Hati rasa meluat. Malas sudah mahu melayan kerenah adik-adik tu. Makin tidak beradab. Penceramah kata wajib tutup aurat. Aurat juga yang mereka ditayang. Turun ke gelanggang main bola siap pakai seluar pendek atas paras lutut. Degil.
Sejak awal tahun saya biarkan sahaja mereka. Tekad saya tidak lagi mahu mengadakan majlis ilmu bersama mereka. Pandai-pandai merekalah urus diri sendiri. Ya ini tekad saya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan akhirnya berganti bulan saya tetap dengan tekad saya. Saya lebih seronok bersenang-senang tanpa sibuk memikirkan mereka.
Petang itu ketika turun untuk membuang sampah, tiga orang daripada kelompok adik-adik tersebut berlari-lari mendekati saya.
"Buat apa kak?"
"Kakak mau buang sampah."
"Biar kami tolong buang sampah tu kak."
"Ndak pa kakak ja buang sampah ni. Adik-adik mau pergi mana ni?"
"Kami mau pergi makan kak." Sahut mereka bertiga.
"Kak tiada lagikah program di surau macam tahun lepas?"
Saya hanya senyap sambil merenung dalam diri. Teringat tekad sendiri.
"Kami rindulah kak." Sambung mereka lagi bagai halilintar menyambar lalu membakar habis semua tekad songsang saya itu.
Saya terus merenung wajah adik-adik tu satu persatu. Tidak mampu berbicara. Dalam hati hanya bermonolog "maaf saya adik-adikku". Azam baru.
No comments:
Post a Comment