Thursday, March 31, 2011

Program Jil Ul-Islam 2011

25 Mac 2011 - Program Jil Ul-Islam

"Assalamu'alaikum abang-abang dan kakak-kakak." Huluran salam mesra pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat Kampung Serusup, Tuaran. Ceria menyambut kedatangan kami yang disangka pelajar-pelajar UMS. Pada mereka sebut sahaja Persatuan Siswazah Sabah (PSS) tergambarlah UMS. Menurut ustazah, sehari sebelum kedatangan kami para pelajar SAR bersemangat mengadakan gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Gotong-royang siap lebih awal daripada masa yang dijangkakan. Menakjubkan. Sikap luar biasa. Ganjarannya, hari itu mereka dibenarkan balik awal setengah jam daripada biasa.

"Wa'alaikumussalam." Terbaliklah pulak. Apa pun hati masih berdebar, mampukah kami mengawal meraka?

Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman mengadakan Program Jil Ul-Islam tahun lepas di SUI Kampung Bunga, kini kami lebih bersedia dengan membawa bersama kem kom yang berbakat. Kawalan lebih mudah. Mereka tampak seronok dengan setiap aktiviti yang dilaksanakan. Akhirnya, mereka masih mahu berprogram sehingga hari Ahad, malah sehingga hari Jumaat depan.

Sewaktu sesi taaruf barulah mereka faham yang datang bukan pelajar-pelajar UMS tetapi ahli-ahli KRU, adik-beradik PSS.

Slot pengenalan KRU membuka mata mereka untuk lebih mengenali KRU. Terpesona melihat gambar-gambar gelagat ahli-ahli KRU cilik yang sentiasa rajin menghadiri program-program KRU seperti qiamullail, kem anak soleh, rehlah dan lain-lain pantas sahaja mereka menawarkan diri untuk menjadi ahli KRU. Usai program masing-masing sibuk berjumpa kami untuk meleraikan persoalan yang bermain dibenak sedari awal kedatangan kami mungkin.

"Bagaimana menjadi ahli KRU?"

"Macam mana kami boleh membeli baju KRU?"

"Ada surat untuk mak dan abah supaya kami boleh pergi qiamkah?"

"Minta nombor telefon..."

Sentuhan terakhir daripada Abang Amin yang ditemani oleh Abang Fezri tetap berbekas dihati mereka.

"Nanti sebelum peperiksaan bulan Ogos jemputlah datang lagi." Pesan ustazah sebelum kami melangkahkan kaki meninggalkan SAR Serusup lewat petang itu.

Tuesday, March 22, 2011

Mari BerQiamullail Mac KRU Tuaran


Sahabat-sahabat yang dikasihi,InsyaAllah Qiamullail bulan Mac Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Tuaran akan menyusul seperti yang tertera di bawah :

Tarikh : 26-27 Mac 2011 (Sabtu hingga Ahad)
Tempat : Masjid An-Nur,Tuaran
Masa : 5.00 pm (Sabtu)-8.00 am (Ahad)
Yuran : RM1 seorang
Keterangan lanjut,hubungi : Saudari Siti Sarah-0198950456



Hati berbunga-bunga menanti Qiamullail kali ini. Kenapa agaknya? Mau tahu?Ayuh sama-sama kita ke Qiamullail KRU Tuaran!!

Monday, March 21, 2011

Kem Motivasi Pelajar Islam SMK Tenghilan,Tuaran

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah kerana dengan izinNya jua Kem Motivasi Pelajar Islam berjaya dilaksanakan  pada 11-13 Mac 2011 yang lalu. Program yang diadakan di SMK Tenghilan ini mengumpulkan lebih kurang 170 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5  dan beberapa orang pelajar daripada SM St. James. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan Akademik pelajar muslim dan dalam masa yang sama menyuburkan Islam dalam diri. Besar harapan pihak sekolah terhadap program ini. Sebesar harapan kami untuk memakmurkan Islam di sekolah tersebut.


Ketibaan kami(muslimat) petang Jumaat itu disambut dengan hujan renyai-renyai. Hujan rahmat barangkali. Seusai menempatkan barang-barang dibilik yang disediakan,kami berlegar-legar disekitar sekolah. Banyak perubahan yang berlaku,terutamanya  bangunan bilik darjah dan bilik guru. Kalau yang first time datang mungkin menyangka itu adalah sekolah baru. Tapi tidak bagi kami. Kedatangan yang kedua kali ini,iaitu selepas program yang pertama pada tahun 2009 menuntut kami bersedia fizikal dan mental sepenuhnya. Kerana apa? kerana pesertanya disini  hero-hero belaka,lain dari yang lain. Itu antara jawapan daripada sahabat-sahabat yang pernah berprogram disini. Azan Asar berkumandang,kami terus bersiap-siap untuk berjamaah bersama peserta.

