Tuesday, June 11, 2013

Cuti-cuti Mei & Jun PSS & KRU Tuaran


Waktu cuti sememangnya saat yang sangat dinantikan, terutama yang bergelar pelajar. Kesibukan memerah fikiran ditambah kerja sekolah dan tugasan yang seringkali mendatangkan stres dan tekanan akan dapat diminimumkan apabila 'cuti' datang bertandang.

Mungkin itulah lumrah manusia. Apabila jasad dalam keharuan, di situ ada hati yang tidak tenteram. Kerana hati adalah 'Raja' seluruh anggota. Jika baik hati, maka baiklah seluruhnya. Seperti mana insan pilihan menceritakan...

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"....Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati ".

[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

Alhamdulillah. Cuti semester pertama ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Ada yang membantu pelaksanaan KRIS di beberapa kawasan dan ada juga program tersendiri yang telah dirancang dan berjaya dilaksanakan. Yang pasti, kesemua program ini mengajak hati kembali bertaqarrub kepada pemilikNya.

Tahniah dan terima kasih kepada mereka yang menjayakannya. "Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak hal yang akan kita tahu. Tapi awas! jangan sampai terbawa arus, jangan sampai terjerumus ke dalam hal-hal yang membuat kita rugi. Rugi lahir mahupun batin. Hidup kita ini indah, jangan kita sia-siakan. Kerana sedetik pun masa berlalu, itu adalah kehidupan".

Demikian pesanan daripada seorang teman. Ayuh, terus berjalan seiring nikmat Tuhan yang tidak pernah kelam. Moga iman dan takwa jugalah menjadi pendamping buat bekal sepanjang perjalanan.

 KRIS KK. Tahniah PSS & KRU KK
 
 
 Membantu sedaya yang mampu
 
 
 KRIS Beaufort. Tahniah PSS & KRU Beaufort
 
 
 A.syazwan sedia berkhidmat
 
 
 Kem Kom penyayang??
 
 
 Slot taaruf Fasilitator
 
 
Santai 
 
 
Hiburan yang mampu mendidik jiwa



 ^_^



 KRIS Sipitang. Tahniah PSS & KRU Sipitang
 
 
 
.....................................................................................................................
 
 6-7 Jun 2013
 
Ziarah Kg Sambah kali ini membawa peserta seramai  26 orang, 11 muslimin dan 15 muslimat. Ada antara mereka yang baru pertama kali ke Sambah dan pertama kali menyertai program sebegini.
 
Alhamdulillah, mengajar diri untuk lebih menghayati erti kehidupan yang penuh warna-warni. Moga ia terus berkekalan.

 
Menunggu bot di Jeti Benonon..
 

Be carefully ^_^


 Muslimat jalan duluan, muslimin second trip. Sabar ya..^_^
 
 
 



Ada yang mabuk laut?

Kuiz bersama KRU Tunas Kg Sambah
Sangat mencuit hati ^_^



Muslimin & bola tidak dapat dipisahkan


Perlawanan persahabatan antara KRU & Remaja Sambah




Sementara muslimat pula bersukaneka...


Menghampiri Maghrib, semua bergegas ke Masjid..


 Sambil2 menghayati keindahan senja yang mendamaikan
 
 
 Masjid Baitul Jannah, Kg Sambah.
Ada 101 kenangan yang sukar dilupakan.
 
 
 Usai solat Maghrib, Pak Imam memimpin bacaan Yasin.
 
 
Yasiiin..
 
 
 
 
 Ceramah Israk Mikraj

 
 Terima kasih Ustaz Salman
 
 
Meski perut sudah berkeroncong, tetap khusyuk mendengar


 Sabar ya..
 
 
 Pantun buat anak-anak angkat :
Pergi ke Pekan membeli Jambu, jgn lupa membeli Mee,
Lupa kain lupakan baju, jgn pula lupakan Ummi..(Anti Dah) ^_^
 
 
 Seperti biasa, ketam mjadi menu wajib setiap kali dtg ke sini ^_^
 
 
 Jemput makan...
 
