Wednesday, December 4, 2013

JOM QIAM DAN JELAJAH DAKWAH

Assalamualaikum WBT.
Jom kita berkunjung dan berukhuwah ke Kampung Bongol, Tamparuli.

Sebarang kemusykilan dan urusan pengangkutan ke tapak program sila berhubung dengan Kak Noor.
 

Sunday, November 17, 2013

Sorotan Menarik Sepanjang Qiamullail November 2013 PSS & KRU Tuaran

Alhamdulillah dipanjatkan segala kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya terlaksanalah program Qiamullail kali ke-11 bertempat di Masjid Ubudiyyah, Tamparuli. Qiamullail kali ini bertemakan "hijrah" bersesuaian dengan sambutan maal hijrah 1435H membawakan Ustaz Azim selaku penyampai kuliah dasar.

Seterusnya, biarkan gambar berbicara..


Qiam bulanan terakhir di Masjid Ubudiyyah Tamparuli 2013. 
Bergambar kenangan bersama salah seorang Imam Masjid Ubudiyyah (Barisan hadapan: Tengah)

Gandingan mantap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRUT. 
Setelah lama terpisah.

Kuliah Hijrah oleh Ustaz Azim

Program terakhir tahun ini bersama kakak-kakak Kent sebelum mereka balik bercuti ke kampung halaman masing-masing.
 Pengorbanan kalian amat berharga buat kami. (^___^)

Al-Mulk sebelum tidur


Kumpulan Bulatan Gembira 1: Pra ISC 2


Pra ISC 2: Kakak Titit memulakan modulnya.

Pra ISC 2

Pra ISC 2: Pindah tempat akibat diserang oleh pemain bola.

Pra ISC 2

Pra ISC 2

Pra ISC 2

Kumpulan Bulatan Gembira 2: Pemikir

Kumpulan Bulatan Gembira 3: Bersedia untuk bermain bola selepas berdiskusi.

Detik-detik Kumpulan Bulatan Gembira 3 menyerang kawasan Kumpulan Bulatan Gembira 1.

Kumpulan Bulatan Gembira 4: Jom riadah selepas senaman minda!

Rutin bulanan: Mesyuarat Pagi.

Program Qiamullail Bulanan Disember + Jelajah Dakwah akan dilaksanakan di Kampung Bongol, Tamparuli bertarikh 7-8 Disember 2013. Setakat ini seramai 25 orang telah mendaftar untuk menyertai program ini. Jika ada yang berminat untuk turut serta sila hubungi AJK Penyertaan 0105870678.

Kepada yang berhasrat untuk menyertai Program Titian Kasih (Kg. Angkat) pula, sila berhubung terus dengan Kak Noor 0138705257. Lokasi pilihan Program Titian Kasih tahun ini ialah Kampung Bunga, Tenghilan, Tamparuli yang akan berlangsung pada tanggal 21-22 Disember 2013.



Thursday, November 7, 2013

Mari pergi qiam

Assalamualaikum WBT.
Program Bulanan kita kembali lagi.
Jom....jom...jom.... Kita isi cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.


Wednesday, November 6, 2013

Family Day PSS Tuaran


Kebiasaannya, hujung minggu PSS dan KRU dipenuhi dengan program-program ilmiah yang tertumpu di masjid, surau, rumah, dan lain-lain. Kali ini PSS dan KRU membawa ahlinya keluar dari kepompong tekanan memikirkan program-program sedemikian. Hujung minggu ini, PSS membawa ahlinya serta adik-adik KRU bersantai dan menenangkan minda dengan melihat keindahan laut ciptaan Allah.

Objektif utama PSS membuat program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga PSS dan KRU. Program ini juga bertujuan meraihkan ahli PSS dan KRU yang sentiasa bertungkus-lumus dalam melaksanakan program-program PSS tanpa rasa jemu.Selain itu, ini adalah salah satu usaha PSS untuk menarik golongan remaja yang sememangnya suka akan hiburan dan perkara-perkara yang santai.

Alhmdulillah, Family Day PSS Tuaran buat kali pertama dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Shahbandar, Tuaran. Kehadiran seramai 23 orang ahli PSS dan KRU cukup memeriahkan suasana Family Day. Terima kasih kepada pengerusi PSS Tuaran, Akhi Mohd Fairuz bin Bend, yang sudi hadir sekaligus menjadi perasmi program, walaupun sibuk dengan jawatan seorang guru di daerah Beluran. Tahniah juga diucapkan kepada beliau kerana berjaya melahirkan KRU baru-baru ini di daerah Beluran. Inilah yang kami tunggu-tunggu sebenarnya, melihat PSS dan KRU melebarkan sayapnya membawa misi dakwah.

Sedikit bingkisan yang sempat kami paparkan sepanjang program Family Day, moga ada manfaat buat kita semua.