Friday, December 24, 2010

Islamic Summer Camp '10

17-19 Disember 2010
Islamic Summer Camp '10 'Youth Today, Leaders Tomorrow'


Alhamdulillah segala puji dipanjatkan kepada Allah Rabbul Alamin kerana dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya Islamic Summer Camp '10 (ISC) akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua, ISC kali ini adalah kali yang ke-4 diadakan yang bertempat di Batangan Baru Lagoon, Tuaran dengan bertemakan 'Youth today, Leaders Tomorrow' (Remaja Hari ini, Pemimpin Hari Esok). Kem 3 hari 2 malam ini mendidik dan mentarbiyah adik-adik peserta menjadi seorang pemimpin yang hebat secara teori dan praktikel.

'Youth Today, Leaders Tomorrow'
Penerapan kepimpinan dalam diri bukanlah tugas yang senang, namun itu bukanlah perkara yang mustahil. Justeru, modul-modul dan kuliah-kuliah dasar yang mengisi ISC ini memenuhi keperluan seseorang pemimpin. Semoga peserta-peserta memahami kepentingan untuk menjadi seorang pemimpin dan istiqamah mempraktikkan apa yang telah dipelajari dari kem apabila pulang ke kawasan masing-masing. Ini kerana setiap daripada kita adalah pemimpin, paling tidak pun kita adalah pemimpin bagi diri kita sendiri dan tugas bagi seorang pemimpin adalah amar ma'ruf nahi munkar (menyeruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).

Keunikan Kem ini
Kem kali ini menerima penyertaan beberapa pelajar dari Pusat Latihan Dakwah (PLD) dan seorang mahasiswa non-muslim. Berbeza dengan kem lalu yang hanya terbuka kepada pelajar sekolah menengah sahaja. Penyertaan kali ini juga bertambah iaitu peserta dari SMK Bongawan, Papar. Ini menunjukkan program ini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan remja dan pelajar. Alhamdulillah, ini semua adalah pilihan Allah untuk menerima hidayahNya.

Alhamdulillah dan tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya mengikuti kem ini dari mula hingga akhir. Semoga segala ilmu dan pengalaman selama 3 hari 2 malam yang dikongsikan kepada peserta-peserta dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta menjadi batu lonjatan untuk mencorak perubahan dalam kehidupan. Tahniah juga kepada AJK-AJK dan Fasilitator-fasilatator yang terlibat dalam menyempurnakan program ini. Segala usaha dan tenaga yang dikorbankan untuk program Islam pasti mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.


Sebar-sebarkanlah ilmu tersebut kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang menyertai program ISC'10 ini. Semoga berjumpa lagi dalam Islamic Summer Camp yang akan datang! InsyaAllah...

Jelajah dakwah



Pembentangan KRU kawasan











No comments: