Lama sudah kami mahu berkunjung ke sana.
Sasaran tahun pertama, 2010.
Apa tidaknya, sangat dekat dengan pusat aktiviti kami, Masjid An-Nur, Tuaran.
Namun dek halangan tertentu, kami pendam seketika hasrat tersebut.
Bertekad, suatu hari nanti, insya-Allah.
Setiap kali lalu di sana, ia terus mencuri pandang kami.
Bilalah agaknya?
Kali ini dah masuk tahun ketiga, kami dah ada sasaran.
Takdir, sasaran kali ini meleset sedikit.
Kami kena cari sasaran lain.
Keputusan musyawarah, majoriiti mahu mencuba semula sasaran awal tahun pertama.
Misi bermula.
Alhamdullilah, berjaya!
Justeru, 2 Mac 2012 kami berjaya menjejakkan kaki ke situ dengan kekuatan anggota 28 orang.
Meladeni peserta cilik seramai 132 orang.
Berpaksikan Program Jil Ul-Islam (Membina Generasi Islam) kali ketiga.
Kini, kami tidak lagi mencuri pandang tapi pandang betul-betul sekali dengan senyuman yang mengumtum membalas senyuman mesra mereka, berserta dengan lambaian tangan.
Ya, merekalah generasi pewaris jika kena caranya.
Terima kasih warga Sekolah Agama Negeri, Tuaran atas kesudian meraih kedatangan kami. Orang berbudi, kita berbahasa.
Walau Cuma tiga jam. Sudah cukup bermakna sebagai detik mula ikatan ukhuwah yang akan terus terjalin melalui program-program selanjutnya seperti Qiamullail Bulanan.
Kumpulan Abang Dzul. Disebelah kiri, kumpulan Abang Shahfuan & Abang Farizan.
Kumpulan Abang Shah & Abang Nazrul
Kumpulan Abang Haziq. Di belakang, kumpulan Abang Ikhwan
Kumpulan Abang Amar
Kumpulan Kak Nadia
Kumpulan Kak Ijah
Kumpulan Kak Jurainah
Ahli Kumpulan Kak Shela (Timb. Pengarah).
Kumpulan Kak Ijah
Kumpulan Kak Jurainah
Ahli Kumpulan Kak Shela (Timb. Pengarah).
Mana kumpulan Abang Azri (Pengarah Program), Kak Noor, Kak Noraini & Kak Suzitah?
Jumpa pun Kumpulan Abang Azri. Di bahagian pintu pagar belakang pula.
Jumpa pun Kumpulan Abang Azri. Di bahagian pintu pagar belakang pula.
No comments:
Post a Comment