 
 Semua fokus. Sampai tidak toleh kiri dan kanan dah..
 
 
Paginya beriadah dengan mendaki bukit 


 Tiba di puncak, kelihatan Gunung Kinabalu. Subhanallah, cantik!
 
 
 Pemandangan dari atas bukit
 
 
Sempat lagi berposing  


 Bukit yang agak curam..hati-hati!
 
 
Melewati SK Sambah..


 di belakang tulah bukit yang telah didaki..
 
 



 Adik Hafiz punya potensi yang menghiburkan


 Anak-anak angkat 'Yang Mila'. 5 orang semuanya.
 
 
 Aiskrim oh aiskrim..
 
 
 
 
 
 
Sedapnya aiskrim..


 Seronok makan aiskrim ramai-ramai..^_^
 
......................................................................................................................
 
 7-8 Jun 2013
 
Seusai solat Jumaat, pantas langkah diatur kemas bergegas pula ke Kg Kiwoi. Kg Angkat siri yang ke-3 ini punya keunikan yang tersendiri. Penduduknya ramah- ramah belaka.
 
 Kedudukan geografinya yang berbukit mengingatkan pengunjung kepada bumi Kundasang.
  
Jalannya seperti menaiki Roller Coster

 
 Menanti dengan penuh sabar
 
 
 Akhirnya sampai juga.
Selamat Datang ke Kg Kiwoi, Tamparuli ^_^
 
 
Ingat Kiwoi, ingat Kundasang..


 Sesuai bagi yang ingin menurunkan berat badan
 
 
 Kiwoi dah ada gelanggang Futsal la..alhamdulillah.
 
 
 Kedatangan yang diraih dan dinanti..
 
 
Ibu-ibu angkat setia menanti..


 Pengarah mengalu-alukan kedatangan semua..
 
 
Petangnya bersukaneka pula dengan KRU Tunas Kiwoi


Sekali lagi, aiskrim menjadi pengikat ukhuwwah ^_^


Emmm..sedapnya!


Sementara yang lainnya menyediakan juadah untuk makan malam.


 Israk Mikraj : Terpesona di Sidratul Muntaha
 
 
 Ustaz Izam memang tidak asing lagi di Kiwoi ni..
 
 
Mendengar dengan penuh perhatian


dan cuba menghayati



 Selepas kuliah, sesi makan-makan sambil beramah mesra plak
 
 
 Ada yang nak tambah nasi?
 
 
 Sila-sila..
 
 
 Hari terakhir dan agenda terakhir..
 
 
 En Saim berucap selaku ketua kampung..memang sporting ^_^
 
 
Sedih rasanya ingin meningglkan Kiwoi


 Wajah-wajah yang pasti dirindui selepas ni
 
 
Pasu Bunga menjadi simbolik ziarah kali ni..ada maksud yang tersirat ^_^


 
 
 









 
 
 
 Terima kasih Daun Keladi..
 
 
 panjang umur, insyaAllah kita jumpa lagi ^_^
 
 
 Pulang dengan penuh harapan agar dapat kembali lagi ke sini
 
 
 dan menanti pula kepulangan insan yang dirindui..
 
 
 
 
 
 Pasti punya sesuatu yang ingin dikongsi nanti. 
Sabar menanti ^_^


3 comments:

sarah said...

Tahniah kepada PSS dan KRU Tuaran atas program yg tlh dilaksanakan. Moga thabat dalam perjuangan ini. Kekalkan momentum istiqamah. Takbirrr!!!

sarah said...

Rindu mo join program PSS & KRU Tuaran. Xpa, Cuti semester ni kami sedia menerima lamaran program yang perlukan tenaga.

yantisatin said...

Mabruk...tahniah...semoga istiqamah..