Monday, December 31, 2012

2012 Pergi, 2013 Menanti


Hari ini, 31 Disember 2012 mencanai minda sempena Mesyuarat Finalist Takwim PSS & KRU Tuaran 2013. Membina impian dan azam 2013.

Jika kita tinjau semula takwim 2012, Alhamdulillah dengan izin Allah jua semua program dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Banyak kenangan manis menenggelamkan yang kurang manis.

Jom kita tengok sepintas lalu beberapa program terakhir yang masih belum dikongsikan di teratak kami ini.

1. Program Titian Kasih(PTK) (Kg. Angkat) 22-23 Disember 2012

Program yang gilang-gemilang ini telah berlangsung di Desa Sri Taman dan Perumahan Laya-Laya, Tuaran. Keramahan dan kemesraan jawatankuasa dan penduduk kampung disulami dengan penekanan kepada disiplin masa membolehkan program ini terlaksana dengan jayanya. PTK kali ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz dan beberapa orang teman KRUT dari UMS.

Majlis Penyerahan Anak Angkat



Smart Solat

Sesi masak-memasak


Malam ramah mesra



Majlis turut diserikan dengan kehadiran Kumpulan Muslih.

 Pemenang sukaneka

Majlis penutupan


Terima kasih tangan-tangan ghaib.



2. Ziarah Keluarga Angkat 25 Disember 2012





3. Rehlah 26 Disember 2012

Setelah agak keletihan dengan program yang berturut-turut, ambillah sedikit masa untuk merehatkan diri dengan program santai sambil mengenali sahabat seperjuangan dengan lebih dekat lagi. Jangan berhenti bertaaruf. Biarkan titisan air mata persahabatan itu mengalir semahunya. Kita masih saling menyayangi.

"Rupanya cinta itu boleh berputik semula ~

Jatuh cinta buat kali kedua untuk bergerak-kerja bersama sahabat-sahabiah yang tercinta .. Terlerai sudah rindu yang tersimpan selama 2 tahun berada di luar dari bumi Tuaran ..

# Buat sahabat-sahabiah KRU terutamanya kawasan Tuaran, tanah tumpah peluh kita bersama;

- jangan pernah mengeluh untuk melaksanakan kerja2 Islam
- jangan pernah cuba untuk memikirkan tanggungjawab kita sudah selesai
- jangan pernah berhenti untuk menggapai redha Allah swt"

                                                                                                                           (Nukilan Ana Sofia)






4. Qiamullail & Jelajah Dakwah 28-29 Disember 2012

Lokasi pilihan tahun ini di Kampung Tajau, Tuaran. Terima kasih diatas kehadiran sahabat-sahabat dari Kota Kinabalu dan Putatan serta Keningau. Kita renung semula ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azim yang membawa topik 'Refleksi Diri'. Ada empat perkara yang ustaz minta kita sama-sama muhasabahkan iaitu:
i.    Aqidah kita
ii.   Syariat kita
iii. Tasawuf kita dan
iv.  Apa sumbangan kita untuk Islam?

Dapatan daripada jelajah dakwah pula menuntut tindakan proaktif daripada kita semua.


Masjid Sulaiman, Kg Tajau


Post-mortem. Muslimin lebih ramai?




Balik dari jelajah
Bentang sikit dapatan...
Jelajah diteruskan....




Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah terlibat menjayakan program kami sepanjang tahun 2012. Jasa kalian sentiasa dalam kenangan. Allah sebaik-baik pemberi balasan. Jazakallahu khairan kathiran....


Thursday, December 13, 2012

Gerak ke KK Adventure Park, Papar

Berangkat ke ISC G6 di KK Adventure Park, Papar. Ya Allah permudahkan perjalanan dan urusan kami. Amiin....



Sempat lagi.....bagus-bagus (^__^). 1 yang berkualiti.


Tuesday, December 11, 2012

Permulaan Ukhuwah


Hari ini hari terakhir STPM. Seolah-olah blog ini pun seperti menduduki peperiksaan. Senyap dan diam.

Alhamdullillah, pada 6 Disember lalu beberapa orang wakil PSS dan KRU Tuaran berpeluang mengadakan  mesyuarat pertama dengan penduduk Kampung Desa Sri Taman Laya dan Perumahan Laya-Laya, Tuaran. Mesyuarat menbincangkan persediaan Program Titian Kasih yang akan berlangsung pada 22-23 Disember 2012, Insya-Allah. Terharu dengan kesungguhan pihak kampung menerima cadangan program daripada pihak kami. Terima kasih segalanya.

Lambang penyatuan kawsan perumahan dan kawasan kampung.

JKKK Kampung, JKKK Perumahan, Penyelaras, Wakil KRUT.

Wakil penduduk kampung dan perumahan.

Mesyuarat kedua bakal menyusul pada 18 Disember 2012 pada masa dan tempat yang sama. Jawatankuasa program yang terlibat sila bersedia.

Friday, November 16, 2012

Cerita di Sebalik Hijrah


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berserih tanpa noda dan dosa.

Jika semalam diari harian dan  bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajjud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu Al-Quran dan hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih bahagia menikmati anugerah syurga abadi. Oleh itu, mari sama-sama hijrahkan diri!

Alhamdulillah, pada 15 November 2012 yang lalu, PSS dan KRU Tuaran berkesempatan mengadakan program Larian Hijrah yang bertempat di Masjid An-Nur,Tuaran. Program yang diadakan buat kali yang ke-2 ini membawa tema “Berlari Menggapai Mardhotillah”. Moga setiap kaki yang melangkah mendapat redha Allah SWT. Pengisian agak santai yang berkisar mengenai Peristiwa Hijrah memecah kesunyian 1 Muharam 1434 H pagi itu.  

Bercerita mengenai Hijrah membawa kita mengimbas kembali sirah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekkah ke Madinah.  Apabila isyarat untuk berhijrah sudah diberikan, lantas Nabi memberitahukan hal itu kepada  Abu Bakar As-Siddiq. Perancangan disusun dengan begitu teratur. Abdullah bin Uraiqat sebagai penunjuk jalan, Abdullah bin Abu Bakar akan menemani Nabidan Abu Bakar di Gua Hira’ pada waktu malam, Asma’ Binti Abu Bakar pula akan menghantar makanan, dan Ali Bin Abu Talib ditugaskan menggantikan tempat tidur Nabi pada malam Hijrahtersebut. 

Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab juga menyusun perancangan mereka. Keputusannya,  setiap pemuda daripada setiap puak akan melaksanakan misi penting ini. Mereka akan membunuh Nabi dengan cara satu tetakan pedang pemuda-pemuda dari setiap puak. Dengan itu,keturunan Abdul Manaf semestinya tidak sanggup untuk menuntut bela kepada semua puak yang terlibat itu.
Dengan kuasa Allah, Nabi Muhammad dan Abu Bakar dapat keluar dari rumah Baginda untuk berhijrah walaupun ketika itu rumahnya dikepung oleh pemuda-pemuda perkasa Quraisy. Nabi bersama Abu Bakar bergegas ke satu tempat yang bernama Gua Thur untuk melindungi diri buat beberapa hari di sana.

Bagi mengelirukan puak Quraisy, maka Nabi dan Abu Bakar telah menggunakan jalan tepi pantai untuk berhijrah dengan dipandu oleh Abdullah Bin Uraiqat seorang pemuda Yahudi. Nabi sampai di suatu tempat yang bernama Quba’ kira-kira 5 kilometer dari Madinah pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun 1 Hijrah. Ketibaan Nabi di Quba’ menandakan berakhirnya zaman Mekkah kerana Quba’ termasuk dalam kawasan Madinah. 

Bermula dari situlah sinar Islam mula memancar ke Kota Madinah dan seterusnya ke seluruh pelosok dunia. Baginda telah membawa kita dari zaman meraba-raba sehingga kini kita berada di zaman layar kaca dan serba mudah. Subhanallah, sungguh agung pengorbanan baginda dan para sahabat. Justeru, menjadi tanggungjawab kita sebagai mata rantai perjuangan baginda untuk menegakkan semula Islam di atas muka bumi ini amnya.