Tuesday, February 23, 2010

Qiam Januari & Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KRU Tuaran

30-31 Januari 2010, Masjid An-Nur, Tuaran.
Seperti yang direncanakan Qiam bulanan KRU Tuaran membuka tirai aktiviti bulanan tahun 2010. Qiam kali ini membincangkan topik Hijrah & Akedemik yang dikupas oleh Us. Murtadha dan saudara Md. Al-Amin. Penyampaian yang berkesan dapat membakar semangat kepada adik-adik dan rakan-rakan KRU untuk melangkah dengan lebih bersemangat dan yakin dalam menempuh apa jua cabaran dan rintangan meniti kehidupan 2010 dan tahun-tahun mendatang.

Dikesempatan Qiam kali ini, KRU Tuaran telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan. AGM kali ini telah menampilkan gabungan mantap wajah-wajah baru dan lama barisan pimpinan KRU Tuaran. Barisan pimpinan baru ini diharap dapat menjadikan KRU Tuaran lebih cemerlang lagi tahun ini berbanding tahun lalu.
Amanat dari Timb. Presiden PSS buat KRU Tuaran.

Barisan pimpinan muslimin KRU Tuaran 2010.
Barisan pimpinan muslimat KRU Tuaran 2010.

No comments: