Wednesday, November 6, 2013

Family Day PSS Tuaran


Kebiasaannya, hujung minggu PSS dan KRU dipenuhi dengan program-program ilmiah yang tertumpu di masjid, surau, rumah, dan lain-lain. Kali ini PSS dan KRU membawa ahlinya keluar dari kepompong tekanan memikirkan program-program sedemikian. Hujung minggu ini, PSS membawa ahlinya serta adik-adik KRU bersantai dan menenangkan minda dengan melihat keindahan laut ciptaan Allah.

Objektif utama PSS membuat program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga PSS dan KRU. Program ini juga bertujuan meraihkan ahli PSS dan KRU yang sentiasa bertungkus-lumus dalam melaksanakan program-program PSS tanpa rasa jemu.Selain itu, ini adalah salah satu usaha PSS untuk menarik golongan remaja yang sememangnya suka akan hiburan dan perkara-perkara yang santai.

Alhmdulillah, Family Day PSS Tuaran buat kali pertama dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Shahbandar, Tuaran. Kehadiran seramai 23 orang ahli PSS dan KRU cukup memeriahkan suasana Family Day. Terima kasih kepada pengerusi PSS Tuaran, Akhi Mohd Fairuz bin Bend, yang sudi hadir sekaligus menjadi perasmi program, walaupun sibuk dengan jawatan seorang guru di daerah Beluran. Tahniah juga diucapkan kepada beliau kerana berjaya melahirkan KRU baru-baru ini di daerah Beluran. Inilah yang kami tunggu-tunggu sebenarnya, melihat PSS dan KRU melebarkan sayapnya membawa misi dakwah.

Sedikit bingkisan yang sempat kami paparkan sepanjang program Family Day, moga ada manfaat buat kita semua.


































No comments: