5-16 Februari 2010
Program Titian Kasih yang dijadualkan pada cuti sekolah bulan Mac akhirnya diawalkan apabila mengetahui Nizam bakal berangkat ke bumi Kenyalang pada penghujung Februari. Nizam hanya ada masa seminggu untuk melaksanakan program tersebut. Kecekapan Nizam betul-betul teruji. Daripada memohon kebenaran imam surau, menjemput penceramah, mengurus makan minum, penginapan, pengangkutan, sehinggalah menjemput penduduk kampung. Walaupun pelbagai rintangan dihdapi, berkat kesabaran dan kecekalan akhirnya program ini terlaksana jua. Terima kasih diucapkan kepada Abang Al-Amin, Kak Syuhada' dan Shahfeq yang sudi turun padang, sungai, dan laut.
Perjalanan pergi menyusuri sungai
Tazkirah khas kepada KRU Tuaran yang berada di Kampung Sambah
Abang Amin dan Shahfeq jangan terjun, tenaga dan ilmu masih diperlukan.
Perjalanan balik merentasi lautan
Panorama indah sepanjang perjalanan