments:
Post a Comment