Walaupun muslimin tiba agak lewat sedikit,namun program tetap dimulakan mengikut tentatif yang disediakan.Apa yang diperkatakan,benar itulah yang kami alami. Pesertanya agak hyperactive dan luar dari  yang biasa. Pelbagai ragam, karenah dan tabiat. Tapi itu tidak sesekali melemahkan semangant kami apatah lagi berubah hati terhadap mereka. Inilah yang dinamakan tarbiyah. Medan sebenar dalam berdakwah. Itulah yang  awal-awal dipesan dan diperingatkan kepada kami sebagai fasi.

Antara slot dan aktiviti yang dilaksanakan adalah Kuliah Dasar(KD),Latihan Dalam Kumpulan(LDK),Riadah,tadarus,slot Bersama Pelajar Cemerlang,Forum(antara cita-cita dan cinta),Slot Penghayatan dan Slot Pengenalan KRU. Program selama 3 hari 2 malam ini cuba mengajak dan menyedarkan  peserta untuk menjadi seorang pelajar dan remaja muslim yang cemerlang didunia dan akhirat . Semoga segala usaha dan penat lelah para AJK,fasi dan pihak sekolah mendapat ganjaran disisi Allah. Dan semoga usaha kita tidak hanya setakat disini  untuk melihat Islam makmur di bumi SMK Tenghilan ini khususnya. Apa yang penting adalah USAHA,dan bukan HASIL. Sebab itulah yang utama disisi Allah. Semoga kita dipertemukan lagi di program akan datang,InsyaAllah.



Abg Ekhwan bertungkus-lumus menyampaikan ilmu


Mana Imamnya ni??


Medan Tarbiyyah buat Fasi


Penginapan peserta Muslimat


Ni laungkan Azan atau menyanyi??


Slot Bersama Pelajar Cemerlang -Kak Haslina & Masrina


Kuliah Maghrib-Saya Remaja Soleh


Slot yang ditunggu-tunggu-Malam Penghayatan oleh Abg Amin


Ucapan wakil peserta
Ucapan perasmian


Tahniah!! Peserta Terbaik Muslimin


Peserta Terbaik Muslimat-semoga Hidayah menjadi milikmu(^_^)


Tahniah!! dipilih sebagai Kumpulan Terbaik


Penyampaian cenderahati kepada Perasmi



Sesi Lambaian Ukhuwwah


"Jangan sedih2, InsyaAllah kami datang lagi"-Abg Kholish


SMK TENGHILAN-Tunggu kedatangan kami bulan April ni!!






Sunday, March 6, 2011

Tersentak

Hati rasa meluat. Malas sudah mahu melayan kerenah adik-adik tu. Makin tidak beradab. Penceramah kata wajib tutup aurat. Aurat juga yang mereka ditayang. Turun ke gelanggang main bola siap pakai seluar pendek atas paras lutut. Degil.

Sejak awal tahun saya biarkan sahaja mereka. Tekad saya tidak lagi mahu mengadakan majlis ilmu bersama mereka. Pandai-pandai merekalah urus diri sendiri. Ya ini tekad saya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan akhirnya berganti bulan saya tetap dengan tekad saya. Saya lebih seronok bersenang-senang tanpa sibuk memikirkan mereka.

Petang itu ketika turun untuk membuang sampah, tiga orang daripada kelompok adik-adik tersebut berlari-lari mendekati saya.

"Buat apa kak?"

"Kakak mau buang sampah."

"Biar kami tolong buang sampah tu kak."

"Ndak pa kakak ja buang sampah ni. Adik-adik mau pergi mana ni?"

"Kami mau pergi makan kak." Sahut mereka bertiga.

"Kak tiada lagikah program di surau macam tahun lepas?"

Saya hanya senyap sambil merenung dalam diri. Teringat tekad sendiri.

"Kami rindulah kak." Sambung mereka lagi bagai halilintar menyambar lalu membakar habis semua tekad songsang saya itu.

Saya terus merenung wajah adik-adik tu satu persatu. Tidak mampu berbicara. Dalam hati hanya bermonolog "maaf saya adik-adikku". Azam baru.

Tuesday, March 1, 2011

Hadith Pilihan (1)

Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu,”Wahai Abdul Rahman bin samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin.Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu karena permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)